32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024
UtamaBerita UtamaKumpulan anti-penuaian organ paksa rancang lancar sidang kemuncak global

Kumpulan anti-penuaian organ paksa rancang lancar sidang kemuncak global

Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sedang merancang webinar bagi tujuan memerangi pemindahan organ paksa daripada tahanan tidak bersetuju, terutama dalam kalangan pengamal Falun Gong, semasa Perhimpunan Agung PBB akan datang pada bulan September.

Sidang Kemuncak Dunia dalam Memerangi dan Mencegah Penuaian Organ Paksa akan mengadakan enam webinar pada dua hujung minggu berturut-turut. Sesi pertama bermula pada 17 September. Diskusi akan menekankan permasalahan dari segi perspektif perubatan, undang-undang, hak asasi manusia, politik, media, dan kesan sosial.

Tiga puluh lima penceramah tamu dijangka akan hadir, yang mana mereka terdiri daripada pakar perubatan dan undang-undang, profesor, anggota majlis perbandaran, dan wartawan dari 19 negara, termasuk Amerika Utara, Eropah, dan Asia Timur.

Pakar bedah dalam pembedahan pemindahan buah pinggang (Gambar Pierre-Philippe Marcou / AFP / Getty Images)

Penganjur dalam laman web mereka berkata sasaran utama webinar adalah untuk “menyediakan komuniti antarabangsa dan global dengan objektif penemuan serta penilaian adalah mengenai penuaian organ paksa daripada individu yang masih hidup dan tidak memberikan persetujuan.”

“Selama lebih dua dekad, Parti Komunis China telah menggerakkan seluruh kelengkapan dan kemudahan negara untuk menyalahgunakan mayat yang dianggap tidak diingini dan mengubah profesional perubatan menjadi pelaksana hukuman mati,” kata laman web itu. 

Penganjur mendakwa mangsa utama adalah pengamal Falun Gong, yang dipenjara sebagai tahanan hati nurani dan “dibunuh atas permintaan organ mereka.”

Perintis utama acara ini adalah Doctors Against Forced Organ Harvesting. Empat penganjur bersama adalah CAP Freedom of Conscience dari Eropah, Transplant Tourism Research Association dari Jepun, Association for Ethical Organ Transplant dari Korea, dan Association for International Care of Organ Transplants dari Taiwan.

The World Organization to Investigate the Persecution of Falun Gong (WOIPFG) adalah organisasi bukan berasas keuntungan yang berpusat di New York telah mengumpulkan data berkaitan penuaian organ di China. Laman web WOIPFG mendedahkan banyak bukti secara langsung sama ada dalam bentuk rakaman perbualan telefon, jadual, dan laporan – berkaitan intipan dan praktik haram yang dijalankan secara meluas.

Penuaian organ hidup tetap menjadi topik pantang larang di China. Pada 20 April 2006, pemberi maklumat Annie dan Peter (bukan nama sebenar) mendedahkan pengetahuan mereka dalam satu sidang media di Washington D.C.

Annie memberitahu bekas suaminya, seorang pakar bedah saraf dari Hospital Thrombosis Wilayah Liaoning, membuang kornea daripada pengamal Falun Gong yang masih hidup dan mendedahkan mayat mangsa telah dilempar ke dalam tempat pembakaran mayat selepas pembedahan, dan ada kalanya ketika mangsa masih hidup. 

Pemberi maklumat Annie dan Peter semasa sidang media di Washingston D.C memberi testimoni awam mengenai penuaian organ paksa di China pada 20 April, 2006. (The Epoch Times)

Peter, bekas wartawan di China, memberikan butiran terperinci mengenai sebuah pusat tahanan di Sujiatun di mana organ-organ manusia diambil daripada pengamal Falun Gong yang masih hidup.

Pada 2 Oktober 2016, seorang pemberi maklumat, menggunakan nama sebenar, Lu Shuheng, mendedahkan praktik ngeri itu di stesen radio, Sound of Hope. Dia berkata saudara perempuannya, Zhou Qing, merupakan ketua di Hospital Wanping Shanghai, yang terlibat dalam penuaian organ paksa di China.

Lu berkata dia telah mendapat perincian praktik haram itu dalam perbualannya bersama doktor terbabit dan suaminya Mao Shuping, bekas tokoh yang berpengaruh dalam sistem penjara tempatan, semasa dia pulang ke kampung halamannya di China pada tahun 2002.

Butiran yang diberikan Lu tidak diterbitkan atas sebab keselamatan sehingga empat tahun kemudian, pada 29 Disember 2020.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI