27 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024
UtamaNasionalGara-gara enggan divaksin, pelajar UM dilarang untuk duduki peperiksaan

Gara-gara enggan divaksin, pelajar UM dilarang untuk duduki peperiksaan

Seorang pelajar Universiti Malaya (UM) membuat laporan polis berikutan pihak universiti telah melarang dirinya untuk menduduki peperiksaan.

Larangan itu disebabkan oleh pelajar berusia 22 tahun terbabit, Nik Farah Ellisha Mohd Razif enggan untuk divaksinasi.

Gambar Hiasan/Facebook

“Setelah universiti berkeras, saya bersetuju untuk divaksin dengan jenama vaksin pilihan saya dan ia telah dimaklumkan kepada pihak universiti pada April lalu”, katanya.

Pihak universiti walau bagaimanapun berkata bahawa tarikh vaksinasi akan diberikan padanya.

Tambahnya, memandangkan peperiksaan berlangsung pada 8 dan 9 Jun, dia tidak menerima sebarang tarikh temu janji vaksinasi.

Berita Harian

“Apabila saya tiba di dewan untuk menduduki peperiksaan, pihak universiti melarang dan meminta saya untuk meninggalkan dewan”.

Nik Farah juga telah meminta agar dirinya dibenarkan untuk mengambil peperiksaan secara berasingan namun ianya ditolak.

Dia kemudian membuat laporan polis di IPD Brickfields pada 14 Jun lalu, sambil ditemani Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Nadzim dalam pada itu menggesa polis untuk menyiasat perkara itu dan menyifatkan insiden itu sebagai tidak adil dan tidak logik untuk dilakukan.

Wacana

“Dia adalah pelajar perubatan dan memahami baik dan buruk vaksin. Jadi, apabila dia menolak untuk divaksin maknanya dia faham risikonya”.

Tambahnya, pihak universiti tidak sepatutnya memaksa pelajar untuk menerima vaksin sebaiknya perlu mendidik dan menerangkan mengenainya secara berhemah.

Beliau turut mempersoalkan mengapa pihak universiti membuatkan keadaan lebih sukar untuk pelajar itu. “Dia adalah masa depan dan mampu menyumbang pada negara di masa akan datang”.

Jelas Nik Farah, insiden itu ternyata membuatkannya sedih memandangkan dia telah pun belajar bersungguh-sungguh untuk menjawab peperiksaan.

“Namun saya tidak dibenarkan kerana tidak divaksin. Saya berhak untuk menerimanya atau tidak. Saya juga berhak untuk menduduki peperiksaan”.

Lokman Adam/Facebook

Apa yang diinginkan cumalah meneruskan pengajian dan kemudian berkhidmat di hospital bersama rakannya. “Saya mahu menjadi doktor yang baik satu hari nanti. Itu impian saya”.

Dalam perkembangan sama, Pengarah pejabat Komunikasi Korporat UM, Mohammad Khairi Md Jaafar berkata pihaknya akan meneliti perkara itu secara terperinci.

Jelasnya, UM bertanggungjawab untuk memastikan persekitaran kondusif buat warganya dan akan memastikan risiko penularan COVID-19 dapat dikawal.

Pihak UM juga akan bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menyelesaikannya. Kes itu disiasat sebagai kes sivil, kata Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Annuar Omar.


MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI