Malaysia di Sukan Olimpik, berikut adalah senarai penyertaan dan pingat yang pernah dimenangi oleh kontinjen negara setakat ini.
Untuk pengetahuan semua, Malaysia tanpa gagal menyertai Sukan Olimpik bermula pada tahun 1956 sehinggalah kini, 2024.
Namun begitu, pada tahun 1980 Malaysia tidak menyertai Sukan Olimpik Mexico sebagai tanda sokongan kepada boikot yang dipimpin oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Keputusan itu adalah tanda protes terhadap pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.
Antara pingat yang pernah dimenangi oleh kontinjen negara setakat ini adalah:
- 1992 – Barcelona: Malaysia memenangi pingat pertama dalam sejarah penyertaan Olimpik menerusi Jalani Sidek dan Razif Sidek dalam acara badminton beregu lelaki dengan mendapat pingat Gangsa.
- 1996 – Atlanta: Malaysia memperoleh dua pingat iaitu pingat Perak menerusi acara badminton beregu lelaki gandingan Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock. Pingat Gangsa pula diperoleh menerusi acara badminton perseorang lelaki oleh Rashid Sidek.
- 2008 – Beijing: Lee Chong Wei mencipta sejarah dengan memenangi pingat Perak pertama untuk acara badminton perseorang lelaki.
- 2012 – London: Lee Chong Wei sekali lagi mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat Perak dalam acara badminton perseorang lelaki. Manakala Pandelela Rinong pula menyumbang pingat Gangsa dalam acara terjun 10 meter platform wanita buat pertama kali.
- 2016 – Rio de Janeiro, Brazil: Malaysia memperoleh lima pingat di mana tiga daripadanya menerusi acara badminton iaitu Lee Chong Wei (pingat Perak dalam kategori perseorangan lelaki), Goh V Shem dan Tan Wee Kiong (pingat Perak dalam kategori beregu lelaki) serta pasangan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying (pingat Perak dalam kategori beregu campuran). Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong pula menyumbang pingat Perak dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita. Satu pingat Gangsa disumbangkan oleh Azizulhasni Awang menerusi acara balapan lumba basikal kategori Keirin, Lelaki.
- 2020 – Tokyo (diadakan pada 2021 akibat pandemik COVID-19): Azizulhasni Awang menyumbang pingat Perak menerusi acara balapan lumba basikal kategori Keirin, Lelaki. Manakala Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menyumbang pingat Gangsa dalam acara badminton beregu lelaki.
Kesimpulannya, setakat ini Malaysia telah berjaya memungut pingat sebanyak 13 di Sukan Olimpik seperti pecahan berikut:
- Acara badminton: 9 (6 Perak, 3 Gangsa)
- Acara terjun papan anjal (diving): 2 (1 Perak, 1 Gangsa)
- Acara balapan lumba basikal: 2 (1 Perak, 1 Gangsa)
Berikut adalah senarai kontinjen negara yang cemerlang di Sukan Olimpik:
Antara impak Malaysia di Sukan Olimpik adalah:
- Ekonomi: Penyertaan dan kemenangan Malaysia meningkatkan profil negara di mata dunia. Ramai pelancong dan pelabur tertarik dengan Malaysia dan ini memberi impak dalam pembangunan industri sukan tempatan.
- Sosial: Kejayaan atlet negara menjadi inspirasi pada generasi muda untuk menceburi bidang sukan, mempromosikan gaya hidup sihat dan mengukuhkan perpaduan nasional.
- Politik: Menunjukkan kekuatan dan kemampuan negara di peringkat antarabangsa serta meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pada kesempatan ini kami mendoakan agar kontinjen negara akan beroleh kemenangan di Sukan Olimpik Paris 2024.