31.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024
UtamaInspirasiWalaupun masih kecil, dua budak lelaki ini mulakan Mexican Wave di stadium...

Walaupun masih kecil, dua budak lelaki ini mulakan Mexican Wave di stadium yang dipenuhi dengan 83,000 penonton

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Itulah peribahasa sesuai untuk menggambarkan semangat dan keinginan dua orang budak lelaki ini.

Menonton perlawanan bola sepak di stadium adalah satu pengalaman yang berharga dan mengujakan. Pasti ramai yang mahu mencipta memori terindah di sana, seperti dua budak lelaki ini.

Alex Wightman Photography/Facebook

Pada mulanya, kedua-dua mereka dilihat berbincang tentang bagaimanakah agaknya mereka mahu memulakan ‘Mexican Wave’ di stadium yang dipenuhi lebih 80,000 orang tersebut.

Selepas sedikit ragu-ragu dan galakan daripada penonton lain di sana, mereka akhirnya memutuskan untuk memulakan ‘gelombang’ berkenaan.

Alex Wightman Photography/Facebook

Percubaan pertama mereka gagal, tidak ramai yang perasan dan memberikan kerjasama hinggalah ke percubaan kedua dan ketiga mereka.

Namun selepas percubaan keempat, akhirnya semangat mereka itu mula membuahkan hasil.

Alex Wightman Photography/Facebook

Ini kerana lebih kurang 83,000 orang penonton di stadium yang dipercayai di England itu turut serta dan menghasilkan Mexican Wave bersama.

Anda lihatlah video penuh di bawah ini :

Alex Wightman Photography/Facebook

Perkongsian ini mengajar kita untuk tidak segera putus asa jika gagal. Sentiasa yakin dan percaya pada diri bahawa kita mampu melakukannya, tidak kira faktor umur.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI