32.6 C
Kuala Lumpur
Monday, July 21, 2025
UtamaBerita UtamaPengamal Falun Gong Malaysia Serah Laporan kepada Ketua Setiausaha Negara, Gesa Siasatan...

Pengamal Falun Gong Malaysia Serah Laporan kepada Ketua Setiausaha Negara, Gesa Siasatan Kes Tahanan 76 Orang

[Minghui.org, 18 Julai 2025] Pada 15 Julai, beberapa orang pengamal Falun Gong Malaysia yang pernah ditahan oleh pihak polis telah pergi ke Pejabat Ketua Setiausaha Negara untuk menyerahkan satu laporan. Laporan tersebut menghuraikan kejadian pada 13 April di mana 76 pengamal Falun Gong telah ditahan secara paksa oleh pihak polis. Mereka memohon agar kerajaan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kejadian ini dan memberikan penjelasan yang munasabah kepada komuniti Falun Gong.

Penyelaras aktiviti bersama beberapa pengamal yang terlibat dalam penahanan itu tiba di pejabat Ketua Setiausaha Negara pada jam 10 pagi untuk menyerahkan laporan, dan turut bertemu dengan wakil rasmi dari pejabat tersebut.

Wakil Falun Gong menyeru pihak berkuasa agar:

  1. Menilai semula kejadian penahanan tersebut dan memastikan proses siasatan dijalankan secara adil, telus serta selaras dengan Perlembagaan dan prinsip hak asasi manusia.
  2. Memastikan kebebasan beragama dan kebebasan bersuara rakyat Malaysia dihormati oleh pihak penguatkuasa.
  3. Memberikan penjelasan rasmi kepada ahli keluarga individe yang ditahan serta kepada masyarakat umum mengenai sebab penahanan dan arah siasatan.
  4. Memulangkan semua barangan peribadi yang dirampas tanpa asas undang-undang.

Bagi mewujudkan mekanisme komunikasi yang lebih berkesan dengan pihak berkuasa dan menggalakkan persefahaman serta kerjasama antara masyarakat umum dan agensi penguatkuasa, wakil Falun Gong juga mencadangkan agar satu sesi dialog atau pertemuan rasmi diadakan dengan jabatan kerajaan atau wakil agensi penguatkuasa berkaitan.

Selepas mendengar laporan dan penjelasan daripada pengamal, pegawai yang hadir menyatakan bahawa perkara ini akan dilaporkan kepada Ketua Setiausaha Negara. 

Salinan laporan juga telah diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri dan balai polis tempatan, dengan harapan agar pihak berkuasa memberi perhatian terhadap kes ini.

Wakil pengamal Falun Gong meluahkan rasa puas hati terhadap hasil penyampaian laporan tersebut. “Pengamal Falun Gong amat berharap dapat mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan dengan kerajaan. Aktiviti ini merupakan langkah pertama yang positif ke arah komunikasi yang lebih baik.”

Gambar: Pegawai dari Pejabat Ketua Setiausaha Negara Malaysia menerima laporan yang diserahkan oleh pengamal Falun Gong tempatan.


Latar Belakang Kejadian:

Pada 13 April 2025—dua hari sebelum lawatan pemimpin Parti Komunis China (PKC) Xi Jinping ke Malaysia—polis tempatan dipercayai telah bertindak di bawah tekanan daripada PKC dengan menyerbu sebuah premis persendirian di Kuala Lumpur menggunakan kekuatan polis yang besar. Dalam serbuan itu, seramai 76 pengamal Falun Gong telah ditahan secara paksa ketika mereka sedang menjalankan aktiviti pembacaan buku Falun Gong secara berkumpulan. Kejadian ini merupakan penahanan berskala besar yang pertama terhadap pengamal Falun Gong di Malaysia.

Antara mereka yang ditahan termasuk 47 warganegara Malaysia dan 29 warganegara China, termasuk warga emas dan kanak-kanak, dengan yang paling muda berusia hanya 10 tahun. Sebahagian pengamal dari China merupakan pelarian yang melarikan diri dari penganiayaan rejim PKC dan telah menerima status pelarian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Semasa siasatan, polis berulang kali bertanya sama ada pengamal tahu tentang lawatan Xi Jinping dan sama ada mereka merancang untuk mengadakan sebarang aktiviti semasa lawatan tersebut. Pada 17 April, hari Xi Jinping meninggalkan Malaysia, pengamal yang merupakan warganegara Malaysia dibenarkan untuk diikat jamin pada sebelah malam. Pengamal warga China pula dibebaskan secara berperingkat dalam tempoh dua minggu selepas itu.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI