Bagi pemilik haiwan pasti anda boleh teka apa yang suka dilakukan oleh haiwan peliharaan anda.
Pasti ada yang suka bermain tidak henti, ada pula yang suka menyepahkan barang di rumah dan ada yang lucu apabila ada yang suka bermain dengan diri sendiri seperti mahu ‘menangkap’ ekor sendiri.
Bukti paling lucu ditunjukkan oleh anjing berwarna hitam ini apabila dia dengan gigih berusaha untuk mencapai ekornya sendiri.
Boleh anda bayangkan bagaimana gayanya? Pasti dia terpusing-pusing sendiri untuk mendapatkan ekornya.
Apa yang paling melucukan ialah apabila anjing bernama Max ini akhirnya dapat mencapai ekornya. Ya, percaya atau tidak selepas banyak kali mencuba dia akhirnya berjaya! Bukan itu sahaja dia juga mendapat pujian daripada tuannya atas ‘kejayaannya’ itu.
Selepas itu, dia terhenti seketika seolah-olah bingung. Kelihatannya dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya. Dia akhirnya meninggalkan bilik itu sambil terus menggigit ekornya.
Bukan mudah untuk mencapai ekor sendiri, jadi mungkin dia tidak mahu melepaskannya secepat itu. Apa-apa pun, tahniah Max!
Video tersebut kini telah ditonton lebih daripada 8 juta kali di Twitter.
My friend’s dog, Max, finally caught its tail, and then didn’t know what to do with itself anymore. pic.twitter.com/Cl2HOZimW0
— Dungeon Thighmaster (@AManCalledVox) April 19, 2019
Rata-rata netizen terhibur dengan telatah Max dan ada juga yang turut berkongsi kisah lucu anjing mereka yang cuba melakukan seperti yang dilakukan oleh Max.