34.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 19, 2025
Utama Blog Laman 168

Didenda lari 30 pusingan dengan menggunakan pelitup muka, pelajar dimasukkan ke ICU

0

KULAI- Seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah swasta di Kulai, Johor dikejarkan ke hospital selepas diserang palpitasi selepas didenda berlari di gelanggang bola tampar sekolah.

Pelajar tersebut dikatakan telah didenda oleh guru pendidikan jasmaninya dengan berlari 30 pusingan dengan memakai pelitup muka bersama dengan rakan-rakan sekelasnya yang lain.

Difahamkan, murid-murid di kelas itu didenda kerana ada antara mereka yang tidak menyiapkan kerja rumah.

Apabila tiba pada pusingan ke-15, pelajar itu mula berasa tidak sihat dan dengan izin guru tersebut, dia dibenarkan untuk melengkapkan pusingan yang berbaki dengan berjalan tetapi masih perlu menggunakan pelitup muka.

Ekoran denda tersebut, degupan jantungnya dilaporkan naik sehingga kadar 200 degupan seminit apabila dia pulang ke rumah. Gadis itu meluahkan rasa tidak selesa pada bahagian dada serta sukar untuk bernafas sebelum dibawa ke hospital.

Dipindahkan ke ICU dan keadaan bertambah baik

Sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), prosedur ‘cardioversion’ dijalankan kepada remaja itu untuk mengawal semula degupan jantungnya agar kembali pada kadar normal. Keadaan pelajar itu bertambah baik selepas diawasi oleh pakar kardiologi.

Menurut laporan oleh China Press, doktor berkata selain daripada demam, sukan berat juga boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan menyebabkan seseorang berada dalam keadaan terkejut.

Cikgu meminta maaf dan kes ditutup.

China Press melaporkan bahawa keluarga kepada pelajar itu telah pergi ke sekolah menengah itu untuk membincangkan perkara tersebut dengan pihak sekolah.

Pengetua sekolah itu berkata, “guru telah menyedari kesilapan dan meminta maaf kepada ibu bapa, yang mana mereka telah menerima permohonan maaf tersebut.”

Beliau juga berkata bahawa guru berkenaan tidak tahu mengenai keadaan kesihatan murid yang tidak cergas untuk melakukan sukan lasak dan sejak itu, pihak keluarga turut memberikan surat pengesahan doktor kepada pihak sekolah.

Pihak sekolah juga memberi jaminan kepada orang ramai bahawa mereka tidak akan membenarkan tindakan menghukum seluruh kelas atas kesalahan yang hanya dilakukan oleh seorang murid.

Ibu bapa pelajar tersebut akhirnya memutuskan untuk tidak meneruskan perkara itu lagi berikutan penjelasan dan permohonan maaf daripada pihak sekolah dan guru.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Seronok tidur balai, anak anjing ‘ditahan’ polis Bangkok atas kesalahan ‘tersesat’

0

Kisah tahanan di balai polis yang ini sememangnya sungguh comel!

Pada 16 Mei lalu, polis Lumphini di Bangkok, Thailand menyiarkan hantaran pelik di laman Facebook mereka yang telah mencuri hati ramai.

Ia mengenai seekor anak anjing yang menjadi ‘penjenayah’ semalaman apabila mereka menangkapnya kerana ‘tersesat’. 

Facebook

Siaran itu memaparkan apa yang anak anjing comel itu lakukan semasa dia berada di balai polis siap dengan gambar mugshot.

Menurut hantaran berkenaan, polis telah menerima maklumat mengenai anak anjing itu pada petang 16 Mei kerana dia didapati berkeliaran tanpa hala tuju berhampiran sebuah kondominium di sepanjang Wireless Road, Lumphini, Bangkok.

Facebook

Apabila pegawai polis tiba di sana, mereka bertanya-tanya sama ada anak anjing itu ada pemilik tetapi tiada siapa yang tahu. Jadi mereka telah membawa balik anak anjing itu ke balai polis.

Di sana, mugshot pun diambil dengan butiran anak anjing itu: 

Nama: Golden Retriever, Pertuduhan: Tersesat.

Facebook

Sementara menunggu pemilik menjemput anak anjing itu, ‘penjenayah’ ini menghabiskan masa sekali buat seumur hidup dengan berseronok bermalam di balai polis.

Si kecil Golden Retriever diberi makan kibbles dan diberi tempat tidur yang selesa. Apabila dia akhirnya tertidur, seseorang meletakkan selimut padanya juga.

Facebook

Selepas ditahan di balai polis selama sehari, pemilik anak anjing ini akhirnya telah tampil datang menjemput dan si comel itu kelihatan agak bersedih untuk pulang.

Facebook

Diharap anak anjing itu tidak lagi melanggar undang-undang selepas semalaman berada di balai polis atas ‘kesalahan jenayah’ menceriakan hari semua orang.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kes pertama penyakit Monkeypox dikesan di Perancis, Jerman dan Belgium

0

Kes pertama penyakit cacar dikenali ‘Monkeypox’ atau cacar monyet dilaporkan telah dikesan di tiga negara Eropah iaitu Perancis, Jerman dan Belgium pada Jumaat lalu, 20 Mei.

Menurut pihak berkuasa kesihatan di Perancis, penyakit cacar ini dikesan daripada seorang pemuda berusia 29 tahun dari wilayah Ile-de-Perancis.

Laporan lain dari Institut Mikrobiologi Angkatan Tentera Jerman pula mengesahkan jangkitan itu menyebabkan pesakit mengalami luka pada kulit.

@DrEricDing/Twitter

Di Belgium, Ahli Mikrobiologi Emmanuel Andre mengesahkan dua kes di negara tersebut melibatkan seorang lelaki dari wilayah Flemish Brabant.

Susulan peningkatan jumlah kes di beberapa negara Eropah, agensi kesihatan Jerman menggesa kepada orang ramai yang pulang dari Afrika Barat terutamanya yang melakukan hubungan seksual untuk segera berjumpa doktor jika melihat kelainan pada kulit.

Penyakit ini jarang berlaku dan biasanya tidak membawa kepada maut namun ia sering terjadi apabila seseorang mengalami gejala demam, sakit otot, bengkak kelenjar limfa, menggigil, keletihan dan ruam kulit seperti penyakit cacar air pada tangan dan muka.

Cacar monyet boleh berjangkit melalui sentuhan dengan luka pada kulit, titisan daripada orang yang sudah dijangkiti serta melalui perkongsian tuala dan tempat tidur.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan sedang meneliti isu ini selepas berlaku beberapa kes di United Kingdom yang menular dalam satu komuniti hubungan seksual.

Penyakit Monkeypox telah menular ke beberapa negara seperti di Itali, Portugal, Sepanyol dan Sweden serta di Amerika Syarikat dan Kanada. Kes ini dipercayai menular dengan cepat dari negara Afrika Tengah dan Barat.

Menurut WHO, Monkeypox atau cacar monyet biasanya akan hilang selepas dua hingga empat minggu.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Serpihan angkasa lepas ditemui secara misteri di tiga kampung di India, disyaki berasal roket China

0

Walaupun di negara kita jarang terkena serpihan angkasa lepas, nampaknya ia menjadi perkara biasa di beberapa bahagian lain di dunia.

Pada 12 Mei, salah satu kawasan luar bandar di India Barat telah dilanda hentaman disyaki serpihan angkasa lepas yang mana pelanggaran memasuki atmosfera bumi berlaku di negeri Gujerat.

Menurut The Indian Express, serpihan itu terhempas ke perkampungan Bhalej, Khambholaj, dan Rampura, di mana penduduk kampung dilaporkan mendengar bunyi dentuman kuat dan mereka bergegas ke luar untuk mencari bola logam hitam besar seberat kira-kira 5 kilogram.

@NewSpaceEconomy/Twitter

Tiada kecederaan dilaporkan di tiga kampung itu, yang kesemuanya terletak dalam jarak kira-kira 15 kilometer antara satu sama lain.

Walaupun pihak berkuasa tempatan mahupun Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) tidak mengenal pasti objek tersebut secara positif, sesetengah pakar percaya ia mungkin disebabkan oleh satu lagi roket China yang memasuki semula atmosfera bumi.

Menurut ahli astrofizik Jonathan McDowell dari Pusat Astrofizik Harvard-Smithsonian, peringkat ketiga dari roket Long March 3B China memasuki semula atmosfera Bumi pada hari yang sama serpihan itu jatuh dari langit.

Roket yang dilancarkan pada bulan September membawa satelit komunikasi ZX-9B China.

Menerusi laman Twitter, McDowell berkata, “Kami tahu CZ-3B Y86 memasuki semula pada pagi itu. Kami tidak tahu dan tidak pasti di mana, tetapi laluan yang diunjurkan melintasi Gujerat pada masa yang sesuai, jadi ia adalah calon yang baik, dan tiada objek besar lain yang memasuki semula bumi pada pagi itu.”

“Oleh itu, saya membuat kesimpulan identifikasi serpihan ini dengan CZ-3B Y86 adalah sangat kuat, berkeyakinan tinggi, walaupun tidak 100% konklusif.”

China sekali lagi?

Gambar oleh SpaceNews

Jika serpihan yang disyaki disahkan sebagai sebahagian daripada roket China, ini akan menjadi kali kedua dalam masa kurang 2 bulan serpihan pelancar dari China telah terhempas di wilayah India.

Pada 2 April, beberapa objek, termasuk cincin logam besar, telah jatuh ke dalam sebuah lagi kampung di kawasan luar bandar Barat India. Para saintis ISRO yang menjalankan penyiasatan di tapak melabelkan objek itu sebagai sebahagian daripada roket Long March China.

Sementara itu, China masih berdiam diri mengenai insiden itu.

@NewSpaceEconomy/Twitter

Terdapat juga beberapa kes lain dalam beberapa tahun kebelakangan ini di mana roket China telah membuat kemasukan semula ke atmosfera bumi yang membimbangkan.

Pada Mei 2021, saki-baki dari pentas teras berukuran kira-kira 30 meter panjang, dan 5 meter lebar roket Long March 5B China telah jatuh ke Lautan Hindi selepas beberapa hari spekulasi.

NASA sebelum ini telah mengkritik China kerana “gagal memenuhi standard yang bertanggungjawab berkenaan pengurusan serpihan angkasa lepas mereka.”

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Lelaki OKU terpaksa guna tangga ke stesen LRT ekoran lif rosak tidak dibaiki sejak tahun lalu

0

Seorang lelaki kelainan upaya dan bertongkat ketiak terpaksa menggunakan tangga di stesen LRT Ampang Park di Kuala Lumpur, di mana kemudahan lif termasuk eskalator di stesen itu telah rosak sejak tahun 2021.

Kepayahan dan pengalaman perit lelaki itu pada mulanya dikongsi oleh seorang pengguna Twitter @xXpearlyXx sebelum ia mendapat perhatian kumpulan pembela Orang Kelainan Upaya (OKU) iaitu SIUMAN.

“Eskalator dan lif di stesen Ampang Park rosak sejak tahun lepas. Kesian abang OKU sebab terpaksa panjat tangga..” ciapan pengguna Twitter itu pada 18 Mei.

Twitter

Gambar itu menunjukkan seorang lelaki sedang menaiki tangga dengan kepala menunduk sambil menampung dirinya dengan dua tongkat ketiak.

Difahamkan beberapa warganet telah membuat beberapa aduan mengenai eskalator dan lif rosak di stesen LRT itu pada tahun ini.

Twitter

Rapid KL memberi maklum balas pada setiap kali dan pihak mereka menjawab aduan terbaru warganet ini, dengan berkata lif di stesen LRT masih dalam penyelenggaraan.

“Pelanggan boleh meminta bantuan kakitangan di kaunter. Kakitangan boleh bantu,” jawapan segera telah diberi ketika menjawab ciapan yang tular itu.

SIUMAN kecewa dengan jawapan Rapid KL yang menyatakan OKU bukannya mahu memerlukan bantuan. Apa yang mereka perlukan adalah akses.

“Akses adalah hak. Sungguh rasa meluat bagaimana masyarakat kita terus berteriak ‘santuni OKU’ (belas kasihan kepada OKU), tetapi tidak melakukan apa-apa untuk mewajibkan akses sejagat,” kata kumpulan advokasi itu di laman Twitter mereka.

“Mungkin orang berupaya tidak memahami perkara ini, tetapi ia merendahkan keperluan orang kelainan upaya yang telah dialihkan apabila ketiadaan akses.”

Gambar Malay Mail

Kumpulan itu kemudian merujuk perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong dalam ciapan itu.

“Bagaimana pula untuk Hari OKU Sedunia/Hari Batik Malaysia 2022 (terima kasih Datuk Seri Ismail Sabri), OKU membayar tambang penuh dan Rapid KL memastikan akses universal?” tanya SIUMAN.

Syarikat pengangkutan awam di bawah Kementerian Kewangan membenarkan OKU menaiki pengangkutan awam secara percuma selama dua minggu sempena Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa pada tahun lalu.

Ramai warganet yang bersetuju dengan SIUMAN dan turut mengecam Rapid KL kerana mengambil masa yang terlalu lama untuk membaiki kemudahan awam yang rosak di stesen LRT.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

‘Kantoi’ dengan penjaga zoo, cubaan untuk larikan diri tidak berjaya dilakukan anak panda comel ini

0

Jika ditanya pasti yang bersetuju bahawa panda adalah antara haiwan yang sangat comel dan lucu. Telatah selamba mereka pasti boleh buatkan sesiapa yang melihatnya akan tergelak besar. Kadangkala mereka tidak perlu melakukan apa pun, melihat mereka duduk diam sahaja sudah boleh ramai yang geram. Mana tidaknya, sudahlah comel, ditambah dengan bentuk tubuh yang gempal, rasa ingin dipeluk sahaja!

Walaupun mereka kelihatan comel, bersahaja dan terkadang ‘innocent’, tetapi spesies comel ini adakalanya nakal juga ya. Ada sahaja tindakan mereka yang boleh membuatkan orang di sekeliling mereka pening kepala dibuatnya.

Misalnya seperti yang dilakukan oleh seekor panda di Zoo Negara ini. Cuba teka apa yang dilakukannya? Jika sebelum ini kita pernah melihat ada antara mereka yang sempat ‘bergaduh’ dengan penjaga zoo untuk berebutkan tong sampah dan kali ini lain pula yang dilakukan oleh salah seekor daripada mereka.

Apa yang berlaku ialah seekor anak panda dirakam sedang berada dalam misi untuk melarikan diri dari kandangnya. Aksi comelnya itu telah dirakam dan dimuat naik oleh Zoo Negara Malaysia di laman TikTok milik mereka.

Apa yang dilakukan oleh anak panda ini ialah dia secara senyap-senyap telah memanjat dinding kandangnya untuk melarikan diri. Tanpa diketahui sesiapa, dia terus memanjat dengan tujuan yang satu, iaitu untuk cuba lari dari situ. Sekali lihat gayanya sama seperti bayi kecil yang cuba keluar senyap-senyap daripada katil atau ‘baby coat’ mereka kerana tidak mahu tidur.

Walaupun dengan badan yang gempal, si comel itu nampaknya tidak berputus asa untuk melarikan diri. Tanpa berputus asa dia terus memanjat walaupun kelihatannya agak sukar memandangkan dia terpaksa memanjat dinding yang tinggi. Namun begitu, dia juga nampaknya sangat bijak untuk menyeimbangkan badannya supaya tidak terjatuh.

Walau bagaimanapun, nasibnya kurang bernasib baik apabila aksinya sempat dipatahkan oleh seorang penjaga zoo yang bertugas. Lelaki tersebut terus menuju ke arahnya dengan membawa sebuah tangga.

Penjaga zoo tersebut kemudian pantas memintannya untuk masuk semula ke kandangnya. Dengan berhati-hati lelaki itu menolak si comel itu untuk turun semula dari dinding tersebut tetapi anak panda itu sepertinya tetap tidak mahu berputus asa. Dengan menggunakan cakarnya, dia terus berpaut pada dinding itu sehingga memaksa penjaga zoo itu menolaknya ke bawah sekali lagi. Akhirnya suka atau tidak, dia terpaksa masuk semula ke kandangnya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Terperangkap di dalam kereta, si abang sempat ‘mandikan’ adik dengan bedak seluruh badan

0

Kejadian anak kecil terkunci di dalam kereta bukan satu isu baru di negara ini. Jika kita buka akhbar, media elektronik mahupun media sosial, kita boleh lihat bermacam kejadian yang sama berlaku di mana-mana. Anak kecil biasanya ditinggalkan di dalam kereta ketika ibu bapa atau penjaga mahu keluar membeli barang dengan alasan mereka hanya menginggalkan anak sekejap sahaja. Namun, ‘sekejap’ itu adakalanya boleh mengundang bahaya kepada anak kecil yang ditinggalkan.

Itu baru yang meninggalkan anak di dalam kereta, ada juga ibu bapa yang meninggalkan anak kecil di atas motosikal bersendirian di luar kedai. Mereka mungkin menyangka anak mereka akan selamat kerana hanya ditinggalkan sekejap lebih-lebih lagi anak kecil ditinggalkan di tempat awam. Namun, sekali lagi, bermacam bahaya boleh menimpa si kecil.

Untuk mengelakkan segala kemungkinan berlaku seperti kemalangan, ibu bapa atau penjaga yang membawa anak mereka ke kedai sangat dinasihatkan untuk membawa mereka masuk bersama walaupun hanya untuk seketika bagi membeli barang. Tanpa pengawasan orang dewasa, bermacam kejadian yang tidak diingini boleh menimpa anak kecil.

Baru-baru ini sebuah lagi kejadian anak kecil terkunci di dalam kereta berlaku sehingga si ibu terpaksa meminta bantuan pihak bomba dan penyelamat untuk membantu mengeluarkan anak-anaknya. Kejadian tersebut telah dirakam dan dimuat naik ke laman sosial TikTok sehingga mendapat perhatian ramai.

Menerusi video tular berkenaan, kelihatan sekumpulan anggota bomba sedang bekerja keras dan betungkus-lumus untuk cuba membuka pintu kereta yang terkunci itu.

Kereta itu nampaknya telah terkunci dari dalam menyebabkan dua orang kanak-kanak terperangkap di dalamnya. Melihat apa yang berlaku membuatkan si ibu mula bimbang akan keselamatan anak-anaknya. Mujur anggota bomba dan penyelamat pantas bertindak sehingga pintu kereta akhirnya berjaya dibuka.

Sebaik sahaja abang bomba berjaya membuka pintu kereta, si ibu terus sahaja mengambil anak perempuannya yang ada di dalam kereta. Namun, ada kejadian lucu pula yang berlaku apabila si comel itu kelihatan seperti telah ‘dimandikan’ dengan bedak.

Si kecil itu kelihatan comot dengan bedak putih daripada rambutnya hingga ke seluruh badan. Rupa-rupanya, abangnya yang berbuat demikian ketika mereka berdua terperangkap di dalam kereta. Tidak tahu apa sebabnya, mungkin kerana panik si abang telah bertindak seperti itu. Apa yang lebih melucukan si abang dengan selamba masih berada di dalam kereta dan terus bermain dengan bedak yang sudah berterabur.

Hal lucu itu membuatkan keadaan yang tadinya genting menjadi lucu pula sehingga netizen yang menonton video tersebut keliru sama ada untuk kasihan atau tergelak akan kejadian yang berlaku. Mana tidaknya, walaupun dalam situasi cemas seperti itu, telatah anak-anak kecil tersebut tetap sahaja melucukan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Telatah anjing yang gembira selepas mendapatkan makanannya ini mencuit hati netizen

0

Seekor anjing dilihat masuk ke sebuah premis berjaya dirakam oleh perakam video. Anjing tersebut masuk sambil memerhatikan keadaan sekeliling dan tertarik pada sesuatu yang berada di atas meja.

Anjing itu mendekati meja untuk melihat ‘sesuatu’ itu dengan lebih dekat lagi.

Selepas menghidu ‘sesuatu’ itu, ia yakin itu adalah makanan seperti keropok ikan. Tanpa membuang masa, anjing itu menggigit sekeping keropok dan terus keluar dari premis tersebut.

Anjing itu berlari dengan penuh kegembiraan kerana peroleh makanan pada hari itu. Anjing itu melompat tinggi beberapa kali menunjukkan ia benar-benar seronok!

Anjin itu meletakkan makanannya di atas jalan untuk membetulkan kedudukan makanan yang digonggongnya agar tidak jatuh.

Kemudian, anjing itu pun menggonggong makanannya dan berlari mencari tempat makan yang lebih selesa, mungkin lebih privasi tanpa gangguan yang lain.

動物梗圖星球 (facebook.com)

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Wanita maut terkena serpihan patung batu sebuah kuil

0

Seorang wanita maut selepas kepalanya cedera parah terkena ​​serpihan patung batu yang terjatuh dari sebuah kuil ketika upacara keagamaan sedang berlangsung di Buntong, Ipoh pada pagi Ahad, 15 Mei.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 pagi itu, R Manimegalai, 53 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), selepas cedera parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata kejadian itu turut mengakibatkan dua wanita lain mengalami cedera ringan.

Facebook

Kejadian berlaku di Kuil Arulmigu Visalatchi Sametha Viswanathan Sivalayam Paripalana Sabah di Buntong, ketika kuil itu mengadakan upacara pentahbisan Maha Kumbhabishegam, menurut beliau.

“Siasatan awal mendapati serpihan patung batu terjatuh dari bahagian atas kuil dan mengenai kepala mangsa,” jelas Datuk Mior Faridalathrash.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan satu laporan telah dibuka untuk siasatan lanjut,” tambahnya dalam satu kenyataan.

Twitter

Menurutnya, orang awam yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan (ASP) Hassbullah Hasan di talian 013-5555585 bagi membantu siasatan.

Sementara itu, difahamkan ketika kejadian, kren digunakan semasa upacara pentahbisan yang dihadiri penganut Hindu secara beramai-ramai.

Insiden kejadian itu tular apabila video berdurasi 20 saat dikongsi di media sosial menunjukkan serpihan patung batu berkenaan jatuh.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kajian mendapati ‘sayang’ adalah kata laluan yang sering digunakan di Malaysia

0

Mencipta kata laluan adalah antara perkara yang sering menyesakkan dada atas pelbagai sebab. Antaranya ialah kesukaran mengingati kata laluan, kebimbangan terhadap pencerobohan kata laluan dan kekurangan ilmu untuk mencipta kata laluan yang sukar diceroboh. Perkara ini akhirnya membuatkan ramai orang di seluruh dunia memilih ‘123456’ sebagai kata laluan. Kajian tentang kata laluan yang bocor yang dijalankan oleh pihak ketiga, atas ihsan pengguna Github Ata Hakçıl, mendapati ‘sayang’ adalah kata laluan yang sering digunakan di Malaysia. Adakah anda salah seorang daripada mereka yang menggunakan ‘sayang’ sebagai kata laluan?

FACEBOOK

Tidak dinafikan ‘123456’ adalah kata laluan yang sering digunakan di seluruh dunia. Namun, sebaik sahaja anda mengisih kata laluan yang sering digunakan mengikut negara atau bahasa, anda akan mula melihat hasil yang sangat berbeza. Ini termasuklah kata laluan ‘sayang’ yang ternyata paling banyak digunakan di Malaysia dan Indonesia. Manakala di Amerika Syarikat pula, ‘iloveyou’ merupakan perkataan yang sering digunakan sebagai kata laluan.

Express VPN

Baru-baru ini, Express VPN menjalankan tinjauan dengan kerjasama penyedia tinjauan mudah alih Polfish untuk bertanya kepada seribu orang dewasa Amerika Syarikat tentang pilihan kata laluan mereka. Express VPN belum mendedahkan hasil tinjauan sepenuhnya namun berikut adalah tinjauan ringkas mengenai maklum balas yang mereka terima.

  • Rata-rata orang menggunakan kata laluan yang sama untuk enam laman sesawang dan/atau platform.
  • 43% orang mendapati orang tersayang mereka dapat meneka kata laluan dalam talian mereka.
  • 2 daripada 5 orang mengakui menggunakan variasi nama pertama dan/atau nama keluarga mereka sebagai kata laluan dalam talian mereka.
  • Penemuan ini mencerminkan amalan keselamatan siber yang lemah, namun dalam masa yang sama, 81% responden mengatakan bahawa mereka yakin dengan keselamatan dan privasi kata laluan dalam talian mereka.

Berdasarkan tinjauan tersebut, 43.9% responden menggunakan tarikh lahir sebagai kata laluan, diikuti 43.8% responden menggunakan nama haiwan peliharaan dan 42.30% responden menggunakan nama pertama sebagai kata laluan. Sesuatu yang mencuri perhatian adalah apabila seramai 26.1% responden menggunakan nama bekas pasangan mereka sebagai kata laluan. Mungkin semasa menjalinkan hubungan yang indah, mereka senang menggunakan nama pasangan sebagai kata laluan dan apabila hubungan indah tersebut telah berakhir, mereka mengekalkan kata laluan tersebut kerana malas untuk memikirkan kata laluan baharu atau pun sebagai kenang-kenangan. Pelik tetapi benar!

Express VPN

Kekerapan perkataan yang sama digunakan sebagai kata laluan sedikit sebanyak menimbulkan rasa bimbang dalam hati pengguna aplikasi dalam talian, peranti, akaun bank dan sebagainya. Oleh itu, amat penting bagi setiap orang mempelajari cara untuk mencipta kata laluan yang sukar diceroboh. Ini kerana, terdapat pendapat umum yang mengatakan bahawa:

  • Kata laluan yang kuat selalunya rumit dan mengandungi karakter rawak, kata laluan yang lemah selalunya mudah diramalkan.
  • Kata laluan yang baik selalunya panjang, kata laluan yang lemah selalunya pendek.
PEXELS

Berikut adalah cara untuk mencipta kata laluan yang lebih kuat dan sukar diceroboh.

  1. Panjang: Kebanyakan pakar mengatakan kata laluan sepatutnya berada dalam lingkungan minimum 8 karakter dan secara ideal adalah antara 12 hingga 15 karakter.
  2. Rawak: Ini bermaksud kata laluan anda seharusnya tidak mengandungi apa-apa maksud tetapi dicipta dengan gabungan huruf, nombor dan simbol secara rawak. Anda boleh mencipta kata laluan rawak secara dalam talian dengan menggunakan penjana kata laluan.
  3. Unik: Untuk keselamatan maksima, anda seharusnya menggunakan kata laluan yang berbeza untuk setiap akaun dalam talian yang anda miliki. Jika anda mengulang kata laluan yang sama atau mengikut satu corak pengulangan, orang lain boleh cuba untuk menceroboh akaun anda yang lain dengan menggunakan kata laluan tersebut.
PEXELS

Benar, jika anda mengikuti cara ini kata laluan anda menjadi kuat tetapi hakikatnya anda sukar menghafalnya. Inilah sebabnya mengapa pengurus kata laluan disyorkan. Mereka menyimpan kata laluan anda dalam peti besi yang dirahsiakan – anda hanya perlu mengingati satu kata laluan utama untuk mengaksesnya.

Cara lain untuk melindugi privasi dan keselamatan dalam talian ialah dengan memuat turun aplikasi VPN. Anda hanya perlu menghidupkannya dan ia akan memberikan anda satu alamat IP baharu sambil ‘menyembunyikan’ trafik anda. Ini menyukarkan pihak penceroboh untuk melihat apa yang anda lakukan dalam talian.

Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak membuka mata anda tentang betapa pentingnya mencipta kata laluan yang kuat dan sukar diceroboh. Masih mahu menggunakan ‘sayang’ sebagai kata laluan? Fikir-fikirkanlah…

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: