Sedarkah anda bahawa setiap tindakan luar sedar kita sebenarnya boleh menunjukkan tentang keperibadian dalaman kita?
Apakah yang pentingnya tentang keperibadian dalaman? Sebenarnya ia boleh mempengaruhi perkembangan interpersonal dan pekerjaan kita.
Jadi, mari kita lihat keperibadian kita melalui cara kita menunggu lif dan berikut adalah beberapa cara dan gaya kebanyakan kita ketika menunggu lif:

Bayangkan anda sedang berdiri di hadapan lif, apakah tabiat biasa anda ketika itu?
A: Terus melihat butang lif dan menekannya beberapa kali.
B: Berjalan-jalan di sekitar dan membuat bising/bunyi.
C: Melihat-lihat keadaan sekeliling termasuk melihat papan kenyataan yang ada di situ.
D: Memandang ke lantai.
E: Sentiasa memerhatikan lampu lif dan berfikir bahawa anda akan terus masuk ke lif sebaik sahaja pintu lif terbuka.
Anda sudah tahu anda yang mana satu? Sekarang lihat pula keperibadian dalaman anda melalui tabiat anda ketika menungu lif. Berikut adalah analisisnya:

A:
Orang jenis A adalah mereka yang sering melakukan apa sahaja perkara yang mereka fikirkan. Mereka juga seorang yang kelakar dan hal ini membuatkan mereka mempunyai hubungan yang baik dengan orang lain. Mereka juga memiliki potensi yang baik semasa berurusan dengan orang ramai.
B:
Orang jenis B mempunyai gerak hati yang baik sehingga mereka dapat menilai sesuatu hanya dengan gerak hati mereka. Hal ini terkadang membuatkan orang ramai adakalanya tidak selesa dan gugup.
Mereka juga biasanya suka akan karya seni kerana mereka lebih peka dengan keadaan persekitaran mereka.

C:
Orang jenis C adalah mereka yang berpengetahuan dan baik hati. Namun mereka tidak suka orang lain melihat kelemahan diri mereka, jadi mereka sering membina tembok antara mereka dengan orang lain.
Hal ini membuatkan orang akan sejuk mata melihat mereka. Orang jenis ini pula bagus dalam bidang sains dan kejuruteraan kerana mereka memiliki sikap yang tenang dan rasional.

D:
Orang jenis D biasanya tidak dapat meluahkan pemikiran dalaman mereka secara terus terang kepada orang lain, tetapi pada masa yang sama orang jenis ini mempunyai hati yang sangat jujur tetapi sayangnya mereka mudah tertipu.
E:
Orang jenis E adalah mereka yang sangat berhati-hati. Mereka suka menjalani kehidupan selangkah demi selangkah dan jarang terlibat dalam pekerjaan berisiko.
Orang jenis ini juga lebih rasional dan dapat bertindak balas dengan tenang terhadap sesuatu perkara. Hal ini membuatkan mereka sangat dipercayai oleh orang lain.