25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaGlobalTerima RM50 sebulan, guru di Indonesia dipecat ekoran dedahkan jumlah gaji di...

Terima RM50 sebulan, guru di Indonesia dipecat ekoran dedahkan jumlah gaji di Facebook

Perkongsian kisah oleh seorang guru dari Sulawesi Selatan, Indonesia di media sosial yang mendedahkan jumlah pendapatan yang diterimanya, telah membuatkannya dipecat.

Perkongsian itu menurutnya tidak berniat jahat. Walaupun telah berkhidmat selama 16 tahun, gaji yang diterimanya itu hanyalah Rp700,000 (RM200) untuk 4 bulan.

Menurut laporan portal berita tempatan, guru berusia 34 tahun bernama Hervina itu telah berkhidmat di Sekolah Daerah Negeri 169 Desa Sadar sejak tahun 2005 dan hanya 3 orang guru ditempatkan di sana.

Kata Hervina, perkongsiannya itu tidak berniat mahu mengadu atau memperkecilkan jumlah gaji yang diterimanya daripada sekolah. Malah sebaliknya ia bertujuan untuk menzahirkan rasa terima kasihnya.

Apa Kabar Online

“Ketika saya memuat naik foto itu, saya telah diberi gaji 4 bulan. Sebab itulah saya telah menulis “Terima kasih banyak”.

Memandangkan suami kepada pengetua telah memberikan gaji itu, maka dia mahu berkongsi perkara itu di media sosial kerana tidak berpeluang untuk berterima kasih secara peribadi kepada pengetua.

Hervina juga gembira setelah menerima gaji berkenaan kerana dia mahu melangsaikan hutangnya berjumlah Rp500,000 (RM150) kepada seseorang.

Walau bagaimanapun, setelah perkongsiannya dimuat naik, Hervina telah menerima beberapa panggilan daripada pengetua dan mesej Whatsapp daripadanya.

“Carilah sekolah lain yang dapat bayar kamu gaji lebih. Mulai sekarang, jangan datang dan berhenti mengajar lagi di sini”, tulis pengetuanya.

Nusa Daily

Sudah tentulah perkara itu membuatkan Hervina berasa kecewa. Dia tidak diberi peluang untuk menjelaskan sebab dirinya berkongsi perkara itu di media sosial.

Malah, dia yang sudah banyak berkorban untuk kelangsungan sekolah itu juga telah dipecat sebegitu rupa.

Namun perkongsiannya telah tular dan netizen turut memulakan petisyen untuk membantu Hervina mencari kerja di sekolah yang lain.

Semoga ada rezeki Hervina di sekolah lain dan menerima gaji yang setimpal dengan perkhidmatannya kerana tiada guru yang layak diperlakukan sedemikan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI