30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaCovid-19: Kerajaan gantung kebenaran tunaikan umrah mulai 8 Januari ini

Covid-19: Kerajaan gantung kebenaran tunaikan umrah mulai 8 Januari ini

PUTRAJAYA- Kerajaan menangguhkan sementara kebenaran perjalanan ibadah umrah berkuat kuasa 8 Jan sehingga suatu tarikh yang akan diumumkan kelak, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Menurut Khairy langkah itu diambil susulan penularan varian Omicron Covid-19.

Katanya sejak kumpulan pertama jemaah umrah berlepas ke tanah suci pada 13 Oktober lalu sehingga 30 Dis 2021, seramai 1,306 daripada jumlah keseluruhan 11,108 jemaah yang pulang dikesan positif Covid-19.

Setakat 31 Disember 2021 sebanyak 64 kes varian Omicron dikesan, di mana 63 daripadanya melibatkan pengembara dan satu kes disyaki jangkitan tempatan.

“Daripada 64 kes jangkitan Covid-19 varian Omicron ini, sebanyak 32 kes (50 peratus) dikesan dalam kalangan jemaah umrah,” katanya pada sidang media.

Selain itu, sejak 1 Jan hingga 30 Dis 2020, sebanyak 2,763 kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan pengembara dengan majoritinya dalam kalangan pengembara dari Arab Saudi iaitu sebanyak 1,446 kes, berbanding 322 kes dari Singapura, Indonesia (264 kes), dan United Kingdom (217 kes).

Daripada jumlah 1,146 kes pengembara dari Arab Saudi, katanya, sebilangan besar – iaitu 1,161 kes – dicatat dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.

Dalam tempoh sama, Singapura pula mencatatkan 13 kes, Indonesia dengan lapan kes dan United Kingdom sebanyak 49 kes.

Menurutnya lagi, sehingga 30 Disember 2021 terdapat sembilan kluster melibatkan jemaah umrah, termasuk lima yang melibatkan kes-kes indeks varian Omicron.

Keputusan penangguhan tersebut telah diputuskan dalam Mesyuarat Khas Kuartet yang dipengerusikan Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Hussein, dan dipersetujui Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Mesyuarat itu membincangkan cadangan mesyuarat khas yang diadakan pada 31 Disember itu melibatkan agensi yang terlibat dalam pengurusan umrah, seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), Kementerian Pengangkutan, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (Papuh).

Bagi jemaah umrah yang pulang ke Malaysia bermula 3 Januari ini termasuk yang akan berlepas ke Tanah Suci sebelum 8 Januari ini mereka dikehendaki untuk menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin atau hotel yang ditetapkan Nadma.

Selain itu, perhimpunan berskala besar melibatkan jemaah pelbagai negara semasa di Arab Saudi menyukarkan mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan, sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko jangkitan Covid-19 termasuk varian Omicron.

Jemaah juga, katanya, mungkin dijangkiti ketika berada di Arab Saudi, tetapi menghasilkan keputusan negatif sebelum bertolak pulang kerana masih dalam tempoh inkubasi jangkitan, manakala ketibaan jemaah Malaysia yang ramai seramai kira-kira 800 ke 1,000 sehari telah memburukkan keadaan dan risiko jangkitan.

“Kebanyakan jemaah yang pulang dari mengerjakan umrah telah memohon menjalani kuarantin di rumah atau tempat kediaman sepanjang tempoh tujuh hari kuarantin.

“Namun apabila berlaku tidak kepatuhan kepada SOP ditetapkan, kes-kes positif Covid-19 dalam kalangan jemaah umrah telah menyebabkan berlakunya penularan jangkitan dalam kalangan ahli keluarga,” katanya lagi.

Kerajaan akan melakukan penilaian risiko berkala situasi Covid-19 varian Omicron di dalam dan luar negara khususnya di Arab Saudi bagi membuat keputusan untuk membenarkan semula aktiviti umrah.

“Penangguhan sementara aktiviti umrah ini dijangka dapat membantu mengurangkan risiko penularan Omicron dalam negara dan memperlahankan peningkatan kes Covid-19.

“Langkah ini juga diharap dapat memberi peluang dan ruang kepada kerajaan untuk membuat perancangan serta persediaan rapi dalam pengurusan jemaah umrah sebelum aktiviti umrah boleh dibenarkan semula,” tambahnya lagi.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI