30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024
UtamaGaya HidupPembaca laporan cuaca teruja hilang fokus bila dapat tahu skrin sesentuh TV...

Pembaca laporan cuaca teruja hilang fokus bila dapat tahu skrin sesentuh TV adalah canggih semasa siaran langsung

Seorang pembaca laporan kaji cuaca di Chicago, Amerika Syarikat tidak dapat menahan keterujaan semasa siaran langsung berita pagi apabila mendapati skrin televisyen ramalan cuaca yang digunakannya untuk memaparkan cuaca semasa adalah skrin sesentuh yang canggih.

Reaksi teruja sehingga hilang fokusnya itu spontan menyebabkan dirinya menjadi tular dan popular dalam media sosial seluruh dunia.

Facebook

Walaupun peranti skrin sesentuh ada di mana-mana pada ketika ini dan ramai orang berasa tidak hairan, namun pembaca laporan kaji cuaca dan meteorologi ABC 7 Chicago, Greg Dutra, amat terkejut!

Greg Dutra mendapati tangannya yang menyentuh skrin TV pintar semasa beliau memberikan laporan ramalan cuaca pada pagi 4 Ogos, telah berjaya menggerakkan peta.

Facebook

“Sekejap, saya boleh buat begini? Mana mungkin!” Greg Dutra terkejut dengan mulut melopong sambil menoleh ke arah rakan sekerjanya pada hari itu.

“Adakah anda serius? Anda baru mengetahuinya?” hos bersama berita pagi Val Warner, yang berada di luar kamera, bertanya kepadanya sambil terlihat rahangnya ‘hampir terjatuh’ kerana teruja menemui perkara baru.

Facebook

Seorang lagi hos bersama, Terrell Brown, muncul dalam skrin televisyen dan menunjukkan kepada Greg Dutra, “Ya, anda boleh menggerakkan skrin dengan menyentuhnya!” Sambil pasangan pembaca berita itu menyeringai tergelak terkekek-kekek.

Greg Dutra kemudiannya belajar perkara baru pada hari itu, beliau bukan sahaja boleh mengalihkan peta tetapi juga boleh fokus zoom kepadanya. Pembaca ramalan kaji cuaca itu semakin meriah ketawa manakala kedua-dua Warner dan Brown boleh didengari sedang berdekah seronok mengejek rakan sekerja mereka.

Facebook

“Ia adalah hari yang sangat hebat!” Greg Dutra menjerit kegembiraan.

Beliau cuba untuk kembali kepada laporan cuaca tetapi tidak dapat menahan kegembiraannya, terus tersenyum seperti seorang kanak-kanak yang berjaya menemui perkara baru.

“Saya tidak tahu saya tidak pernah menyentuhnya sebelum ini! Ya Tuhan, awak boleh sengetkannya? Apa yang terjadi di sini?” tambahnya terus teruja lagi selepas menyentuh skrin sesentuh televisyen pintar itu.

Facebook

Siaran langsung dan rakaman video tular itu disifatkan ramai sebagai paling “kelakar” telah ditonton oleh lebih 680,000 pengguna Twitter dalam masa kurang sehari.

“Ini tiada dalam manual latihan!” kata Greg Dutra dalam ciapannya di Twitter.

Facebook

Walau bagaimanapun, reaksinya menjadi terlalu gembira apabila bermain dengan skrin sesentuh TV pintar pada hari itu secara langsung, telah menceriakan hari semua orang yang menontonnya.

Greg Dutra telah berkhidmat dengan stesen penyiaran ABC selama tiga tahun dan mempunyai pengalaman sebagai pembaca laporan kaji cuaca selama lebih sedekad.

Tonton video di sini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI