30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaKesihatanPihak berkuasa meneliti gangguan darah jarang berlaku pada beberapa penerima vaksin COVID-19

Pihak berkuasa meneliti gangguan darah jarang berlaku pada beberapa penerima vaksin COVID-19

Beberapa penerima vaksin COVID-19 dilaporkan telah mengalami ‘trombositopenia’ – gangguan darah yang jarang berlaku, di mana terdapat beberapa kes mengakibatkan kematian. Perkara ini juga sedang dalam siasatan para pegawai di AS.

Malah menerusi satu e-mel kepada The Epoch Times, pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) juga sedang menyiasat dan menilai kes yang dilaporkan.

“Pada masa ini, kami belum menemukan hubungan kausal. Kami akan mengemas kini dan memberitahu jika kami mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini”, kata wakil FDA itu.

Tahun lalu, FDA telah menyenaraikan kemungkinan gangguan darah ini sebagai kesan buruk setelah disuntik vaksin COVID-19. Selain itu, wujud juga kemungkinan sindrom Guillain-Barré dan kematian.

Beberapa laporan kes trombositopenia pasca vaksinasi telah diserahkan ke Sistem Pelaporan Kejadian Vaksin (VAERS), sistem pelaporan pasif yang dikendalikan oleh FDA dan Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit. Kira-kira 44.7 juta dos vaksin COVID-19 telah diberikan di Amerika Syarikat pada 10 Februari.

Dalam satu kes, seorang lelaki berusia 56 tahun di Florida yang disuntik dengan vaksin Pfizer, dikejarkan ke hospital beberapa hari kemudian, setelah muncul bintik-bintik kecil berwarna darah. Dia didiagnosis dengan trombositopenia.

Jururawat sedang bersedia untuk memberikan suntikan vaksinasi di Los Angeles pada 10 Februari 2021 (Mario Tama/Getty Images)

Seorang wanita dari Pennsylvania yang berusia 36 tahun mengatakan bahawa dia mendapati terdapat lecet darah di seluruh mulut kira-kira dua minggu setelah mendapat vaksin Pfizer. Dia kemudian telah dimasukkan ke wad kecemasan dan didiagnosis dengan ‘purpura trombositopenik idiopatik’ (ITP), iaitu versi penyakit ini.

Malah terdapat satu kes berprofil tinggi melibatkan Dr. Gregory Michael, seorang doktor Miami berusia 56 tahun yang meninggal 16 hari setelah menerima vaksinasi terhadap virus COVID-19.

Isteri Michael, Heidi Neckelmann, menulis di Facebook bahawa doktor itu dimasukkan ke wad kecemasan, di mana pekerja perubatan mendapati jumlah plateletnya adalah sifar. Thrombocytopenia menyebabkan tahap platelet rendah dan orang dewasa biasanya memerlukan rawatan perubatan.

“Michael dibawa ke unit rawatan rapi, di mana dia didiagnosis dengan ITP akut, yang disebabkan oleh reaksi terhadap vaksin”, kata isterinya.

“Tiada wakil Pfizer atau agensi kesihatan yang menghubungi saya. Saya tahu mengenai siasatan menerusi artikel yang disiarkan sahaja, di mana ia sedang disiasat”, katanya lagi.

Dr. Jerry Spivak, profesor perubatan di bahagian Hematologi di Johns Hopkins University School of Medicine di Maryland, tidak menilai Michael dan tidak mempunyai pengetahuan mengenai rawatannya.

“Namun, berdasarkan permulaan yang cepat, keparahan dan jangka masa yang sama pada beberapa pesakit lain yang terdedah kepada vaksin sama dan semuanya adalah lelaki yang jarang imun terhadap trombositopenia, saya rasa terdapat hujah yang perlu dibincangkan mengenainya”.

“Sehingga terbukti sebaliknya, hubungan antara vaksin ini harus dianggap nyata dan bukanlah kebetulan”, kata Spivak.

Proses pemberian vaksin di Jerome Mack Middle School, Las Vegas pada 29 Januari 2021 (Ethan Miller/Getty Images)

“Trombositopenia yang disebabkan oleh vaksin adalah kejadian jarang berlaku tetapi tidak sesiapa yang harus mati daripadanya. Mengetepikan kejadian ini sebagai kebetulan atau mungkin hanya berlaku ketidakadilan terhadap Dr. Michael untuk penyelidikan saintifik, akan membahayakan orang lain yang mungkin mengalami kejadian buruk yang sama”.

“Jadi, sehingga terbukti sebaliknya, saya menganggap ini sebagai kejadian berkaitan COVID-19”, tambahnya yang juga sudah menerima vaksinasi dan menasihati orang ramai untuk mendapatkan vaksin kerana beliau yakin manfaatnya melebihi risiko.

Seorang pegawai Pfizer memberitahu The Epoch Times bahawa siasatan awal terhadap kes-kes trombositopenia pasca-vaksinasi menunjukkan bahawa tidak ada hubungan antara vaksin dan gangguan itu, tetapi menyatakan bahawa FDA dan agensi kesihatan persekutuan lain bertanggungjawab untuk siasatan.

“Kami memandang serius laporan kejadian buruk. Kami mengetahui kes trombositopenia pada penerima vaksin COVID-19 kami seperti yang dilaporkan kepada VAERS atau dilaporkan kepada Pfizer. Kami mengumpulkan maklumat yang relevan untuk dikongsi dengan FDA. Namun pada masa ini, kami belum dapat mengaitkan hubungan kausal dengan vaksin kami”, jelas wakil Pfizer menerusi e-mel.

“Sehingga kini, berjuta-juta orang telah divaksinasi dan kami memantau secara dekat semua kejadian buruk pada individu yang menerima vaksin kami. Kejadian buruk yang serius, termasuk kematian yang tidak berkaitan dengan vaksin, cenderung berlaku pada kadar yang sama seperti yang berlaku pada populasi umum.”.

Moderna, satu-satunya syarikat lain yang telah mendapat kebenaran darurat untuk vaksin COVID-19 di Amerika Syarikat, tidak segera memberi maklum balas kepada The Epoch Times.

Pihak berkuasa menekankan bahawa VAERS adalah sistem pasif, yang bermaksud sesiapa sahaja boleh menghantar laporan. Ia adalah sistem utama yang digunakan untuk melaporkan mengenai kejadian buruk setelah vaksinasi. Terdapat rancangan untuk menerapkan sistem yang lebih kuat dalam beberapa bulan mendatang.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI