Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dikejarkan ke hospital selepas disengat obor-obor ketika mandi di Batu Feringghi.

Menurut Aleesa Aen sedang mereka sekeluarga seronok bermain pantai, tiba-tiba anak perempuannya menangis kesakitan.
Aleesa Aen terus mengeluarkan anaknya daripada air untuk melihat keadaan anaknya.
Kelihatan bintat-bintat merah pada kulit tangan dan kaki sehingga ke bahagian peha anaknya yang dipercayai kesan disengat obor-obor menurut beberapa pengunjung pantai lain.

Aleesa Aen bersyukur kerana pengunjung pantai membantu mereka sekeluarga dengan menghubungi ambulans.
Sementara menunggu ambulans sampai, Aleesa Aen pergi ke kedai makan yang berdekatan untuk mendapatkan limau bagi meredakan rasa gatal akibat disengat obor-obor itu.
Sebaik sahaja ambulans sampai, doktor memeriksa keadaan kanak-kanak perempuan tersebut dan memberikan suntikan.
Menurut doktor, keadaan anak Aleesa Aen stabil namun mengambil sedikit masa untuk bintat-bintat tersebut hilang.

Susulan daripada insiden tersebut, Aleesa Aen mengingatkan orang ramai agar berhati-hati jika hendak bermandi-manda di pantai Batu Feringghi.
Menerusi ruang komen, ramai warga siber mengatakan bahawa memang tidak selamat untuk bermandi-mand di pantai Batu Feringghi.
Hal ini kerana terdapat banyak obor-obor di sekitar pantai Batu Feringghi.
Mereka juga berkongsi pengalaman disengat obor-obor ketika bermandi-manda di pantai Batu Feringghi.
Fakta Mengenai Obor-obor
- Merupakan haiwan tidak bertulang belakang dan kebanyakannya terdiri daripada air sekitar 95 peratus.
- Datang dalam pelbagai saiz.
- Terdapat obor-obor yang hidup lebih daripada 700 juta tahun, menjadikannya antara makhluk tertua di bumi.
- Berupaya mengeluarkan cahaya sendiri.
- Terdapat spesies obor-obor yang sangat beracun dan boleh membunuh manusia dalam masa beberapa minit jika disengat.
Bahaya Sengatan Obor-obor
- Rasa sakit seperti terbakar yang berpanjangan namun bergantung kepada jenis obor-obor.
- Sesetengah orang mungkin mengalami reaksi alergi yang teruk termasuk sesak nafas, bengkak dan gatal-gatal yang kuat.
- Sengatan obor-obor beracun boleh menyebabkan masalah pada jantung, kesukaran bernafas dan membawa maut.
- Sengatan obor-obor boleh meninggalkan parut atau kesan kekal pada kulit.
- Mangsa yang disengat berisiko mengalami kekejangan otot yang mana akan menyebabkan mereka sukar bergerak atau berenang yang akhirnya boleh membuatkan mereka lemas.
- Terdapat mangsa sengatan obor-obor yang pengsan selepas disengat obor-obor.
Langkah Pertolongan Cemas
- Mangsa perlu dikeluarkan daripada air bagi mengelakkan risiko lemas.
- Jangan gosok bahagian yang disengat kerana ini boleh menyebabkan lebih banyak racun masuk ke dalam kulit.
- Bilas dengan cuka tanpa menggosok bahagian yang disengat.
- Rendam bahagian yang terkena sengatan dalam air panas (bukan air mendidih) selama 20-45 minit bagi mengurangkan sakit.
- Dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika mangsa mengalami gejala serius.
Orang ramai dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga supaya dapat menikmati waktu santai di pantai dengan lebih selamat.