Buat pertama kali pada tahun 2020, Festival Filem CONTENT menambah Berita dan Kewartawanan sebagai salah satu kategori yang dipertandingkan. Festival filem Kristian dan persidangan media CONTENT menganjur penyertaan 50 penceramah dan panelis, yang diadakan di Dallas, Texas bermula 1 Februari hingga 4 Februari 2021.
“Semua orang bersemangat dengan kategori Berita dan Kewartawanan,” kata John Diamond, penyelaras bahagian Berita dan Kewartawanan dalam persidangan itu. Beliau menambah kategori itu kini akan dikekalkan dalam anugerah di festival filem akan datang.
Keputusan untuk menambah kategori itu dibuat setahun setengah yang lalu, dan Diamond berkata semakin ramai individu mencari sumber selain media arus perdana demi mendapatkan kebenaran.
“Kami mencari media alternatif yang mendedahkan kebenaran dengan cara terbaik dan menjemput mereka ke persidangan ini,” kata Diamond.
Setahun yang lalu, sejurus sahaja pandemik virus PKC menular dan mengakibatkan perintah berkurung di seluruh negara, John Diamond menonton sebuah dokumentari yang meneroka asal-usul virus PKC (Parti Komunis China) secara dalam talian, yang menampilkan wartawan penyiasat kanan Epoch Times Joshua Philipp, dan diterbitkan oleh Katherine Hu dan The Epoch Times.
“Atas sebab itu saya telah menghantar dokumentari ini untuk pencalonan, tetapi kemudian anda menerbitkan beberapa dokumentari hebat yang lain sejak itu,” kata Diamond.
Liputan Joshua Philipp mengenai Pilihan Raya Amerika Syarikat 2020 akhirnya memenangi Anugerah Dokumentari Terbaik di kategori Berita dan Kewartawanan.
“Saya terbabit dalam misi ketenteraan ketika Perang Dingin dan pergolakan tahun 80-an, jadi saya mengetahui bagaimana komunis menangani kewartawanan. Ketika mereka mengambil alih Jerman Timur semasa saya berada dalam Angkatan Tentera Udara pada awal tahun 80-an, ketika mereka mengambil alih Eropah Timur, mereka mengambil alih media negara,” kata Diamond.
“Jadi saya mengetahui apa itu propaganda, saya melihat jalan yang kita lalui sejak bertahun-tahun yang lalu. Tetapi anda tahu, perkara baik dengan virus PKC dan pilihan raya, adakah ia benar-benar mendedahkan siapakah penyampai kebenaran, dan The Epoch Times berada di tempat teratas dalam menampilkan kewartawanan yang benar, adil dan jujur,” tambah Diamond.
“Ia adalah suatu kegembiraan sebenar apabila dapat naik ke pentas dan menerima anugerah,” kata Joshua Philipp yang menghadiri persidangan itu ketika berada di Texas untuk rancangannya Crossroads.
“Anda benar-benar merasakan semangat negara ini menjadi sangat hidup dan sihat ketika anda mula bertemu dengan warganya. Inilah tradisi dan kepercayaan, yang menjadi inti pati negara Amerika Syarikat,” kata wartawan Joshua Philipp.