Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik, dan Sabar.
Encik Li menjadi calon Hadiah Keamanan Nobel sebanyak empat kali dan telah dicalonkan oleh Parlimen Eropah bagi Hadiah Sakharov untuk Kebebasan Berfikir. Beliau juga merupakan penerima Anugerah Kebebasan Beragama Antarabangsa Freedom House.Artikel Encik Li ini diterjemahkan daripada bahasa Cina.
Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk
Mengapa Pencipta berusaha menyelamatkan segala makhluk? Ini adalah kerana kasih-Nya terhadap segala makhluk, kerana segala nyawa makhluk dikurniakan oleh-Nya.
Semasa alam semesta sampai fasa terakhir dalam proses Pembentukan, Pengekalan, Kemerosotan dan Kepupusan, Pencipta menggunakan 200 juta tahun mencipta Tiga Alam (Tiga Dunia), merancang dan memberi banyak cara dan peluang untuk menyelamatkan semua makhluk hidup, sementara membina asas kebudayaan, pemikiran, dan tingkah laku manusia. Pencipta juga menggunakan tubuh Tuhan-Nya untuk menghapuskan karma dosa semua makhluk! Pencipta telah memberikan segala-gala-Nya untuk menyelamatkan makhluk hidup.
Agar manusia dapat memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh Tuhan apabila penyelamatan bermula pada zaman akhirat, Pencipta menjelma semula dengan berbilang badan dalam 200 juta tahun yang lalu untuk menyediakan asas kebudayaan manusia, mengawasi dan menjaga moral manusia. Dalam sejarah yang panjang, kelahiran semula hidupan telah berulang-alik selama ribuan dan jutaan tahun, secara beransur-ansur entiti benar manusia di dunia ini (termasuk semua kumpulan etnik) mempunyai pelbagai hubungan kekerabatan dengan Pencipta, yang menjadikan Pencipta lagi mengasihi ciptaan-Nya. Apabila kiamat tiba, untuk penyelamatan yang lebih sempurna, makhluk tanpa hubungan seperti itu dengan Pencipta tidak boleh menjadi manusia pada masa ini. Pada masa ini, badan sebenar manusia di dunia ini merupakan orang Pencipta. Ini termasuk Dewa dan Tuhan yang dianuti oleh manusia hari ini, mereka menjelma semula menjadi manusia untuk mengajar Fa dan Tao, juga adalah ciptaan Pencipta. Tuhan menggunakan tubuh manusia untuk tujuan menyediakan kebudayaan Tuhan untuk menyelamatkan manusia, pelbagai agama ortodoks yang ditinggalkan juga wujud untuk mengekalkan moral manusia, menunggu penyelamatan terakhir daripada Pencipta. Bagi Pencipta, Dia berhak untuk mengasihi ciptaan-Nya, dan Dia akan lebih mengasihi manusia yang Dia anggap patut disayangi. Itu merupakan hak-Nya, tiada siapa berhak masuk campur! Itulah kurniaan-Nya yang tertinggi bagi hidupan!
Pencipta ialah Tuhan kepada segala tuhan dalam badan angkasa. Dia ialah Pencipta kepada Tuhan dalam segala tuhan, Raja dalam segala raja, dan Penguasa kepada semua makhluk hidup, termasuk segala manusia, tuhan, dan benda dalam Tiga Alam (Tiga Dunia) yang dicipta oleh-Nya. Kasih-Nya adalah anugerah suci tertinggi untuk semua makhluk! Tiada kebanggaan yang lebih besar bagi mana-mana orang di dunia ini selain dikasihi oleh-Nya!
Guru, Li Hongzhi
17hb April 2023