Malam semalam pasti ramai antara kita yang merasai sendiri betapa kuatnya angin yang melanda kediaman masing-masing. Ada yang terjaga dari tidur mendengar bunyi yang kuat dan ada juga yang berkejar menutup tingkap kerana angin kuat.
Seorang netizen di laman social TikTok, @hey_auff telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan keadaan ketika berlakunya angin kencang. Kejadian tersebut dikatakan telah berlaku di Bachok, Kelantan.
Kelihatan sebuah paying hampir tertanggal akibat rebut. Keadaan bertambah parah apabila hujan juga turut turun dengan lebat membuatkan pokok-pokok kelapa juga ditiup angin kencang.
Beberapa hari lalu beberapa kejadian rebut turut dilaporkan media tempatan. Awal Julai lalu, dilaporkan lebih 200 orang penduduk di Padang Setengge, Kuala Berang, Terengganu turut berhadapan detik cemas apabila kawasan perumahan mereka teruk ditiup rebut kencang.
Tonton video di sini.