25.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

INSPIRASI ANDA SETIAP HARI

UtamaBerita UtamaModel dan pelakon Myanmar diburu pasukan keselamatan selepas tampil dalam tunjuk perasaan

Model dan pelakon Myanmar diburu pasukan keselamatan selepas tampil dalam tunjuk perasaan

Pada waktu ini, rampasan kuasa oleh tentera yang berlaku di Myanmar sejak 1 Februari lalu telah mendapat perhatian seluruh dunia dan dalam masa yang sama membangkitkan kemarahan penduduk di negara itu yang tidak henti-henti melakukan tunjuk perasaan.

@paing_takhon/Instagram

Salah seorang daripada penunjuk perasaan, Paing Takhon, yang merupakan seorang model dan pelakon tempatan bagaimanapun telah menarik perhatian ramai selepas berita pemburuannya oleh pasukan keselamatan tersebar di media sosial.

@paing_takhon/Instagram

Paing Takhon sebelum ini pernah berkongsi gambarnya di media sosial yang menunjukkan dia sedang melakukan tunjuk perasaan dan kiriman tersebut telah menjadi tular.

Disebabkan oleh tindakannya yang berkongsi kiriman itu, dilaporkan dia kini sedang diburu oleh pasukan keselamatan dan berita mengenai pencariannya itu telah menggemparkan ramai penduduk di negara itu.

@paing_takhon/Instagram

Pelakon itu kemudiannya telah bertindak untuk meminta pertolongan daripada pemimpin-pemimpin di dunia melalui sebuah kiriman di laman Facebooknya pada Khamis lalu, 5 Mac.

“Saya dengan tulus meminta kepada semua anggota PBB, tolong ambil tindakan. Tolong bertindak terhadap peristiwa tragis ini. Tolong minta kepada mereka untuk segera membebaskan orang-orang (yang ditahan),” tulis Paing Takhon dalam kirimannya.

@paing_takhon/Instagram

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...

TREN TERKINI