28.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita Utama“Biden hanya menang di mata media berita palsu” – Trump

“Biden hanya menang di mata media berita palsu” – Trump

Presiden Donald Trump, dalam siri tweetnya di Twitter menulis bahawa calon presiden Demokrat, Joe Biden hanya pemenang di mata media arus perdana, semasa bertanding pada pilihan raya 3 November lalu.

“Dia hanya memenangi di mata MEDIA BERITA PALSU. Saya tidak mengakui APA-APA! Perjalanan kami masih panjang. Ia adalah PENIPUAN PILIHAN RAYA!”, tulis Trump pada 15 November lalu.

“KITA AKAN MENANG!”, tulis beliau beberapa minit kemudiannya. Namun kedua-dua tweet yang mendakwa bahawa berlakunya penipuan pilihan raya dilabel ’dipertikaikan’ oleh Twitter.

Trump mempunyai beberapa tuntutan undang-undang berkaitan undian yang masih belum diselesaikan di beberapa buah negeri, sementara ada spekulasi bahawa beliau dapat memohon peruntukan dalam Pindaan ke-12.

Ia merujuk kepada penggunaan tindakan yang kabur akan memungkinkan Dewan Perwakilan membatalkan beberapa undian Perwakilan, di mana ia akan mengakibatkan Biden atau Trump tidak mendapat majoriti 270 undi yang diperlukan.

Kemudian, pertikaian di Dewan dan Senat akan berlaku, sama seperti apa yang berlaku ketika pilihan raya presiden pada tahun 1876.

Banyak saluran berita telah mengumumkan kemenangan Biden. The Epoch Times sehingga kini masih lagi tidak mengumumkan kemenangan mana-mana calon susulan masih terdapat tuntutan mahkamah yang belum selesai.

Pilihan raya Perwakilan di Amerika Syarikat ini merupakan badan, di mana undian yang dibuat akan memilih siapa pemenang pilihan raya Presiden.

Trump pada 15 November sekali lagi menegaskan bahawa ada sesuatu yang tidak kena sewaktu malam pilihan raya dan pada 4 November di beberapa negeri utama.

“Semua ‘gangguan’ mekanikal yang berlaku ketika malam pilihan raya benar-benar membuatkan MEREKA terperangkap dalam usaha untuk mencuri undi. Mereka berjaya tanpa ditangkap. Kertas undian pos adalah satu helah!”, tulis beliau.

Tambah Trump, pemerhati pilihan raya GOP di beberapa tempat juga tidak dibenarkan untuk memerhati walaupun tuntutan kedua-dua pihak telah dipertikaikan oleh beberapa setiausaha negeri.

Dua orang senator GOP di Michigan misalnya telah menimbulkan kebimbangan mengenai kaedah kiraan undi, dengan menyatakan bahawa lebih daripada 100 orang pengundi di Michigan telah tampil lalu memberi pernyataan bersumpah mengenai kemungkinan berlakunya penipuan dan penyelewengan.

Mereka mengemukakan tuduhan tentang keadaan kertas undian yang kurang terjamin tanpa sampul dan rantai penjagaan tiba di TCF Center, Detroit termasuklah 40,000 kertas undian yang tiba pada awal pagi 4 November iaitu sehari selepas hari pilihan raya.

Mereka juga mengatakan bahawa terdapat laporan ‘ugutan dan campur tangan secara tidak sah’ oleh pemerhati pilihan raya dan pemerhati undian, termasuklah gangguan terhadap tuntutan, perlakuan tidak adil terhadap pencabar, keengganan untuk mencatat tuntutan pencabat selain menyingkir para pencabar walaupun mereka secara sopan telah menyuarakan tuntutan.

Trump dikatakan terus menentang sistem undian Dominion, iaitu kaedah digunakan di beberapa buah negeri yang undiannya memihak kepada Biden.

Undian itu kemudian dijadualkan oleh sebuah syarikat swasta milik Radikal Kiri, Dominion yang mempunyai reputasi buruk dan kaedah yang tidak memenuhi syarat untuk Texas (negeri yang dimenangi oleh Trump). “Ia adalah media yang palsu dan ‘senyap’ serta pelbagai lagi”, katanya.

Pakar, ahli politik dan media sebelumnya telah mempersoalkan kebolehpercayaan kaedah yang digunapakai oleh sistem undian Dominion. Firma itu telah beberapa kali menafikan kepada media bahawa perisian dan peranti mereka tidak selamat.

“Beberapa mesin penandaan kertas undian, yang dibuat oleh Sistem Pemilihan & Perisian dan Sistem Pengundian Dominion, mendaftarkan undian dalam kod bar yang tidak dapat diuraikan oleh mata manusia,” lapor The Associated Press pada bulan Februari tahun ini.

Walau bagaimanapun, ia akan menimbulkan masalah kerana pilihan raya yang sepatutnya mempunyai cetakan ejaan nama calon yang dipilih dengan tepat, berakhir dengan kod bar yang tidak mencerminkan pilihan.

“Oleh kerana kod bar adalah apa yang dihasilkan maka pengundi tidak dapat mengetahui bahawa kertas undian mereka itu akan menguntungkan calon yang lain”.

Menurut saintis komputer University of Iowa, Doug Jones, terdapat sebilangan besar alasan untuk menolak alatan penandaan undian ini kecuali untuk penggunaan terhad peralatan bantuan bagi mereka yang tidak dapat menandakan kertas undi sendiri.

Pihak Dominion walau bagaimanapun menafikan dakwaan mengenai berlakunya gangguan pengundian atau apa-apa isu berkaitan perisian.

“Sistem Pengundian Dominion secara tegas menyangkal segala dakwaan mengenai pertukaran undi atau masalah perisian sistem pengundian kami”, kata seorang jurucakap Dominion dalam satu kenyataan kepada The Denver Post.

“Sistem kami terus menghitung undi dengan tepat. Pihak berkuasa pilihan raya negeri dan tempatan telah secara terbuka mengesahkan ketelusan proses tersebut”.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI