28.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 23, 2025
UtamaBerita Utama26 Tahun Penentangan Terhadap Penindasan Falun Gong – Upacara Menyalakan Lilin di...

26 Tahun Penentangan Terhadap Penindasan Falun Gong – Upacara Menyalakan Lilin di Malaysia

Pada petang 20 Julai 2025 (Ahad), sebahagian pengamal Falun Gong dari kawasan Selangor dan Kuala Lumpur telah mengadakan upacara nyalaan lilin “7.20” di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Acara ini bertujuan untuk mendedahkan jenayah berterusan Parti Komunis China (PKC) dalam menindas Falun Gong selama 26 tahun; memperingati pengamal Falun Gong yang mati akibat penindasan; serta memperlihatkan semangat aman, rasional dan teguh dalam kalangan pengamal Falun Dafa.

Gambar 1–3: Pengamal Falun Gong Malaysia mengadakan aktiviti Anti-penganiayaan di Taman Tasik Titiwangsa dan melakukan latihan berkumpulan di tepi tasik.

Acara bermula pada jam 5 petang, di mana para pengamal berpakaian serba putih, dan berlatih latihan Falun Gong dalam suasana yang tertib di tepi tasik. Upacara nyalaan lilin pula diadakan pada jam 7 malam.

Gambar 4: Pengamal Falun Gong Malaysia memperingati rakan-rakan pengamal yang mati akibat penindasan oleh PKC.

Di lokasi acara, satu kawasan khas disediakan untuk mengumpul tandatangan sokongan daripada orang ramai. Ramai warga, setelah memahami kebenaran, secara sukarela menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan.

Selepas mendengar penjelasan dari pengamal, sepasang suami isteri berkata: “Saya rasa sangat marah. Sebelum ini saya tidak tahu langsung perkara ini berlaku. Saya harap media akan mendedahkannya.” Mereka turut menyatakan akan memaklumkan kepada kenalan mereka tentang penindasan ini.

Puan Yang, seorang mangsa penindasan di China yang kini menetap di Malaysia, turut hadir ke acara tersebut. Beliau mula mengamalkan Falun Dafa pada tahun 1999. Katanya, “Saya berasa sangat terharu dapat menyertai upacara memperingati penentangan 7.20 hari ini. Suasana amat suci dan penuh kekuatan tenaga positif, membawa penyucian jiwa yang lebih mendalam bagi saya.”

Beliau mengimbau: “Disebabkan saya berpegang teguh kepada kepercayaan dan menyampaikan kebenaran tentang Falun Gong, saya telah dianiaya oleh PKC dan dipenjarakan secara tidak sah selama tiga tahun enam bulan. Semasa dalam penjara, saya dipaksa untuk menjalani indoktrinasi dan buruh paksa secara berlebihan. Selepas dibebaskan, kesihatan saya sangat merosot, namun setelah saya kembali mengamalkan Falun Dafa, kesihatan saya pulih dengan cepat.”

Beliau akhirnya menyeru agar kerajaan Malaysia dan rakyat yang berhati baik berdiri di pihak keadilan, bersama-sama menolak penindasan rentas negara oleh PKC, dan menamatkan penindasan selama 26 tahun terhadap pengamal Falun Gong.

Encik Bala, seorang warga India yang kini menetap di Malaysia, menyatakan bahawa beliau mula mengamalkan Falun Dafa sejak Mei 2022 dan merasakan banyak kebaikan dalam hidupnya hasil amalan tersebut.

Mengulas tentang penindasan jangka panjang PKC terhadap Falun Gong, termasuk pengambilan organ secara paksa, Encik Bala berkata perkara itu sangat tidak berperikemanusiaan, dan beliau berharap penindasan ini akan segera berakhir.

Acara berakhir pada jam 7:45 malam. Ramai pengamal Falun Gong menyatakan bahawa menyertai aktiviti memperingati hari istimewa ini memberi semangat dan memperkukuhkan tekad mereka dalam pengamalan. Acara ini bukan sahaja membantu orang awam memahami kebenaran, malah turut menyaksikan keteguhan semangat pengamal Falun Gong dalam memperjuangkan kepercayaan secara aman selama bertahun-tahun.

Dalam suasana dunia masa kini yang dipenuhi dengan kejatuhan moral dan kekeliruan antara baik dan jahat, para pengamal Dafa telah menunjukkan nilai-nilai Sejati, Baik, dan Sabar melalui tindakan nyata, membangkitkan hati nurani dan rasa keadilan lebih ramai orang. Mereka menyeru masyarakat antarabangsa agar memberi perhatian kepada jenayah pelanggaran hak asasi manusia oleh PKC dan menghentikan segera bencana kemanusiaan yang masih berlanjutan ini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI