30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaNasionalBukan setakat kereta, polis Kedah akan periksa kasut, selipar semasa Hari Raya...

Bukan setakat kereta, polis Kedah akan periksa kasut, selipar semasa Hari Raya Aidilfitri

Kes COVID-19 saban hari mencatatkan angka yang agak tinggi dan keadaan ini sangat membimbangkan. Apatah lagi perayaan Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi.

Sehubungan dengan itu, polis Kedah dilaporkan akan menjalankan pemeriksaan di rumah yang didapati mempunyai jumlah kasut dan selipar yang banyak.

Ia dilakukan bertujuan untuk mengesan sama ada terdapat individu yang tidak mematuhi larangan rentas negeri semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan, pihaknya akan mengerahkan anggota untuk melakukan rondaan sepanjang sambutan perayaan itu di seluruh negeri.

Astro Awani

“Polis Kedah mendapat arahan untuk melakukan rondaan, kita tengok rumah yang ada banyak kereta, kita akan semak”.

“Bukan sekadar kereta, kita tengok selipar, kasut di rumah itu banyak, juga kita akan periksa”, ujarnya lagi.

Hasanuddin turut berkata bahawa beliau akan mengarahkan semua anggota di sekatan jalan raya untuk melakukan pemeriksaan lebih ketat.

Ianya bagi mengesan mereka yang cuba meloloskan diri untuk merentas negeri, selain menggunakan permit palsu.

Foto hiasan/Sinar Harian

“Periksa surat dengan terperinci. Saya sudah keluarkan arahan kepada semua anggota di SJR dan pasukan pemantauan supaya lebih tegas dalam melakukan pemeriksaan itu.

“Jadi, saya menyeru agar semua pihak jangan sesekali bawa dokumen palsu kerana mereka akan dikenakan denda yang tinggi”, akhirinya.

Sebelum ini, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata polis akan mengekalkan strategi sama seperti Aidilfitri tahun lalu.

Pada tahun lalu, iaitu tatkala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak polis membuat pemeriksaan mengejut daripada rumah ke rumah bagi memeriksa surat kebenaran rentas negeri.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI