Sudah menjadi kebiasaan kita di Malaysia, jika ada sahaja sesiapa yang demam perkara pertama yang dilakukan ialah dengan meletakkan tuala basah pada dahi. Jangan kata anak kecil, kita yang dewasa juga pasti melakukan hal yang sama. Sudah menjadi rutin ‘turun-temurun’ rasanya, asal demam sahaja tuala basah yang digunakan sebelum berjumpa doktor.
Namun begitu, rupa-rupanya tindakan tersebut sebenarnya adalah sesuatu yang bahaya terutama kepada anak kecil. Mengapakah begitu? Mari saksikan perkongsian seorang doktor pakar ini.
Menerusi perkongsian video di laman TikTok, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr. Mansor Ramli ada menjelaskan tentang cara dan kaedah jerlum yang boleh dilakukan kepada anak-anak ketika demam.
Dr Mansor juga ada menerangkan mengapa tuala basah tidak sesuai digunakan kepada anak kecil kerana menurutnya anak kecil boleh berhadapan dengan sawan. Hal ini kerana tuala basah yang digunakan akan memerangkap haba dan tidak berjaya dilepaskan bagi mengurangkan suhu badan.
“Sama macam periuk nasi dan dalam situasi tuala basah ini, haba di bawah tuala akan terus terperangkap dan rasa panas itu umpama gagal dilepaskan.
“Boleh lakukan cara lain termasuk sapukan air secara terus ke kepala, leher dan juga ketiak, elakkan air terkena di tangan atau kaki supaya anak-anak tidak menggigil,”
“Apabila panas naik ke kepala, ia boleh menyebabkan sawan tarik” kata Doktor Mansor Ramli.
Jelasnya, kaedah menggunakan tuala basah pada kepala anak boleh menghalang haba keluar dan apabila panas naik ke kepala, ia boleh menyebabkan anak-anak terkena sawan.
“Jadi, mak-mak kena jerlum air pada kepala anak setiap lima minit hanya menggunakan tangan,” tambahnya lagi.
Tambahan lagi, biasanya anak kecil akan berasa tidak selesa jika menggunakan tuala basah yang diletakkan di dahi mereka. Mereka biasanya akan menepis dan membuang tuala dari dahi mereka. Jadi, dengan gunakan kaedah jerlum anak-anak tidak boleh mengelakkan lagi.
“Paling berkesan untuk keluarkan haba panas dari badan adalah dengan ‘jerlum’ air di kepala anak guna tangan, sudah tentu anak tak boleh tepis,” ujar Doktor Mansor.
Selain itu, Doktor Mansor turut menerangkan tantang masa yang sesuai untuk anak kecil mandi jika mereka demam. Mereka tidak digalakkan untuk mandi ketika badan masih panas. Apa yang perlu dilakukan ialah mandi ketika suhu badan sudah mulai turun dan sebaiknya selepas dua jam selepas mengambil ubat.
Pastikan suhu badan turun dahulu baru mandi, jika tidak demam boleh menjadi lebih teruk.
Sumber: TikTok
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: