Apakah telatah haiwan peliharaan yang paling anda suka? Ada antara anda yang suka dengan kelincahan mereka, ada juga yang suka dengan sikap manja mereka walaupun kadangkala mengganggu anda untuk melakukan sesuatu kerja.
Sama lah seperti kucing di dalam video ini yang kelihatannya sangat manja dan ‘mengada’ sehingga mahu terus berada dekat dengan tuannya.
真にGW終わってしまい憂鬱極まってるので、回復バフがかかる動画を用意しました。ご査収ください。 pic.twitter.com/FjFUJDTC1H
— 丸山カネキリカ(🖐)/ヤマダ(🐈) (@Kirika_ma_cos) May 9, 2021
Bukan itu sahaja dia malah tidak mahu melepaskan tangan tuannya walaupun sekejap!
Video tersebut telah dimuat naik oleh seorang netizen dari Jepun, @Kirika_ma_cos dan sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih daripada 1.3 juta kali!
Nampaknya ramai yang cair hati melihat telatah manjanya. Mana tidaknya, langsung dia tidak mahu berpisah dengan tuannya. Memang ‘clingy’ habis si comel ini!