Kehidupan yang harmoni harus diseimbangkan dengan interaksi bersama makhluk ciptaan Tuhan yang lain, misalnya tumbuh-tumbuhan mahupun haiwan.
Dan kini kehidupan kita rasa tidak lengkap tanpa kehadiran haiwan peliharaan yang menyinari hidup kita, misalnya kucing dan anjing.
Sebelum ini, kucing berwarna jingga atau disebut-sebut sebagai ‘Oyen’ sering menjadi topik perbualan hangat warganet ekoran kenakalannya.
Kali ini, kami akan kongsikan lagi kisah kenakalan Oyen, si ‘gengster’ bertubuh besar dan terlebih sihat ini.
Apa yang menjadi perhatian adalah, si Oyen menggunakan ‘kelebihan’ bertubuh besar itu untuk ‘membuli’ rakan anjingnya, seekor anjing baka Shiba Inu.
Tubuhnya yang gendut tersebut membolehkan si Oyen menimpa tubuh anjing tersebut yang terbaring di atas lantai.
Reaksi si anjing pula begitu lucu dan mungkin ketakutan kerana diperlakukan sebegitu rupa oleh si Oyen. Cuba anda tengok :
Yang ini pula menunjukkan mangsa berkemungkinan menjerit meminta pertolongan. “Tolong… si gemuk ni buli saya!”
“Jeritlah. Tiada siapa yang akan tolong kamu”..
Berani sungguh si Oyen tunjuk samseng di rumah tuan ya? Rakan anjingnya pula langsung tidak berdaya untuk melawan dan akhirnya membiarkan sahaja.
Nakal sungguh!