31.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaPemandu kereta Proton Waja yang melarikan diri akhirnya ditahan pihak polis

Pemandu kereta Proton Waja yang melarikan diri akhirnya ditahan pihak polis

KUALA LUMPUR – Aksi ganas pemandu kereta Proton Waja yang melanggar beberapa buah kenderaan sehingga memaksa polis melepaskan tembakan di tayar kereta akhirnya berakhir juga.

Suspek yang sebelum ini berjaya melarikan diri akhirnya diberkas pihak polis semalam selepas rakannya berjaya ditahan pada hari yang sama.

 Petaling Jaya Police/Malay Mail

Menurut Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal, lelaki yang dikenali dengan nama Bob Mah Sing yang berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah apartmen di Jalan Pluto Seksyen U5, Shah Alam pada jam kira-kira 11.45 malam, Sabtu lalu.

Semakan pihak polis kemudian mendapati suspek memiliki enam rekod jenayah dan 14 rekod berkaitan dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 188 Kanun Keseksaan, Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958.

Bernama Radio/Facebook

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.45 tengah hari, Jumaat lalu, dua suspek tersebut telah dikejar dari Kampung Desa Aman oleh anggota unit kereta peronda IPD Gombak sebelum mereka dihalang di lampu isyarat oleh beberapa kenderaan lain.

Suspek walau bagaimanapun cuba melarikan diri dengan merempuh beberapa kenderaan sehingga memaksa polis melepaskan tembakan pada tayar kereta Waja tersebut.

Suspek kemudian berjaya melepaskan diri dan memecut ke arah Jalan Kuala Selangor-Sungai Buloh sebelum meninggalkan kereta di tepi jalan akibat tayar bocor.

Menurut Nik Ezanee lagi, tindakan pantas Bahagian Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Unit Anjing Pengesan (K9) berjaya menemui dadah jenis heroin seberat kira-kira 1.7 gram di dalam kereta suspek.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI