33.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaGlobalBuku agama dirampas dan dibakar oleh Komunis China, penganut pula dihukum penjara

Buku agama dirampas dan dibakar oleh Komunis China, penganut pula dihukum penjara

Bertahun-tahun yang lalu, kengerian pembunuhan secara beramai-ramai telah membuka jalan bagi Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. Namun, hak asasi kita untuk bebas mengamalkan agama atau kepercayaan masih diinjak-injak oleh rejim totalitarian.

Di China, amalan keagamaan dan kepercayaan termasuklah mencetak dan membaca buku agama mengakibatkan individu itu dihukum penjara selain dianiaya.

Anggota polis China mendorong wanita Uighur yang melakukan tunjuk perasaan di Urumqi, China. (Guang Niu/Getty Images)

Individu yang mengamalkan agama sama ada Kristian, Buddha, Muslim Uighur ataupun pengamal Falun Dafa sekalipun berhadapan dengan penindasan kejam, malah terlibat dalam buruh paksa. Buku-buku agama mereka juga dibakar dan dibuang oleh Parti Komunis China (PKC).

Dasar-dasar paksaan ini bertujuan untuk memaksa penganut agama meninggalkan kepercayaan mereka dan mengikuti ideologi komunis berdasarkan ateisme dan Marxisme.

Itu adalah kerja syaitan. Keadaan menjadi semakin mengerikan; pemerintah PKC meningkatkan tekanan sedikit demi sedikit. Akhirnya, mereka ingin menghilangkan sepenuhnya kepercayaan agama.

Buku-buku dan penerbitan Falun Gong dihancurkan pada tahun 1999 di seluruh China. (ClearWisdom.net/CC0 1.0)

Larangan penerbitan agama

Menurut Bitter Winter – majalah mengenai kebebasan beragama dan hak asasi manusia di China, lokasi Three-Self Church di salah satu kampung di bawah bidang kuasa daerah Lanling telah dirobohkan pada bulan Julai 2020.

Seorang pegawai pemerintah daerah memberitahu jemaah bahawa semua gereja yang terlalu dekat dengan institusi pemerintah mesti dihancurkan dan hal yang sama berlaku pada ‘rupa’ yang kelihatan lebih baik daripada bangunan pemerintah.

“Kepercayaan kepada Parti Komunis adalah satu-satunya agama yang dibenarkan”, menurut laporan itu.

Dalam laporan lain, majalah tersebut menyatakan seramai 26 orang di Wilayah Jiangsu, China, dijatuhi hukuman atas tuduhan operasi perniagaan haram kerana terlibat dalam mencetak penerbitan agama yang dimaksudkan untuk edaran dalaman Misi Berita Baik Korea Selatan.

Pengarah dan dua anggota misi itu masing-masing didenda dan dijatuhkan hukuman penjara masing-masing selama 3 tahun 10 bulan dan 3 tahun 6 bulan, sementara beberapa pengurus percetakan didenda $15,000 dolar Amerika dan dijatuhkan hukuman 3 tahun, dengan tempoh percubaan 3 hingga 5 tahun.

Pekerja yang mengendalikan mesin di kilang percetakan di Nanjie, wilayah Henan pada 26 September 2017. (GREG BAKER/AFP | Getty Images)

Malah perkhidmatan pos dan kurier dipantau dengan ketat. Dalam laporan lain baru-baru ini, seorang kakitangan syarikat kurier dari kota Luoyang, Wilayah Henan mengatakan kepada Bitter Winter bahawa PKC melakukan kawalan ketat terhadap barang yang dikirimkan”pada tahun 2020.

“Hanya pengiriman buku yang dipersetujui pemerintah sahaja dibenarkan. Semua buku dengan ‘maklumat buruk’ termasuk agama, tidak dibenar untuk dihantar. Sekiranya pihak berkuasa keselamatan awam mengetahui pelanggaran peraturan ini, syarikat itu akan didenda dan ditutup”.

Memetik kejadian lain, laporan itu mengatakan bahawa seorang ibu beragama Kristian dari Jiyuan, Wilayah Henan, mengunjungi pejabat pos pada bulan Jun 2020 untuk menghantar teks Injil kepada anak perempuannya yang tinggal di luar negara. Tetapi pihak berkuasa memberitahunya bahawa penerbitannya adalah ‘objek haram’.

“Saya tahu bahawa kiriman barang mudah terbakar, dadah, senjata api dan peluru adalah sesuatu yang tidak dibenarkan. Malah bahan bacaan berunsurkan agama kini juga haram”, katanya.

Ketika PKC meningkatkan sekatan terhadap penerbitan agama, mereka yang berada dalam industri percetakan berada dalam kesusahan. Seorang pengurus jualan di Kota Luoyang, Henan mengatakan pada bulan September 2020 bahawa mencetak bahan agama terutama Kristian, tidak dibenarkan.

“Sesiapa yang melanggar perintah tersebut mungkin dimasukkan ke dalam penjara. Ini adalah garis undang-undang yang sama sekali tidak boleh kita langgar”, kata pengurus itu.

Pihak berkuasa juga melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk memastikan bahawa perniagaan mematuhi peraturan.

“Mereka memeriksa gudang saya, meneliti semua catatan, bahkan melihat kepingan kertas di lantai menilai sama ada ianya mengandungi kandungan yang dilarang”, kata seorang pengurus percetakan di bandar yang sama.

Seorang wanita membaca kitab Injil di gereja Christian Glory, Wuhan pada 23 September 2018. (NICOLAS ASFOURI/AFP | Getty Images)

“Jika terdapat kandungan seperti itu, saya akan didenda atau lebih teruk lagi, perniagaan saya akan ditutup. Sebarang kandungan agama menjadikan isu itu politik, bukan agama”.

“Walaupun sepanduk di jalanan mengatakan orang ramai dibenarkan untuk mengamalkan kepercayaan agama, satu-satunya kepercayaan yang dapat mereka praktikkan dengan bebas adalah komunisme”, tambahnya.

Majalah itu melaporkan pada tahun 2019 bahawa rejim komunis juga berusaha untuk memberi deskriptif yang sinis terhadap kitab Injil dengan memaksa para paderi untuk menafsirkan ajaran berdasarkan ideologi Marxis dan sosialis.

“Ini adalah penyelewengan terhadap Kristian. Ini adalah kerja syaitan. Keadaan semakin mengerikan, pemerintah PKC menekan sedikit demi sedikit. Akhirnya, mereka ingin hilangkan kepercayaan agama sepenuhnya”, ujar pendakwah Three-Self.

Membuang dan membakar buku-buku agama

Selain melarang penerbitan rohani, pihak berkuasa China tidak teragak-agak untuk menyita buku-buku agama yang tidak disetujui secara rasmi oleh PKC.

Pada bulan Mac tahun lalu, pihak berkuasa tempatan merobohkan gereja Three-Self di daerah Yutai, bandar Jining setelah menganggapnya sebagai pembinaan haram.

“Pegawai menyerang gereja kami bahkan sebelum kami selesai mengumpulkan barang-barang kami,” kata seorang anggota jemaah. “Mereka mengoyakkan kitab Injil dan gambar Jesus.

Chen Yu, pemilik kedai buku dalam talian Kristian di Bandar Taizhou, Zhejiang dijatuhi hukuman tujuh tahun dan denda 200,000 yuan kerana menjual penerbitan agama yang diimport dari Taiwan, Amerika Syarikat dan negara-negara lain”, menurut kepada laporan Oktober 2020 oleh International Christian Concern. Pihak berkuasa juga merancang untuk memusnahkan 12,864 buku Kristian di kedai bukunya.

Menggambarkan kawalan penuh terhadap penganut dengan menghancurkan buku-buku agama dan merobohkan tempat-tempat ibadat bukanlah perkara baru bagi PKC untuk memajukan pemerintahannya. Sebagai sebuah rejim yang berasaskan ateisme dan materialisme, PKC telah berterusan memerangi kumpulan agama sejak ia berkuasa pada tahun 1949.

Ketika PKC melancarkan Revolusi Kebudayaan selama satu dekad pada tahun 1966, kuil telah dijarah. Manakala skrol, buku, peninggalan dan patung Buddha pula  dibakar.

Beberapa dekad kemudian pada bulan Julai 1999, pemimpin PKC ketika itu, Jiang Zemin, memerintahkan penghapusan latihan spiritual Falun Gong (juga dikenal sebagai Falun Dafa), sistem meditasi kuno yang berdasarkan prinsip kebenaran, kasih sayang dan kesabaran.

Biro Keselamatan Awam kemudian mengeluarkan dokumen rasmi yang melarang memaparkan sebarang simbol atau gambar yang berkaitan dengan latihan Falun Gong, memiliki atau menyebarkan bukunya.

Laman web yang berpusat di AS, didedikasikan untuk mendokumentasikan penganiayaan terhadap Falun Gong, iaitu Minghui.org menyusun laporan merangkumi beberapa laporan berita tentang pemusnahan berjuta-juta penerbitan Falun Gong oleh PKC – buku dan rakaman video, dengan melemparkannya ke dalam mesin pulpa atau membakarnya.

Sejak itu, banyak pengamal Falun Gong telah ditangkap, dipenjara dan diseksa, dengan beberapa organ mereka diambil. Ramai di antara mereka ditangkap kerana enggan menyingkirkan kepercayaan mereka atau memiliki buku-buku tersebut.

Dalam laporan penuh mengenai “Public Destruction of Books and Tapes,” Minghui memetik beberapa kes yang dilaporkan oleh wartawan asing, surat khabar yang dikendalikan oleh negara di China, saksi dan pengamal Falun Gong yang mengesahkan bahawa berjuta-juta penerbitan dibuang, dibakar dan dirobek semasa aktiviti pemusnahan besar-besaran.

Patung Buddha dihancurkan dalam Revolusi Kebudayaan, yang berlangsung dari 1966 hingga 1976. (Pat B/CC BY-SA 2.0)

Walaupun agama Buddha adalah salah satu agama yang diakui di China, kuil Buddha dan pengikutnya masih menjadi sasaran pihak berkuasa.

Bitter Winter melaporkan bahawa pegawai pemerintah di wilayah Shanxi merampas hampir kira-kira 400 kilogram buku agama dan CD daripada Kuil Fengci pada Oktober 2020.

Pada bulan yang sama, beberapa penduduk miskin di Ganzhou, wilayah Jiangxi diperintahkan untuk membakar buku-buku Buddha di Kuil Foguang. Jika tidak, elaun minimum mereka akan dibatalkan.

Pada musim bunga tahun 2020, buku-buku agama dan CD dibakar di Kuil Reclining Buddha Mountain di Kota Ulanqab, Mongolia.

“Buku dan CD tersebut dibakar dalam pembakar kemenyan selama tiga hingga empat hari”, kata seorang penganut Buddha dari Ulanqab.

“Selebihnya buku-buku agama dan CD dibawa dengan trak penuh. Berat CD sahaja sudah mencecah 300 hingga 400 kilogram”.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI