SANDAKAN- Pada pagi Ahad lalu tular video seorang lelaki memandu kenderaannya secara mengundur di atas jalan raya.
Menurut ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, suspek, 44 tahun berjaya ditahan di bandar ini bersama kenderaan pacuan empat roda Land Cruiser.
“Pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis (IPD) Sandakan, kemudiannya bertindak pantas menyiasat kesahihan video tersebut.
“Hasil siasatan, kejadian tersebut memang benar berlaku di persimpangan lampu isyarat Bandar Kim Fung jam kira-kira jam 10 pagi, Ahad.
“Susulan itu, polis juga telah berjaya mengesan kenderaan serta pemandu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, pemandu tersebut memberikan alasan kenderaan berkenaan mengalami kerosakan pada kotak gear.
“Ia menyebabkan kenderaan terpaksa dipandu secara mengundur.
“Bagaimanapun, tindakan sedemikian membahayakan dirinya dan juga pengguna jalan raya yang lain.
Kes disiasat dibawah Sek 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana memandu secara melulu dan merbahaya.
Tonton video di sini.