Tiada siapa yang akan menolak untuk meraih $16,000 ( RM64,760) dalam tempoh satu malam, bukan?
Itulah yang dilakukan oleh seorang ‘streamer’ aplikasi Twitch yang sanggup mengetepikan waktu tidur kualitinya semata-mata ingin penonton menyumbang wang padanya.
Dalam video berkenaan, pemilik akaun Asian Andy dilihat sedang tidur dan membiarkan sahaja penonton memberikan sumbangan ketika rakaman secara ‘live’ itu.
Setiap sumbangan yang dibuat oleh penonton membolehkan mereka untuk menghantar mesej termasuklah audio dan juga teks ucapan.
Pemilik akaun ini mengakui bahawa dirinya tidak mendapatkan tidur yang cukup ketika sesi live itu berlangsung.
Mana tidaknya, ada penonton yang mengarahkan Alexa pada peranti untuk memainkan muzik yang kuat, bergurau dengan menghantar bunyi seakan salakan anjing dan pelbagai lagi.
Ada juga yang membunyikan jam penggeranya dan turut mengusiknya bahawa terdapat seseorang berada di tingkap rumahnya.
Malah pemilik akaun itu juga berkongsi bahawa ada juga individu yang telah mengesan lokasi rumahnya. Hebat betul warga alam maya.
“Saya hanya mahu tidur. Anda akan takutkan penonton lain. Saya akan terus tidur sahaja. Saya tidak tahu apa yang berlaku. Pintu juga sudah dikunci”, katanya.
Setelah berakhirnya live yang menunjukkan dirinya tidur, Andy berasa terkejut melihat para penonton yang bermurah hati dan memberi sumbangan.
Nampaknya berbaloi juga Andy bertahan dengan gangguan penonton, dapat juga duit bukan?