31.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024
UtamaBerita UtamaProsedur yang perlu dilakukan untuk menukar warna kenderaan supaya diluluskan JPJ

Prosedur yang perlu dilakukan untuk menukar warna kenderaan supaya diluluskan JPJ

Bagi anda yang tidak tahu, mengubah warna kenderaan sesuka hati merupakan sebuah kesalahan yang boleh menyebabkan anda dikenakan saman.

Namun begitu, itu tidak bermakna anda tidak boleh menukar warna kenderaan anda. Apa yang perlu dilakukan ialah beberapa langkah dan prosedur supaya pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membenarkann warna kenderaan ditukar.

Gambar hiasan/Facebook

Jadi, sebelum menukar warna kenderaan ikutilah langkah-langkah seperti di bawah ini:


1) Cat kenderaan terlebih dahulu mengikut warna pilihan. Sila pastikan ia tidak melebihi daripada dua warna.
2) Selepas itu bawa kenderaan anda ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berhampiran untuk mendapatkan kelulusan pertukaran warna.
3) Isi siri borang JPJ K8 (pindaan butir-butir kenderaan), selepas itu serahkan kepada pegawai yang bertugas.
4) Pegawai JPJ akan menyemak warna pada kenderaan untuk tujuan kelulusan.
5) Jika warna tersebut diluluskan, pegawai JPJ akan membatalkan warna asal kereta pada geran asal dan warna baru akan dikemas kini di dalam sistem komputer. Cop kelulusan juga akan diberikan.
6) Kos untuk kelulusan pertukaran warna itu adalah percuma.

Berikut adalah grafik mengenai panduan untuk menukar warna kenderaan yang disediakan oleh JPJ Malaysia:

Facebook

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI