30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 20, 2025
Utama Blog Laman 191

“Lebih teruk daripada memujuk teman wanita!” Kucing perengus jadi popular sebab biasa hari-hari tidak mahu menerima pelukan tuan

0

Selepas berjaya memujuk teman wanita balik rumah kena memujuk kucing peliharaan pula? Kucing yang mempunyai ‘ciri kekasih’ ini serta-merta menarik perhatian selepas wajah perengus tetapi comel agak menggelikan hati untuk semua orang melihatnya.

Kucing putih comel ini bernama Muji yang berusia 4 tahun dari Korea Selatan amat suka meraih perhatian dengan menunjukkan wajah marah seperti mana anda bersama pasangan dengan ekspresi sempurna.

Selain kelihatan dingin, serius dan angkuh, Muji kadangkala sengaja mencari pasal dengan menunjukkan wajah bermusuhan di hadapan pemiliknya.

Instagram

Muji tidak akan mendedahkan kasih sayang hangat yang tersembunyi di dalam hatinya kepada pihak lain dengan sesuka hati. 

Instagram

Dia sentiasa panas dan dingin kepada sesiapa sahaja termasuk pemiliknya sendiri. 

Instagram

Muji sangat suka anda dekat dengan dirinya, tetapi dia juga berharap anda akan pergi sejauh mungkin. Personalitinya agak mengelirukan..

Instagram

Walaupun Muji suka dengan belaian pemiliknya, tidak dapat dielakkan bila mood dia tiba-tiba bertukar jadi rimas sehingga kadang-kadang dia mula hilang sabar!

Instagram

Pemilik hanya ingin memeluk Muji, tetapi mengapa pula kelihatan seperti adegan teman lelaki yang telah membuat kesilapan dan terpaksa meminta maaf daripada teman wanita?

Instagram

Seperti Muji sedang berkata, “Kalau kamu telah buat saya marah, kenapa hendak sentuh?”

Instagram

Tetapi selepas diberi ciuman, Muji beransur-ansur tenang, dan ekspresi wajahnya tidak lagi macam tadi, bermasam muka.

Instagram

Dari luar, Muji memberitahu tadi dia salah dan tidak sepatutnya marah.

Tetapi kenapa nampak masih ada rasa ‘sakit hati tak puas hati’ dalam matanya.

Instagram

Tidak lama kemudian, Muji melarikan diri daripada pelukan tuannya, sambil berkata, “Sebenarnya saya tidak sepatutnya memaafkan kamu!”

Instagram

Setiap kali pemilik mahu mencium, Muji rasa macam sakit hati, nyamuk mengganggu betul!

Instagram

“Cuba curi cium saya lagi, kejap lagi kena pukul ni..”

Instagram

Malahan adiknya pun tidak berani mendekati Muji yang sedang mengantuk dan mahu masa menyendirinya jangan sesekali diganggu.

Instagram

Jika tidak, ada yang kena cakar nanti tak pasal-pasal tanpa teragak-agak!

Instagram

Tetapi kalau Muji sendiri yang mahu dibelai dan disayangi, dia akan mengambil inisiatif untuk mendekati pemilik dan meminta ciuman yang dia inginkan. Jangan paksa kerana dia tahu bila masanya yang sesuai.

Instagram

Lihatlah ekspresi tak malu Muji yang meminta ciuman, bukankah dia sangat comel bila diri sendiri terhegeh sedang memujuk tuan.

Instagram

Dengan ciuman lembut, Muji sudah cukup puas hati..

Instagram

Pemilik kata Muji memang macam itu, seekor kucing yang suka tunjuk muka dingin dan perengus tetapi sebenarnya sangat mudah mesra.

Instagram

Cuma elakkan tersalah pilih waktu yang akan mengganggunya apabila anda terlihat muka gelap itu walaupun dia putih, atau ketika dia sedang tidur siang.

Instagram

Hendak kena cakarlah jawabnya!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Pesawat Boeing 737 bawa 132 individu terhempas di China

0

BEIJING – Sebuah pesawat China yang membawa 132 penumpang dan kru penerbangan dilapor terhempas di kawasan pedalaman di Wilayah Guangxi pada jam 2.20 petang Isnin, 21 Mac.

Kejadian itu turut menyebabkan kebakaran di kawasan pergunungan yang mencetuskan ‘gunung api’.

Twitter

Agensi CCTV melaporkan, kemalangan itu melibatkan penerbangan China Eastern Airlines 737 MU5735 berdekatan bandar Wuzhou di daerah Teng.

Pasukan penyelamat telah dihantar ke lokasi kejadian dan jumlah korban serta mangsa yang terlibat dalam nahas masih belum dapat dipastikan.

Sebelumnya, dalam laporan awal sejurus kejadian itu, media antarabangsa melaporkan terdapat 133 orang di dalam pesawat berkenaan, sebelum dikemas kini menjadi 132 orang.

Twitter

Pesawat jenis Boeing 737 dalam perjalanan dari Kunming ke Guangzhou, dilaporkan gagal tiba ke destinasi mengikut jadual selepas berlepas pada jam 1 petang waktu tempatan.

“Kita terkejut dikhabarkan tentang nahas pesawat China Eastern MU5735,” kata Presiden China, Xi Jinping, dalam siaran khas di CCTV.

Beliau juga mengarahkan segala usaha dilakukan dengan segera untuk mencari sesiapa sahaja yang masih boleh diselamatkan, selain mengenal pasti punca kejadian.

Twitter

Seorang penduduk kampung di kawasan nahas memberitahu media tempatan pesawat berkenaan telah ‘berkecai sepenuhnya’, dan dia menyaksikan kawasan hutan yang terbakar akibat kemalangan di lereng pergunungan itu.

China Eastern Airlines yang berpangkalan di Shanghai merupakan antara syarikat penerbangan terkemuka di negara itu yang beroperasi di 248 destinasi domestik dan antarabangsa.

Penerbangan China Eastern MU5735 dilapor hilang kelajuan lalu menjunam sekitar jam 2.20 petang waktu tempatan.

Pesawat itu kemudian tidak memberi sebarang isyarat atau data di sekitar Wuzhou.

Pesawat tersebut diserahkan kepada China Eastern Airlines daripada Boeing pada Jun 2015 dan telah beroperasi melebihi enam tahun.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Pertama dalam sejarah Malaysia: HTA berjaya pisahkan kembar siam pramatang kongsi hati

0

KUALA LUMPUR: Hospital Tunku Azizah (HTA) melakar sejarah apabila pasangan kembar siam pramatang seberat 2.7 kilogram (kg), yang pertama di Malaysia berjaya dipisahkan, 19 Mac lalu.

Pakar Perunding Pembedahan Kanak-Kanak HTA, Datuk Dr Zakaria Zahari, berkata pembedahan seumpama itu biasanya dilakukan ketika usia bayi antara tiga hingga enam bulan.

Bagaimanapun, beliau berkata, disebabkan komplikasi ‘extrauterine twin-to-twin transfusion syndrome’, pasangan itu terpaksa menjalani pembedahan segera pada usia 17 hari.

“Bayi kembar lelaki ini dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada usia 33 minggu kandungan dan dirujuk oleh Pakar Neonatologi HRPB, Dr Maneet Kaur, untuk rawatan lanjut di HTA.

“Selepas perbincangan antara doktor pakar HRPB dan HTA secara dalam talian pada 15 Mac lalu, keputusan untuk melakukan pembedahan berisiko tinggi itu disepakati,” katanya.

Dr Zakaria berkata, pasukannya disertai 13 doktor pakar, termasuk enam pakar bedah kanak-kanak dari seluruh negara, berserta hampir 20 jururawat dan staf dewan bedah kanak-kanak.

Katanya, pasangan kembar siam jenis Omphalophagus itu berjaya dipisahkan dalam masa 66 minit tanpa komplikasi utama dan didapati berkongsi bahagian hati, manakala organ lain didapati normal.

“Proses persediaan untuk pembedahan dimulakan seawal jam 7.30 pagi dan kedua-dua bayi kemudian dihantar balik ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) pada jam 2 petang.

“Dengan sokongan pasukan Neonatologi, diharapkan kedua-dua bayi ini dapat sembuh dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Dr Zakaria berkata, sejak pembukaan HTA, pembedahan itu adalah yang ketiga bagi pasangan bayi kembar siam.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, mengucapkan tahniah kepada pasukan HTA atas kejayaan pembedahan pasangan kembar siam yang paling muda itu.

“Pembedahan ini berjaya memisahkan pasangan bayi kembar yang bercantum di bahagian dada dan usus.

“Tahniah dan syabas kepada pasukan HTA yang diketuai Datuk Dr Zakaria kerana berjaya memisahkan bayi kembar ini dan kini mereka dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya melalui Twitternya.

Pakar-pakar lain yang terlibat secara langsung dalam pembedahan tersebut ialah Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Dr. Mughni Bahari; Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak, Hospital Raja Perempuan Zainab II Kelantan, Dr. Mohd Tarmizi Md. Nor; Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak HRPB, Dr. Nurdaliza Mohd. Badarudin dan Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak HTA, Dr. Hafatin Fairos Tamadun.

Selain itu, Pakar Bedah Kanak-Kanak HTA, Dr. Mohd. Yusran Othman; Pakar Bedah Kanak-Kanak HTA, Dr. Cheng Joo Qing; Pakar Bius Kanak-Kanak HRPB, Dr. Rohanizah Alias; Pakar Bius Kanak-Kanak HTA, Dr. Zubaidah Zulkipeli dan Pakar Neonatologi HTA, Dr. Elaine Wong Ee Lane.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Rupa-rupanya guna alat kawalan jauh sudah boleh jimatkan elektrik semasa gunakan ‘aircond’

0

Ramai antara kita yang sekarang ini mungkin dalam dilema untuk memiliki penyaman udara (aircond) atau tidak. Tambahan lagi, cuaca sekarang ini dalam keadaan tidak menentu terutama jika pada hari yang panas.

Mana tidaknya, kalau duduk di dalam rumah pun boleh terasa hangat dan bahangnya. Duduk di rumah tida selesa, jika keluar pula matahari terik membakar kulit. Jadi, ramai yang memilih untuk keluar ke pusat membeli-belah, setidaknya ada ‘aircond’ yang sejuk.

Antara dilema yang dihadapi ketika bercadang untuk membeli alat penyaman udara ialah bil elektrik. Kita semua maklum bahawa pendingin hawa menggunakan tenaga elektrik yang agak tinggi, jadi sesiapa yang menggunakan penyaman udara perlu bersedia dengan jumlah bil elektrik di akhir bulan.

Namun begitu, sebenarnya ada ‘trick’ untuk menjimatkan tenaga elektrik ketika menggunakan ‘aircond’ yang boleh kita lakukan. Jadi, selepas ini tidaklah bil kita tinggi hanya kerana sering menggunakan ‘aircond’.

Berikut adalah cara untuk mengurangkan penggunaan elektrik pada ‘aircond’:

Ketahui fungsi pada alat kawalan jauh (remote)

Kawalan Suhu (Temperature setting)
Fungsi ini digunakan untuk set suhu yang sesuai. Suhu yang paling rendah ialah 16°c dan paling tinggi 30°c.

Kelajuan Kipas (Fan speed)
Tentukan kelajuan kipas sama ada perlahan, sederhana, laju atau automatik, bergantung kepada suhu bilik serta suhu yang telah disetkan pada penyaman udara tersebut.

‘Timer’ ON/OFF
Setkan waktu penyaman udara tersebut untuk ON atau OFF secara automatik. Fungsi ini amat berguna jika anda mahu pulang ke rumah yang nyaman setelah terperangkap dalam kesesakan lalulintas selama dua jam!

Mod Tidur (Sleep mode)
Tukar ke mod ini sebelum anda tidur dan penyaman udara itu akan ON dan OFF secara automatik apabila ruang tersebut sudah mencapai suhu yang dikehendaki.

Gunakan ‘dry mode’ untuk jimatkan elektrik

Pengguna kebiasaannya terkeliru antara ‘dry mode’ dan ‘cool mode’. Jika pada alat kawalan jauh menunjukkan lambang titisan air, ia bermaksud ‘dry mode’. Manakala jika lambang yang ditunjukkan pada alat kawalan jauh adalah empingan salji, maka ia adalah ‘cool mode’.

Bagi penjimatan tenaga yang efisien, anda digalakkan untuk menggunakan ‘dry mode’ kerana untuk mod ini kerana kompresor tidak berlari pada kadar maksimum untuk menyejukkan ruang.

Selain itu, ‘sensor’ juga akan mengesan perubahan suhu dan mengekalkan suasana nyaman dengan kadar kelembapan sebanyak 60% sahaja dalam ruang udara.

Jadi, dengan menggunakan ‘dry mode’ ini, ia boleh membantu menjimatkan elektrik sehingga 30%.

Mungkin ramai yang masih keliru bagaimana ‘dry mode’ dapat memberikan suhu yang sejuk. Hal ini kerana fungsi ‘dry mode’ dapat menurunkan kelembapan relatif pada tahap yang selesa antara 40% hingga 60%.

Misalnya, apabila menggunakan ‘dry mode’ pada alat penyaman udara pada suhu 25°C, ia menjadikan suhu berasa seperti 23°C atau 22°C dengan kelembapan relatif 60%. Jadi, ia akan mewujudkan suasana yang lebih dingin tanpa perlu menukar kepada suhu yang lebih rendah.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Anak muda Malaysia tamatkan larian sejauh 500km dalam suhu sub sifar demi mengumpul dana untuk kanak-kanak HIV

0

Apabila seseorang telah menetapkan matlamat dan misi untuk mengumpul dana bagi tujuan yang murni, maka dia akan cenderung membawa dirinya dengan tanpa had sehingga mencapai kejayaan membanggakan.

Pelari ultra Malaysia, Jeff Lau, baru-baru ini menjadi tajuk utama media selepas beliau melepasi garisan penamat untuk perlumbaan sejauh 500km selama 10 hari mengharungi keadaan sejuk melampau di Sweden bagi mengumpul dana untuk kanak-kanak kurang berkemampuan yang hidup dengan HIV.

Pelumba berusia 31 tahun itu menamatkan perlumbaan Montane Lapland Arctic Ultra di Överkalix, Sweden, pada kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan (5 petang di Malaysia) pada 16 Mac.

Jeff Lau/Facebook

Perlumbaan itu berlangsung di laluan kereta salji di Lapland Sweden, di mana pelari mengembara meredah sungai, tasik dan hutan selama 10 hari dalam keadaan suhu melampau sub sifar yang boleh turun sehingga -30 darjah Celsius.

Lau mengambil bahagian dalam perlumbaan mengumpul wang untuk Dana Bantuan Pediatrik Yayasan Aids Malaysia (MAF), yang membantu kanak-kanak yang hidup dengan atau terjejas oleh HIV.

Jeff Lau/Facebook

Lau sebelum ini telah mengambil bahagian dalam beberapa ultramaraton antarabangsa, termasuk perlumbaan solo sejauh 250km sub Sahara tujuh peringkat bagi tujuan mengumpul dana untuk MAF.

Ketika temu bual dengan AUGUSTMAN beberapa hari sebelum acara itu, Lau berkata beliau telah berlatih sejak tahun lepas.

“Saya telah membuat persediaan untuk perlumbaan ini sejak tahun lepas. Saya telah menjalani latihan kecergasan, menyediakan peralatan yang sesuai untuk larian, serta mempelajari struktur perlumbaan dan strategi larian yang dirancang.”

Montane Lapland Arctic Ultra/Facebook

Beliau juga menyebut halangan terbesarnya yang dijangkakan untuk di atasi ialah memastikan diri tidak mengalami frostbite, melepuh, atau mengalami hipotermia sepanjang keseluruhan perlumbaan.

Sebenarnya Jeff Lau hampir tidak berjaya..

Dalam hantaran Facebook oleh Montane Lapland Arctic Ultra, mereka menjelaskan Lau telah sampai ke garisan penamat pada 9:56 pagi yang dalam keadaan biasa tidak cukup pantas kerana tarikh dan masa akhir sepatutnya 9:41 pagi.

Bagaimanapun, MLAU menjelaskan mereka telah menahan Lau selama 30 minit di pusat pemeriksaan selepas larian 185km kerana mereka yang memantau telah pergi untuk mengisi minyak kereta.

“Dalam erti kata lain, ia adalah kesilapan MLAU dan bukan dia. Oleh itu, dia mendapat masa yang dikreditkan yang seterusnya bermakna Jeff bukan sahaja berjalan sejauh 500km tetapi dia juga melakukannya tepat pada masa untuk menjadi penyudah rasmi MLAU! Tahniah!” tulis mereka.

Jeff Lau/Facebook

Kisah Jeff Lau yang berjaya menamatkan perlumbaan yang sukar selama 10 hari itu demi mengumpul dana buat kanak-kanak dengan atau terkesan HIV telah mendapat perhatian ramai di media sosial.

Sangat mengagumkan apabila penganjur menyedari kesilapan dan membetulkan kesilapan itu, sekali gus mengiktiraf kerja keras Jeff Lau. Yang bukan menjadi amalan biasa dalam kalangan orang sekarang, tetapi tabik kepada tahap profesionalisme penganjur di sana.

Tahniah kepada Jeff Lau kerana kejayaannya menamatkan perlumbaan ekstrem yang hebat.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kerap tarik telinga tanda bayi hendak tumbuh gigi.

0

Bayi rata-ratanya tumbuh gigi susu seawal usia 6 bulan. Namun ada yang lebih awal dari itu malah ada juga yang lebih lewat daripada itu. Usah bimbang, kerana itu adalah perkembangan normal dalam kalangan bayi. Antara tanda-tanda bayi hendak tumbuh gigi ialah air liur meleleh, mereka suka menggigit, suka memasukkan jari ke dalam mulut atau kurang selera makan. Tetapi tahukah anda bahawa tindakan bayi yang kerap menarik telinga juga merupakan tanda mereka hendak tumbuh gigi?

Mohd Khairul Izwan, seorang doktor gigi berkongsi maklumat di Facebook mengenai tindakan bayi yang kerap menarik telinga adalah tanda dia hendak tumbuh gigi. Dia juga menerangkan tentang kaitan pertumbuhan gigi dengan telinga bayi.

Kata Mohd Khairul Izwan, ketika hendak mula tumbuh gigi yang kebiasaannya berlaku ketika usia bayi 6 bulan, bayi akan mengalami ketidakselesaan pada bahagian gusi yang digelar ‘teething’. Ini merupakan proses fisiologis yang bersifat normal.

Menurut Mohd Khairul Izwan, ketika proses pertumbuhan gigi berlaku, terdapat beberapa keadaan di mana rasa sakit pada gusi ini akan tersebar hingga menyebabkan bayi berasa seolah-olah sakit hingga ke telinga. Ini kerana, saraf dibahagian rahang dan mulut bayi berada agak hampir dengan saraf dibahagian telinga mereka.

Bayi kecil belum pandai menunjuk ekspresi atau tindak balas terhadap rasa sakit yang mereka rasakan. Disebabkan itulah bayi menarik-narik telinganya ketika berasa sakit pada gusinya. Selain itu, bayi juga cenderung untuk meraba-raba pipi mereka bagi meredakan ketidakselesaan yang mereka rasakan ketika gigi mereka sedang tumbuh.

Sekiranya ibu bapa berhadapan dengan situasi seperti ini, usah terlalu risau pesan Mohd Khairul Izwan. Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah dengan memberikan ‘teether yang disejukkan terlebih dahulu kepada bayi untuk bayi menggigitnya. Namun jika tiada ‘teether’, cara lain yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah dengan merendam kain atau tuala kecil bersih dalam air sejuk dan memberikannya kepada bayi untuk digigit. Dengan melakukan aktiviti ini, ia dapat mengurangkan kesakitan akibat pertumbuhan gigi yang dialami bayi.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Aktres veteran terkenal Ukraine terbunuh selepas serangan misil tentera Rusia terkena pangsapurinya

0

Pelakon terkenal Ukraine, Oksana Shvets, 67 tahun, dilaporkan terbunuh selepas tentera Rusia melancarkan serangan peluru berpandu ke arah sebuah bangunan kediaman di Kyiv. Ini tidak lama selepas aktor Pasha Lee dilaporkan terbunuh dalam pertempuran mempertahankan negaranya daripada pencerobohan Rusia.

Hantaran Facebook “The Young Theater” milik Oksana Shvets mengesahkan kematian bintang Ukraine itu yang menulis, “Artis Kehormat Ukraine Oksana Shvets terbunuh semasa serangan roket ke atas bangunan kediaman di Kyiv.”

Mereka memaklumkan, bedilan peluru berpandu tentera Rusia telah terkena pangsapuri aktres itu dan beliau terbunuh di tempat kejadian. 

Seorang wanita menangis di hadapan bangunan pangsapuri yang musnah di wilayah Obolon di Kyiv, Ukraine akibat serangan peluru berpandu tentera Rusia pada 14 Mac 2022. (Gambar oleh ARIS MESSINIS/AFP/Getty Images)

Hantaran itu turut diterjemah, “Dalam ingatan kasih sayang buat pelakon berbakat! Tiada kemaafan untuk musuh yang telah datang ke tanah air kita!”

Menurut The Hollywood Reporter, Oksana Shvets adalah bintang terkenal dengan nama berprestij di Ukraine. Beliau telah menerima anugerah penghormatan seni tertinggi Ukraine dan dinamakan Artis Kehormat Ukraine, yang setanding khazanah negara.

Dilahirkan pada 10 Februari 1955, Shvets berkelulusan studio teater dari Studio Teater Ivan Franko dan Institut Seni Teater Negeri Kyiv. Sebagai tambahan kepada kerjaya gemilang di “The Young Theater”, Shvets turut tampil bersama Teater Muzik dan Drama Ternopil dan Teater Satira Kyiv.

Oksana Shvets/Facebook

Kematian mengejut itu menerima ucapan takziah ribuan netizen dan peminatnya ekoran aktres tidak bersalah itu turut menjadi mangsa korban dalam peperangan dan konflik negaranya dengan Rusia.

Sebelum ini aktor dan hos terkenal Ukraine, Pasha Lee yang berusia 33 tahun dilaporkan terbunuh di Irpin ketika mempertahankan negaranya menentang pencerobohan tentera Rusia. Pasha Lee mendaftarkan diri dengan Pasukan Pertahanan Teritorial Angkatan Darat Ukraine sejak hari pertama Rusia membedil negara itu.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

NGO lancar sidang kemuncak maya membincangkan penuaian organ paksa di China

0

Satu acara maya yang membincangkan pengambilan organ secara paksa ke atas orang hidup tajaan China, dengan menyasarkan agama dan etnik minoriti, akan diadakan pada 22 Mac 2022.

Pengambilan organ secara paksa daripada tahanan kerohanian yang masih hidup telah wujud secara rahsia selama lebih 20 tahun di seluruh China di bawah pemerintahan Parti Komunis China (PKC), yang menumpukan kepada peningkatan pelanggaran hak asasi manusia pada abad ke-21, menurut penerangan acara itu.

Acara sampingan kepada sesi ke-49 Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva akan melancarkan webinar dalam talian pada pagi Rabu. Acara dalam talian selama 90 minit itu dihoskan oleh CAP Freedom of Conscience, sebuah badan NGO Eropah sekular dengan Status Perundingan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan dianjurkan bersama oleh Doctors Against Forced Organ Harvesting (DAFOH), sebuah kumpulan advokasi etika perubatan yang berpangkalan di Washington. 

Gambar oleh Chung I Ho/The Epoch Times

Mereka akan membentangkan beberapa topik berkaitan bersama beberapa penceramah antarabangsa termasuk ahli politik, pakar, peguam, wartawan, dan aktivis hak asasi manusia, untuk berkongsi pandangan tentang pencabulan hak asasi manusia di China.

Perbincangan meja bulat diikuti dengan sesi soal jawab akan diadakan pada hari berikutnya untuk mencari penyelesaian kepada penuaian paksa dan pemerdagangan organ berskala industri di China.

Jenayah seumpamanya adalah “salah satu jenayah yang paling tidak berhati perut terhadap manusia yang boleh dibayangkan,” kata Torsten Trey, pengasas dan pengarah eksekutif DAFOH. “Adalah memalukan apabila tindakan yang menghina kehidupan manusia telah berlaku selama lebih dua dekad di bawah bidang kuasa badan antarabangsa seperti UNHRC (Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).”

“Tetapi kami masih mempunyai peluang untuk membuat pendirian demi mempertahankan umat manusia,” katanya kepada The Epoch Times.

Pada 2019, tribunal rakyat bebas mendapati, selepas penyiasatan selama setahun, PKC sedang melakukan penuaian organ ke atas tahanan tanpa persetujuan—terutamanya pengamal Falun Gong—pada “skala yang signifikan.” Pengamal Falun Gong, satu disiplin meditasi dan kerohanian berdasarkan prinsip sejati, baik, sabar telah dianiaya dengan kejam oleh rejim China selama lebih dua dekad, menurut Pusat Maklumat Falun Dafa.

“Pendirian terhadap PKC menjadi pendirian untuk hak asasi manusia di seluruh dunia,” kata ahli politik Belgium Annick Ponthier. Beliau mula mengetahui tentang penuaian organ paksa pada 2020 selepas melihat keputusan tribunal 2019.

“Dan ia benar-benar pelik,” kata Snezhana Georgieva, salah seorang penyampai dalam acara itu kepada The Epoch Times. “Tetapi pada masa sama tidak begitu aneh, apabila sasaran penganiayaan Parti Komunis adalah Falun Dafa—sebuah amalan kerohanian yang mengajar nilai-nilai kemanusiaan dan moral yang mulia seperti kebebasan, belas kasihan, cinta kepada pencipta.”

Tahun lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerbitkan kenyataan oleh 12 pelapor khas dan pakar PBB pada 14 Jun, yang mengulangi kebimbangan disebutkan di atas. Pakar berkata organ yang paling biasa dikeluarkan daripada tahanan ialah jantung, buah pinggang, hati, kornea, dan lebih jarang, bahagian hati. Proses ini melibatkan pakar bedah, pakar bius dan pakar perubatan lain.

Gambar oleh Joe Klamar/AFP/Getty Images

“Kita mesti berdiri bersama sebagai komuniti antarabangsa untuk melindungi mereka yang suaranya telah didiamkan oleh ketakutan, penindasan, dan kekejaman,” kata aktivis hak asasi manusia Casey Alves dalam satu wawancara baru-baru ini. Alves, membuat kajian mengenai pengambilan organ secara paksa di China untuk penyelidikan sarjananya di Universiti Oxford Brookes, juga akan membincangkan perkara itu bersama panel lain semasa seminar yang akan datang.

September lalu, gabungan lima NGO telah menganjur dan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Dunia mengenai Memerangi dan Mencegah Penuaian Organ Paksa dengan kehadiran 38 penceramah dari 19 negara.

Lord Philip Hunt, ahli Parlimen United Kingdom dan bekas Menteri Kesihatan Britain, menyifatkan penuaian organ paksa sebagai “pembunuhan komersil dan tanpa ragu-ragu, antara jenayah yang paling teruk.”

Webinar 22 Mac 2022 akan bermula pada 8:00 pagi GMT dan kini dibuka untuk pendaftaran.

Pembentang pada hari itu termasuk ahli Jawatankuasa Kehakiman Dewan Republikan A.S Steve Chabot (R-Ohio), ahli politik Belanda dari Parlimen Eropah Peter van Dalen, peguam hak asasi manusia Kanada yang memenangi anugerah David Matas, ahli politik Sepanyol dari Parlimen Eropah Hermann Tertsch del Valle-Lersundi, dan penggubal undang-undang Taiwan Tien Chiu-Chin.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Cara simpan mi basah supaya tahan lama, tidak beku dan patah-patah walaupun lama dalam peti sejuk

0

Antara bahan mentah yang mesti ada di rumah ialah mi basah- tidak kiralah mi kuning atau kue tiau. Walaupun jarang antara kita yang memasak mi tetapi kadangkala kalau teringin atau sudah tiada idea untuk memasak lauk, mi adalah pilihan yang paling mudah dan menyelerakan. Sebut sahaja menu mi apa yang hendak dimasak, ada ratusan resipi yang boleh didapati di internet.

Jadi, untuk sekali-sekala, kalau sudah bosan dengan nasi ramai antara kita yang memilih mi sebagai menu utama. Tambahan lagi, mi lebih mudah dan cepat disediakan.

Oleh itu, sesiapa yang mungkin kesuntukan masa, atau mungkin penat seharian di luar balik rumah anda boleh hanya memasak mi goreng misalnya. Bahan-bahannya biasanya sudah ada di rumah dan caranya juga sangat mudah.

Masalah lain muncul apabila mi yang dibeli kadangkala ‘terbiar’ di dalam peti sejuk selama beberapa hari. Niatnya memang hendak masak tetapi mungkin kerana sibuk atau lupa, mi yang dibeli hanya dibiarkan sahaja. Apa yang berlaku kemudian ialah mi tersebut akan mula menjadi keras dan apabila dikeluarkan ianya mula patah-patah.

Sebenarnya ada solusi kepada masalah ini. Berikut adalah petua yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Hani Mynis yang boleh diikuti untuk memastikan mi basah boleh tahan selama dua hingga tiga minggu.

  • Cara ini sesuai untuk semua jenis mi basah (mi kuning, mi kuetiau dan mi laksa). Mi basah macam ni kalau letak kat luar peti ais boleh tahan selama 3 hari. Letakkan di tempat redup (tiada cahaya matahari) di dapur.
  • Kalau nak tahan selama 2-3 minggu, jangan terus masukkan dengan plastik sebungkus-sebungkus tu ke dalam peti ais. Nanti mi akan mengeras dan melekat-lekat. Jadi bila nak makan, kena rebuskan balik.
  • Mi yang melekat ini juga akan patah bila nak dileraikan. Bila dimasak, hasilnya mi akan jadi tidak cantik.

Cara betul menyimpan mi basah (tip dari penjual laksa & mi kari)

1. Lepas dibeli, keluarkan mi dari bungkusan dan teus masukkan ke dalam bekas berpenutup. Letak sedikit minyak dan urai-uraikan mi supaya tidak melekat. Jangan terus masukkan seketul macam tu tanpa diuraikan.
2. Pastikan mi yang disimpan tidak terkena air.
3. Pastikan bekas berpenutup yang nak diisi mi itu juga dalam keadaan kering.
4. Isi mi, tutup bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk di bahagian chiller. Dengan cara ini, mi akan bertahan hingga berminggu.
5. Bila hendak digunakan, panaskan air hingga mendidih kemudian masukkan mi. Hasilnya mi akan menjadi lembut, cantik dan tidak patah-patah.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Cuba lemahkan kerajaan melalui agama, pihak Komunis China sebar propaganda melalui gereja di Amerika

0

“Komunisme ialah ‘agama jahat’ yang ingin melemahkan masyarakat Amerika”, ujar aktivis dan penyelidik anti-komunis, Trevor Loudon.

“Mereka (komunis) mengatakan mereka ateis, tetapi sebenarnya, mereka menyokong Syaitan,” tegas Loudoun yang ditemu ramah dalam sebuah program EpochTV, “China Insider” baru-baru ini.

Ini kerana misi Syaitan adalah untuk membatalkan tiga institusi yang dianugerahkan oleh Tuhan untuk mentadbir umat manusia—keluarga, gereja dan kerajaan sivil, tambahnya lagi. Loudon juga merupakan antara penyumbang kepada The Epoch Times dan pernah menganjurkan program “CounterPunch” di EpochTV.

“Ia adalah revolusi untuk menggulingkan semua institusi yang baik dan menggantikannya dengan institusi komunis syaitan,” kata Loudon.

Bercakap mengenai filem baharunya, “Enemies Within the Churches,” pakar komunisme itu berkata bahawa sosialis memikirkan cara untuk menjatuhkan Amerika dari dalam selepas menjalankan kajian selama 10 tahun. Melalui penyelidikan ini, mereka menyedari bahawa sebenarnya yang menguatkan Amerika Syarikat bukanlah ketenteraan mahupun sistem politik negara itu tetapi agama.

“Mereka fikir ia adalah agama, ia adalah Kristian, itulah kekuatan, kekuatan moral Amerika, dan ia adalah etika Kristian yang telah menjadikan Amerika hebat dan kuat seperti yang ada,” kata Loudon pada Persidangan Tindakan Politik Konservatif di Orlando, Florida, pada 25 Februari lalu.

Penemuan itu membawa kepada keputusan mereka untuk memberi tumpuan kepada gereja. Mereka akan cuba menyusup masuk ke dalam gereja di seluruh negara untuk melemahkan mereka. Melalui cara ini, mereka boleh mencapai matlamat utama iaitu untuk menjatuhkan institusi keagamaan.

Komunisme berusaha untuk menghancurkan kepercayaan orang kepada Tuhan dan menindas orang yang percaya kepada Tuhan, katanya. “Mereka perlu melakukan itu untuk menggantikannya dengan ‘Tuhan’ yang dibentuk oleh mereka—iaitu kerajaan.”

Dan akibatnya, orang ramai akan mula mencari bimbingan atau panduan daripada kerajaan sivil, bukannya daripada Tuhan atau agama seperti sebelum ini.

Strategi

Menurut Loudon, komunis juga berusaha untuk menyebarkan propaganda mereka dari dalam gereja.

“Propaganda ini sengaja disebarkan ke dalam gereja-gereja, terutamanya ke dalam kolej-kolej Bible, yang melatih para paderi baharu, dan paderi-paderi muda untuk mewujudkan gereja sosialis,” katanya.

Dia memilih ‘Black Lives Matter’ sebagai contoh.

“Black Lives Matter ialah agenda China komunis. Tetapi anda mempunyai paderi di seluruh negara yang menyokong agenda dan idea tersebut kerana mereka fikir ia berkait dengan Kristian,” katanya.

Tambahnya lagi, paderi telah mempromosikan Marxisme sebagai Kristian: Jesus adalah seorang sosialis, Jesus percaya pada amal jariah. Jadi, mereka harus menyokong program yang dijalankan oleh kerajaan sosialis.

Selanjutnya, teori perlumbaan kritikal, yang digambarkan Loudon sebagai doktrin yang “pada asasnya bercakap tentang Marxisme dari segi kaum, bukannya kelas,” juga sedang mencari jalan masuk ke gereja-gereja Amerika.

Penyebaran atau gerakan untuk memberikan kesedaran yang berteraskan Marxis ke dalam semua segmen masyarakat Amerika, termasuk dalam agama juga dilakukan untuk menyebarkan apa yang berlaku di China beberapa dekad lalu semasa Revolusi Kebudayaan.

Tambahan lagi, gerakan tersebut juga bertujuan untuk “meningkatkan kesedaran orang ramai tentang perbezaan kelas, bangsa, jantina dan penindasan politik dan perkauman Amerika,” kata Loudon.

Penyebaran “gerakan bangun” yang berteraskan Marxis ke dalam semua segmen masyarakat A.S., termasuk dalam agama untuk mewujudkan “gereja bangun,” menggemakan apa yang berlaku di China komunis beberapa dekad lalu semasa Revolusi Kebudayaan, katanya.

“Mereka akan mengumpulkan semua orang secara beramai-ramai, dan meletakkan seseorang bersama-sama tanda di lehernya (yang berbunyi) ‘kapitalis’, kerana bapa mereka memiliki perniagaan atau ladang dan setiap orang boleh mencaci orang tersebut,” katanya. “Ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat mengenai isu kelas.

Gerakan terjaga hari ini bertujuan untuk “meningkatkan kesedaran orang ramai tentang perbezaan kelas dan bangsa dan jantina dan penindasan politik dan perkauman Amerika,” menurut Loudon.

“Ia adalah cuci otak ala komunis, cuci otak Maois, menggunakan elemen sensitif seperti kaum dan kelas di gereja. Ia sama seperti yang dilakukan oleh Komunis China,” katanya.

Loudon menyatakan bahawa untuk mempengaruhi rakyat Amerika masuk ke dalam perangkap mereka, pihak komunis mencanang matlamat mereka adalah idealistik.

“Mereka tidak berkata, ‘Kami akan menyediakan sistem di mana anda akan pergi kem tahanan jika anda tidak bersetuju dengan kami.’ Mereka tidak memberitahu anda bahawa mereka akan mengambil alih tanah anda, mereka akan mengindoktrinasi anak-anak anda,” katanya. Sebaliknya mesej yang mereka berikan ialah: “kami di sini akan memberi anda makanan, kami akan memberi anda kedamaian, kami akan memberikan anda tanah.”

Dan untuk minoriti, mereka menawarkan untuk “menyamakan Amerika dan untuk menghapuskan sentimen perkauman,” tambahnya lagi.

Loudon berkata filem baharunya “Enemies Within the Churches” bertujuan untuk membantu orang ramai membezakan antara Kristian sebenar dan Kristian komunis palsu.

“Kita perlu membawa kembali ‘tulang belakang’ negara ini (agama) untuk menyelamatkan negara ini,” katanya.

“Kerana jika kita kehilangan gereja, kita kehilangan negara. Jika kita kehilangan Amerika, kita kehilangan kebebasan di seluruh dunia.”

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: