Bukan sukar mana pun untuk melakukan kebaikan setiap hari. Hanya dengan pertolongan kecil kadangkala sudah boleh membuatkan orang lain tersenyum kerana anda.
Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki, David Love apabila dia dilihat telah membantu seorang lelaki tua ketika berada di sebuah restoran.
Apa yang berlaku ialah ketika dia hendak memesan makanan di kaunter, terdapat seorang lelaki yang sedang mencuba untuk mengeluarkan wangnya bagi membayar harga makanannya. Melihat keadaan lelaki tua itu membuatkan David bermurah hati untuk membayarkan harga makanannya.
Tersentuh dengan apa yang dilakukan David, lelaki tua itu terus mengucapkan terima kasih dan mula beredar untuk ke kaunter sebelah. Namun, kebaikan David tidak terhenti di situ apabila kemudian mengeluarkan wangnya dan diberikan kepada pak cik tersebut dan sekali lagi lelaki tua tersebut mengucapkan terima kasih.
Perlakuan baik David telah dirakam secara senyap-senyap tanpa pengetahuannya. Apabila seorang wanita yang merakam video itu bertanya mengenai apa yang dilakukannya, David memberitahu bahawa lelaki tua tersebut hanya mempunyai sekitar 20 dolar. Jadi, dia memutuskan untuk membayarkan makanan dan memberikan 20 dolar kepada lelaki tua itu.
Apa yang lebih menyentuh hati David tetap berada di restoran itu untuk memastikan lelaki tua itu dilayan dengan baik. Dia juga bahkan meminta diri dengan sopan kepada pak cik itu sebelum berlalu meninggalkan restoran.
Apa yang dilakukan David adalah sesuatu yang sangat baik dan kita juga boleh menjadikan perbuatannya sebagai contoh. Mungkin selepas ini kita akan lebih bermurah hati untuk menghulurkan wang kepada mereka yang memerlukan.
Tindakan yang amat mulia yang pernah dirakam seperti dalam video ini :