31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024
UtamaBerita UtamaMinta bantuan dengan gunakan isyarat tangan kecemasan, seorang kanak-kanak akhirnya diselamatkan daripada...

Minta bantuan dengan gunakan isyarat tangan kecemasan, seorang kanak-kanak akhirnya diselamatkan daripada penculik

Pada Khamis, 4 November lalu, seorang remaja berusia 16 tahun yang berada di dalam sebuah kereta di tempat duduk penumpang telah melakukan isyarat tangan yang memberitahu dia sedang dalam keadaan bahaya. Kejadian tersebut dilaporkan telah berlaku di selatan Kentucky, Amerika Syarikat.

Menurut Gilbert Acciardo, timbalan syerif di Jabatan Syerif Daerah Laurel di Kentucky memberitahu bahawa seorang pemandu menyedari bahawa remaja tersebut sedang memberikan isyarat tangan yang menunjukkan dia memerlukan bantuan.

Remaja tersebut dikatakan berasal dari utara Carolina dan dilaporkan hilang oleh ibu bapanya pada Selasa lalu. Rupa-rupanya dia telah diculik oleh seorang lelaki dengan menggunakan kereta yang menuju ke arah selatan.

Pemandu yang melihat isyarat yang diberikan remaja tersebut terus menghubungi polis dan mengekori kereta penculik sejauh hampir 15 kilometer sehingga pihak polis datang.

Remaja tersebut dikatakan telah membuat isyarat tangan tersebut mungkin sebaik sahaja dia diculik dengan harapan akan ada yang faham apa yang cuba disampaikan.

Dia kemudian terus melakukan isyarat tangan sehingga lah ada pemandu yang melihat dan mengerti mesej yang cuba diberikan. Kini, remaja tersebut berjaya diselamatkan dan telah kembali ke utara Carolina bersama dengan keluarganya.

Mungkin masih ramai yang masih tidak tahu bahawa terdapat satu bahasa isyarat yang telah dicipta di Kanada untuk membantu sesiapa yang dalam kesusahan atau kecemasan. Bahasa isyarat tangan ini telah diterima secara meluas terutama golongan wanita.

Pada April 2020, Yayasan Wanita Kanada telah mencipta isyarat kecemasan ini dan melancarkan kempen dengan tujuan untuk membantu mereka yang terperangkap di rumah, terutama mereka yang telah didera dan dikasari.

Bahasa isyarat ini kemudian menjadi terkenal dan digunakan secara lebih meluas. Kajian menunjukkan bahawa menjelang Julai 2020, seramai satu pertiga daripada rakyat Kanada telah mendengar tentang isyarat kecemasan ini atau telah melihat seseorang menggunakannya. Kini, bahasa isyarat ini tersebar secara meluas di seluruh dunia dan digunakan di lebih daripada 70 buah negara.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI