Kita sedia maklum bahawa anjing peliharaan juga boleh bertindak sebagai ‘penjaga’ terhadap rumah yang kita diami. Lebih-lebih lagi baka anjing yang garang dan bengis.
Tetapi lain pula halnya dengan seekor anjing baka Siberian Husky bernama Lucky ini.
Anjing bertuah ini mencuri perhatian warganet baru-baru ini setelah didapati sedang tidur ketika satu insiden ‘rompakan’.
Menurut laporan, sebuah kedai barang kemas di Thailand ada melakukan satu ujian keselamatan dan ia dirakamkan menerusi rakaman CCTV.
Di saat ke-32, video tersebut jelas menunjukkan perompak sedang menghampiri premis berkenaan dengan mengacukan pistol.
Perompak itu kelihatan seperti mengancam pemilik premis, yang akhirnya bertindak memberikan sahaja beg yang dipercayai berisi wang tunai.
Apa pula yang dibuat oleh Lucky? Anda tengoklah sendiri..
Menurut pemilik kedai, Worawut Lomwanawong, Lucky sebenarnya agak aktif dan patuh pada arahannya.
Pada ketika itu, dia tidak dapat memberi insyarat pada anjingnya kerana dia terpaksa berada dalam keadaan yang tenang. Perompak itu pula merupakan seorang anggota polis yang berpakaian biasa.
Mungkin Lucky tidak menunjukkan sebarang tindak balas kerana anggota polis itu dikenalinya. Polis itu difahamkan sering datang memeriksa premis tersebut.
Atau hobi Lucky sememangnya tidur?
“Saya rasa Lucky memahami bahasa manusia. Dia lazimnya aktif dan peka jika saya membuat bising atau menyuruhnya melakukan sesuatu”.
Anjing comel itu sebelum ini adalah anjing terbiar yang mengalami penyakit bawaan kutu dan granuloma kelamin.
Lucky dijumpai di luar kedai serbaneka dan diambil untuk dibela oleh pemiliknya tujuh tahun lalu sehinggalah anjing tersebut akhirnya pulih.
Tonton insiden lucu itu dibawah ini :
นุงลัคกี้ ไซบิเรียนเซินเจิ้น/Facebook