30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGlobalPenggubal undang-undang Kesatuan Eropah gesa ‘tindakan politik segera’ berkenaan hak Muslim Uyghur...

Penggubal undang-undang Kesatuan Eropah gesa ‘tindakan politik segera’ berkenaan hak Muslim Uyghur di China

Lebih 70 ahli Parlimen Eropah (MEP) telah menggesa Kesatuan Eropah supaya mengambil ‘tindakan politik segera’ untuk menangani ‘tindakan tidak berperikemanusiaan’ oleh rejim China terhadap etnik minoriti Muslim Uyghur.

Dalam surat terbuka yang ditujukan kepada Josep Borrell Fontelles, Naib Presiden Suruhanjaya Eropah yang bertanggungjawab dalam hal ehwal luar, ahli parlimen Eropah (MEP) mendesak Kesatuan Eropah (EU) dengan tuntutan supaya penyiasatan yang akan dipimpin oleh PBB dilakukan berkenaan pelanggaran hak asasi manusia di wilayah Xinjiang, China dan mempertimbangkan supaya sekatan dikenakan ke atas pegawai China yang terlibat dalam penganiayaan terhadap etnik Uyghur.

@ipacglobal/Twitter

Ahli parlimen (MEP) menyuarakan ‘keprihatinan mendalam mereka terhadap penemuan terbaru mengenai tindakan tidak berperikemanusiaan’ terhadap minoriti Muslim di Xinjiang.

Secara khusus, mereka menarik perhatian terhadap dakwaan bahawa Parti Komunis China telah menerapkan ‘strategi serangan baru’ untuk ‘mengurangkan populasi Muslim di seluruh wilayah’.

Dalam laporan yang diterbitkan pada akhir bulan Jun 2020 oleh kumpulan pemikir Yayasan Jamestown yang berpusat di Washington, penyelidik Jerman Adrian Zenz mendapati bahawa rejim China secara berkala menindas wanita Uyghur, terutama di kawasan luar bandar, untuk melakukan pengguguran paksa, suntikan intrauterin, dan pemandulan.

Polis China yang bersenjata melakukan kawalan di jalanan Urumqi di China pada 29 Jun 2013 (Gambar oleh Mark Ralston / AFP / Getty Images)

Dakwaan cubaan rejim China untuk memusnahkan kumpulan populasi tertentu melalui kaedah pencegahan kelahiran mungkin memenuhi kriteria pembunuhan beramai-ramai (genosid) seperti yang dinyatakan dalam Konvensyen PBB mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid, menurut penggubal undang-undang EU.

Pada 18 Disember 2019, EU menganugerahkan hadiah hak asasi manusia tertinggi iaitu Hadiah Sakharov for Freedom of Thought kepada ahli ekonomi Uyghur Ilham Tohti, yang telah dipenjarakan oleh rejim China kerana mengkritik dasar negara terhadap Xinjiang dan etnik Uyghur.

“Walau bagaimanapun, sejak itu hanya terdapat sedikit tindakan dari pihak Kesatuan Eropah dalam menangani salah satu masalah yang ditekankan oleh Tohti. Tindakan politik segera kini sangat diperlukan,” kata ahli parlimen EU.

Presiden Parlimen Eropah David-Maria Sassoli menyampaikan anugerah Hadiah Sakharov kepada Jewher Ilham, anak perempuan dan juga wakil Ilham Tohti, ahli ekonomi Uyghur dan aktivis hak asasi manusia yang dipenjarakan, dalam upacara yang berlangsung di Parlimen Eropah di Strasbourg, Perancis pada 18 Disember 2019. (Gambar oleh Vincent Kessler / Reuters)

“Kesatuan Eropah perlu menuntut supaya PBB mewujudkan misi mencari fakta antarabangsa yang bebas, untuk membawa masalah ini ke Perhimpunan Agong PBB dan akhirnya berusaha untuk mencapai resolusi PBB mengenai perkara ini,” gesa surat itu.

“Sekatan yang disasarkan, dalam erti Mekanisme Sekatan Hak Asasi Manusia Global terhadap mereka yang bertanggungjawab di peringkat pemimpin, harus dimulakan jika kerajaan China tidak memenuhi tuntutan tersebut,” tambah surat itu lagi.

Surat terbuka itu merupakan inisiatif yang diketuai oleh MEP merupakan sebahagian daripada gabungan ahli politik global baru yang bertujuan untuk menolak pengaruh rejim China dalam operasi negara lain di seluruh dunia.

@EnginEroglu_FW/Twitter

Inter-Parliamentary Alliance on China (IPAC), yang diumumkan pada 5 Jun 2020, terdiri daripada ahli politik kanan dari seluruh dunia, termasuk penggubal undang-undang dari Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Jerman, Jepun, Norway, Sweden, United Kingdom, dan Parlimen Eropah.

Misi yang dinyatakan oleh kumpulan ini adalah untuk meningkatkan kerjasama antara ‘penggubal undang-undang yang berfikiran sama’ untuk merangka ‘pendekatan proaktif dan strategik’ dalam isu-isu berkaitan China, termasuk hak asasi manusia.

Bendera negara Kesatuan Eropah di Strasbourg, Perancis pada 11 Mei 2016 (Gambar oleh Christopher Furlong / Getty Images)

IPAC mengecam penganiayaan berterusan oleh rejim China terhadap amalan spiritual Falun Gong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 19 Julai 2020, menjelang ulang tahun ke-21 penindasan ke atas pengamal ajaran itu.

Renew Europe, sebuah kumpulan sentris di Parlimen Eropah, menulis surat kepada Josep Borrell Fontelles pada 24 Julai 2020 yang menuntut agar sekatan segera dikenakan ke atas pegawai-pegawai China yang terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusia.

@RenewEurope/Twitter

“Baru-baru ini tersebar berita bahawa China menggunakan kem buruh Uyghur untuk menghasilkan pelitup muka, rakaman mengganggu dari China yang menggari dan menutup mata tahanan etnik Uyghur dan pembenterasan secara kekerasan yang berterusan di Hong Kong menunjukkan betapa mendesaknya EU untuk mengadaptasi Akta Magnitsky di seluruh Eropah untuk mengenakan sekatan kepada pemimpin yang bertanggungjawab ke atas pelanggaran hak asasi manusia ini,” kata kumpulan itu.

“Renew Europe yakin bahawa EU perlu menerapkan kerangka kerja dengan segera untuk memastikan kita dapat mengenakan larangan terhadap pencabul hak asasi manusia daripada melakukan lawatan ke Eropah dan membekukan aset mereka,” kata surat itu yang ditandatangani oleh 23 ahli parlimen Eropah (MEP).

Artikel seterusnya

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI