Beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pertama buat kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan jaguh Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di Musashino Forest Sports Plaza pada 31 Julai.
Harapan membawa pulang pingat gangsa ini menjadi kenyataan apabila Aaron-Soh Wooi menyingkirkan pasangan dari Indonesia itu dengan kejayaan kutipan mata 17-21, 21-17 dan 21-14.
Ini adalah kejayaan kali kedua gandingan negara mengalahkan beregu lelaki nombor satu dunia itu dalam temasya Olimpik Tokyo 2020 selepas pertemuan di peringkat suku akhir pada 29 Julai lalu.
Naib Juara Kejohanan Seluruh England (All England) 2019 itu gagal mara ke perlawanan akhir selepas dikecewakan beregu dari China, Li Junhui-Liu Yuchen pada aksi separuh akhir 30 Julai.