Legenda bola sepak tanah air, Mokhtar Dahari ataupun lebih dikenali sebagai ‘Super Mokh’ telah diiktiraf Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Menerusi akaun Twitter, FIFA mengiktiraf Allahyarham sebagai penjaring gol ketiga tertinggi sepanjang zaman.
Allahyarham menduduki tangga ketiga dengan jumlah gol sebanyak 89, dibelakang Ali Daie dan juga Christiano Ronaldo dengan masing-masing meledakkan sejumlah 109 gol.
Turut difahamkan bahawa pencapaiannya itu diraih dalam keseluruhan 142 penampilan beliau bersama skuad bola sepak negara.
Malah lebih membanggakan, Allahyarham juga merupakan satu-satunya pemain bola dari Asia Tenggara yang berada dalam senarai terbabit.
Berdasarkan rekod FIFA, beliau juga berjaya memintas jaringan lagenda Hungary, Ferencs Puskas yang menjaringkan 84 gol menerusi 85 penampilannya.
Selain menjadi penjaring terbanyak di Asia Tenggara, legenda itu juga memenangi Sukan SEA pada tahun 1977 dan 1979 ketika bermain untuk Harimau Malaya.
Beliau turut memenangi kejohanan Pestabola Merdeka pada tahun 1973, 1974, 1776, dan 1979 serta telah dianugerahkan pingat gangsa dalam Sukan Asia 1974.
Pada 1975, beliau ditawarkan untuk menyertai Real Madrid C.F namun ditolak berikutan semangat patriotisme terhadap tanah air dan kelab negeri kelahirannya, Selangor.
Allahyarham dilaporkan meninggal dunia di usia 37 tahun iaitu pada bulan Julai 1991.