Kejujuran merupakan sikap terpuji yang sangat dituntut oleh semua agama dan amat membanggakan jika ia dapat dididik semenjak kecil.
Itulah sikap yang ditonjolkan oleh seorang budak perempuan berusia 7 tahun baru-baru ini apabila dia terjumpa wang kertas RM1 di lantai sebuah pusat beli belah.
Wang kertas tersebut dijumpai di lantai Sunway Pyramid dan budak terbabit kemudian mengambilnya untuk diberikan ke kaunter pertanyaan.
Dia berharap agar wang tersebut dapat dipulangkan kembali ke pemilik asalnya. Staf pusat beli belah terbabit kemudian berkongsi perkara itu di Facebook kerana rasa bangga dengannya.
Today, Lion would like to share a heartwarming story… 🦁✋🏼 At 1.30pm, a 7-year-old girl came to our Concierge Counter to…
Posted by Sunway Pyramid on Wednesday, 3 March 2021
Sunway Pyramid/Facebook
“Pada jam 1:30 petang, seorang budak 7 tahun datang ke kaunter dan memberikan wang RM1 yang dijumpai di lantai”.
“Dia berkeras mahu memulangkan wang tersebut dengan harapan agar pemilik asalnya mendapat kembali wangnya”.
“Kejujuran dan integriti yang dimilikinya ternyata menyentuh hati warga Lion”.
Bagi menghargai kejujuran budak tersebut, pihak Sunway Pyramid kemudian memberi hadiah berupa buku dan set mewarna. Ia turut diberikan kepada abang budak tersebut.
“Terima kasih adik di atas kebaikan yang ditonjolkan pada usia yang masih lagi kecil!”, akhiri perkongsian di Facebook berkenaan.
Syabas kepada kanak-kanak tersebut dan juga ibu bapanya kerana berjaya menerapkan satu nilai yang amat berharga dalam diri anak mereka.