28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 13, 2021
Utama Berita Utama Anak didiagnosis dengan autisme, netizen kongsi cara hendak mengesan gejala autisme pada...

Anak didiagnosis dengan autisme, netizen kongsi cara hendak mengesan gejala autisme pada kanak-kanak

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendefinisikan autisme atau gangguan spektrum autisme (ASD), sebagai penyakit genetik di mana kanak-kanak yang mengalami ASD ini mempunyai masalah dari segi sosial, komunikasi verbal dan masalah tingkah laku.

Terdapat beberapa ciri kanak-kanak yang menghidapi autisme antaranya ialah mengelak menatap mata ketika berbual, gemar berseorangan, suka mengulangi sesuatu perkataan atau ayat, tidak memberi reaksi ketika nama dipanggil pada umur 12 bulan dan lain-lain ciri.

Gambar Hiasan/Unsplash

Baru-baru ini seorang netizen di Twitter, Effa atau @efaperfume ada berkongsi mengenai anaknya yang didiagnosis dengan ‘Borderline Autistic’. Menurutnya, anak lelakinya, Anaqi dapat membaca seawal usia dua tahun. Pada mulanya, mereka tidak memikirkannya, tetapi ternyata itu adalah tanda spektrum.

Twitter

Selain itu, Anaqi juga dapat membaca kata-kata sederhana dan beberapa perkataan yang kompleks seperti ‘naughty’, ‘reptile’, ‘Oxford’, dan lain-lain ketika berusia dua tahun.

Dia mempunyai minat pada huruf dan ketika berusia empat tahun kini, kanak-kanak ini sudah memiliki kemampuan untuk menaip pada papan kekunci.

Antara gejala lain yang boleh dilihat pada Anaqi ialah tidak mempunyai ‘eye contact’ dan mempunyai kemahiran motor yang lemah. Selain itu, dia juga suka melompat, memeluk dan berjinjit.

Anak Effa juga tidak memahami batasan sosial. Contohnya, dia suka bercakap tetapi dia tidak tahu cara berhenti, yang mungkin membuat orang tidak selesa.

Twitter

Bagaimanapun, Effa dan suaminya benar-benar menyayangi anak mereka dan mereka akan menghantarnya ke sesi terapi.

Sesi terapi, program intervensi, dan lain-lain diperlukan untuk kanak-kanak seperti Anaqi agar mereka dapat memiliki kualiti hidup yang lebih baik dan dapat bergaul dengan masyarakat dengan baik.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai autisme, anda boleh mendapat maklumat di beberapa laman web seperti di The National Autisme Society of Malaysia atau di laman web Early Autisme Project.

Sehingga kini terdapat beberapa persatuan dan pusat yang bolah diakses oleh rakyat Malaysia untuk menjalani program peralihan autisme. Antaranya ialah:

  1. Early Autism Project (Nombor Dail: +603 2094 0421)
  2. Autism Link Malaysia (Nombor Dail: +603 7957 0795)
  3. The National Autism Society of Malaysia (NASOM) (Nombor Dail: +603 7832 1928)
  4. Oasis Place (Nombor Dail: + 603 2276 9111)

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

TREN TERKINI