Memikirkan amanah atas kerja yang dipikul, seorang penghantar makanan GrabFood bertindak menghantar makanan secara percuma kepada pelanggan.
Difahamkan bahawa pelanggan yang memesan makanan terbabit terlupa untuk menyunting alamat rumah, memandangkan dia sudah pulang ke rumah daripada pejabatnya.
“Saya tidak menukar lokasi saya dari Cheras kepada Puchong semasa saya memesan. Ia sudah terlambat apabila saya mula menyedarinya”.
Pada ketika itulah, individu terbabit bertindak menghubungi penghantar bernama Azrul dan memberitahunya bahawa dia tidak lagi berada di pejabat.
“Saya minta dia untuk mengambil sahaja makanan daripada Madam Kwan’s”, kata individu terbabit yang bernama Vijaya Kasinathan.
Namun Azrul berasa tidak sanggup untuk melakukannya memandangkan Vijaya tidak ada makanan. Azrul kemudian memutuskan untuk menghantar makanan itu ke Puchong tanpa sebarang caj.
Akui Vijaya, dia langsung tidak menyangka dedikasi Azrul terhadap tanggungjawabnya sebegini besar. Saya benar-benar tersentuh jadi saya berikan sedikit wang buatnya”.
Foto Azrul bersama ibu Vijaya
“Namun dia enggan ambil RM100 yang saya beri di dalam sampul. Dia hanya membukanya semasa mahu mengisi minyak”.
Mengejutkan apabila Azrul kemudiannya kembali datang ke rumah Vijaya sambil air matanya mengalir dan berkata, “Apa yang kamu beri kepada saya ini terlalu banyak”.
Vijaya kemudian berkata, “Tiada siapa yang dapat meletakkan nilai terhadap apa yang telah kamu lakukan untuk saya tadi”.
“Terimalah pemberian ini. Pergi beli sesuatu untuk diri kamu”, kata Vijaya.
Azrul kemudian mahu bergambar dengannya namun Vijaya meminta dia bergambar dengan ibunya yang sangat tersentuh dengan tindakan Azrul.
Agak membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia apabila masih lagi ada insan yang berintegiriti tinggi, tidak kira dalam apa jua yang mereka lakukan.
Tahniah Azrul, anda sememangnya teladan yang baik buat kami semua..