Elon Musk dilaporkan sekali lagi telah menuduh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Bill Gates, menjual saham Tesla Inc secara ‘short sell’. Hal ini telah menimbulkan keraguan ramai mengenai rancangannya dalam menangani isu perubahan iklim.
(Foto oleh Alexandra Beier/Getty Images)
Dalam satu siri ciapan Twitter, Musk mendedahkan bahawa kedudukan yang disandang oleh Gates kini memerlukan sehingga $2 bilion untuk pasaran saham ditutup.
Harga saham Tesla telah menyaksikan peningkatan 20 kali ganda sejak 2019, daripada $37 sesaham pada 2019 kepada nilai dagangan semasa pada sekitar $760 setiap satu dan mencapai paras tertinggi sepanjang akhir tahun lalu sebanyak $1,222 sesaham.
Ia bukan kali pertama beliau mempersoalkan komitmen Gates untuk membantu dalam menangani cabaran iklim. Musk sebelum ini telah mengesahkan bahawa perbualan mesej antaranya dan Gates yang telah bocor mendedahkan bahawa Gates mengaku bahawa beliau telah menjual saham Tesla secara ‘short selling’.
Pasukan perhubungan media Gates walau bagaimanapun masih belum memberi respons untuk mengulas mengenai isu tersebut.
“Saya tidak fikir sama ada kenyataan yang diberikan oleh Tesla- sama ada pendek atau panjang menunjukkan kesungguhannya dalam isu perubahan iklim,” kata Gates kepada The Wall Street Journal pada awal Mei. “Saya walau bagaimanapun memuji peranan Tesla dalam membantu perubahan iklim,” ujarnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla itu juga berkata bahawa beliau akan memperjuangkan isu kebebasan bersuara di platform yang menurutnya mengamalkan “berat sebelah.”
Baru-baru ini Musk melancarkan tinjauan (poll) di Twitter dengan bertanya kepada pengikutnya sama ada mereka percayakan golongan bilionair dan ahli politik ataupun tidak. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa hampir 76 peratus daripada 3.4 juta responden mengundi bahawa mereka kurang mempercayai ahli politik.
Ekoran tinjauan tersebut, terdapat pengguna yang mula bertanya tentang pengasas Amazon, Amazon Jeff Bezos, dengan bertanya sama ada (secara umumnya) beliau adalah orang baik atau sebaliknya.
“Dia baik sahaja,” tulis Musk untuk menjawab pertanyaan tersebut.
Bezos sebelum ini pernah mempersoalkan sama ada Twitter akan jatuh di bawah pengaruh Beijing, beberapa jam selepas Musk membeli platform tersebut dengan harga AS$44 bilion.
Suatu ketika dahulu kita digemparkan dengan kes keracunan gas monoksida yang meragut sekumpulan remaja perempuan yang berada di dalam kereta. Bukan hanya di Malaysia, malah kes seperti ini sudah banyak kali dilaporkan di seluruh dunia sehingga digelar ‘pembunuh secara senyap.’ Mana tidaknya, tiada yang boleh mengesan bila kejadian ini akan berlaku, tahu-tahu sahaja ada nyawa yang terancam.
Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa gas beracun tersebut boleh ‘terlepas’ disebabkan oleh kebocoran di bahagian enjin kereta. Hal ini membuatkan sesiapa sahaja- sama ada pemandu atau penumpang mengalami sesak nafas.
Baru-baru ini kes keracunan gas monoksida berlaku lagi tetapi mujur tiada nyawa yang menjadi korban kali ini. Kejadian cemas tersebut diceritakan oleh seorang pengguna Facebook, Nur Jalilah Leyla, yang telah berkongsi insiden yang menimpa anaknya disebabkan terhidu gas monoksida di dalam kereta.
Dalam status tersebut wanita itu menceritakan yang kejadian tersebut berlaku ketika dia dan anak-anaknya bersama mertuanya dalam perjalanan pulang ke kampung. Pada mulanya tiada apa yang mencurigakan. Anak-anaknya nampak gembira berbual-bual dengan datuk dan nenek mereka.
Namun, selepas dia menghantar gambar anak-anaknya yang sedang tidur kepada suaminya, lelaki itu ada menegur yang wajah anak lelaki mereka kelihatan pucat. Ketika itu dia masih tidak sedar ada sesuatu yang tidak kena. Dia berfikir anak-anaknya kepenatan ditambah lagi dengan cuaca yang panas.
Anak perempuannya kemudian mulai terjaga dan merengek namun tidak membuka mata. Tiba-tiba sahaja tubuhnya mulai lembik dan tidak menunjukan sebarang respon membuatkan mereka panik. Dia cuba menyedarkan anaknya tetapi tiada respons dan pernafasannya semakin lemah.
Ketika memberhentikan kereta dan mendapatkan bantuan, dua orang anaknya terus tidak sedarkan diri. Mujurlah mereka mulai sedar tidak lama selepas itu dalam keadaan menangis.
Mereka kemudian dibantu oleh sebuah keluarga dan meminta mereka membawa kereta ke hospital dengan segera sambil mengikutinya dari belakang. Ketika dalam perjalanan ke hospital seorang lagi anak perempuannya masih tidak sedarkan diri.
Sampai sahaja di hospital mereka terus ke bahagian kecemasan dan si kecil itu terus diberikan bantuan oksigen.
Wanita tersebut mengalami sesak nafas dan muntah-muntah. Ibu mertuanya pula pengsan selepas sampai di hospital manakala bapa mertuanya dan dua orang anaknya lagi turut diberikan bantuan oksigen.
Pihak hospital kemudian mengesahkan bahawa mereka mengalami keracunan gas karbon monoksida yang berpunca daripada kebocoran pada ekzos kereta. Jelasnya, kejadian tersebut seperti satu mimpi negeri.
Di akhir perkongsian tersebut, wanita itu sempat berpesan kepada orang ramai supaya memeriksa dahulu kenderaan sebelum memulakan perjalanan jauh kerana kejadian yang tidak diingini boleh berlaku.
Dia juga turut mengucapkan terima kasih kepada Mr Richard iaitu individu yang membantu mereka ketika dalam situasi panik ini sehingga semuanya selamat mendapatkan rawatan di hospital.
Baru sahaja memasuki fasa endemik Covid-19 bermula 01 Mei lalu, Malaysia dikejutkan dengan peningkatan penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (hand, foot and mouth disease, HFMD). Penyakit yang disebabkan oleh virus enterovirus ini menyebabkan lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut yang biasanya menjangkiti kanak-kanak berusia bawah 10 tahun. Walaupun penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5 hingga 7 hari namun ia cepat tersebar melalui kontak dengan air liur, cecair lepuh dan najis mereka yang berpenyakit. Penyakit ini lebih cepat menular dalam kalangan kanak-kanak yang berinteraksi rapat dengan rakan-rakan. Buktinya dapat dilihat apabila setakat 27 Mei, sebanyak 105 tabika dan 75 taska kendalian KEMAS di seluruh Malaysia diarahkan tutup selama 10 hari untuk kerja disinfeksi atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM.
Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, bagi tahun 2022 dalam tempoh 1 Januari hingga 25 Mei, sebanyak 57,510 kes HFMD yang telah dilaporkan menunjukkan peningkatan sebanyak 24 kali ganda bagi tempoh yang sama pada tahun 2021 (semasa pandemik Covid-19) iaitu 2,333 kes. Katanya lagi, lima negeri yang merekodkan bilangan kes tertinggi ialah Selangor dengan 16,286 kes, diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya sebanyak 7,298 kes, Perak 5,045 kes, Kelantan 4,194 kes dan Sabah 3,829 kes. Tambah beliau lagi, kes paling banyak dilaporkan adalah dalam kalangan kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke bawah iaitu 52, 846 kes manakalah kumpulan umur 7 hingga 12 tahun pula ialah sebanyak 3,741 kes dilaporkan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada 24 Mei lalu, jangkaan peningkatan kes pada ME 20/2022 adalah berikutan pergerakan penduduk Malaysia semasa sambutan hari raya. Turut bersetuju dengan pendapat Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah itu ialah Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Rafdzah Ahmad Zaki. Katanya, sebarang aktiviti yang melibatkan interaksi rapat antara individu seperti aktiviti ziarah dan rumah terbuka boleh meningkatkan risiko kadar jangkitan apabila pesakit bersentuhan dengan individu lain atau batuk dan bersin. “Ibu bapa harus memastikan kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak terlibat dalam sebarang aktiviti sosial termasuk menghadiri rumah terbuka selain mereka ini perlu diasingkan bagi menghadkan risiko jangkitan kepada individu dan kanak-kanak lain,” katanya.
Dr Rafdzah Ahmad Zaki juga tidak menolak pengoperasian tadika, taska, dan pusat jagaan kanak-kanak secara sepenuhnya bermula awal tahun 2022 menyumbang kepada peningkatan kes HFMD di Malaysia. Menurut beliau, kes HFMD menurun sepanjang tempoh pandemik Covid-19 kerana pusat jagaan kanak-kanak, taska mahupun tadika ditutup dan tidak beroperasi. Selain itu, kepadatan penduduk disatu-satu kawasan seperti Selangor turut mempengaruhi kadar jangkitan HFMD.
Susulan kes HFMD yang meningkat itu, KKM menasihatkan agar semua pengusaha dan pengasuh di taska, tadika dan tabika memastikan kebersihan premis termasuk peralatan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak. Mereka juga diminta untuk melakukan saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda HFMD seperti ruam dengan lepuh pada tangan, kaki & kawasan lampin, demam, ulser pada tekak, mulut & lidah serta kanak-kanak hilang selera makan. Bagi ibu bapa pula amatlah penting untuk memeriksa keadaan anak sebelum menghantar mereka ke pusat-pusat jagaan atau pun sekolah. Jika anak tidak sihat, disyorkan agar menjalani isolasi di rumah.
Sementara itu, Khairy juga turut mengingatkan agar pengusaha taman permainan dalam bangunan juga perlu mengambil saranan seperti mengadakan saringan di pintu masuk taman berkenaan serta membuat pembersihan premis dan basmi kuman alatan sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Pakar Pediatrik Sunway Medical Centre Velocity Dr Melanie Majaham berkata, kanak-kanak seharusnya tidak disentuh sesuka hati oleh individu lain ketika menghadiri rumah terbuka kerana perbuatan menyentuh, mencium dan memegang sememangnya berisiko untuk golongan ini dijangkiti HFMD. Dr Melanie juga berkata kesedaran ibu bapa akan kepentingan meneruskan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 secara tidak langsung dapat membantu mencegah jangkitan HFMD. Katanya lagi, penggunaan sabun dan sanitasi secara kerap bukan sahaja mematikan virus HFMD dan Covid-19, malah turut membunuh virus lain yang biasa menjangkiti kanak-kanak.
Walaupun tanpa rawatan, kebiasaannya jangkitan akan hilang dalam tempoh 7 hingga 10 hari. Antara petua-petua yang boleh diikut dalam merawat HFMD ialah dengan memberi makan pesakit sup ayam, buah-buahan atau jus, aiskrim atau makanan sejuk seperti puding, agar-agar, minum air kelapa muda, menyapu minyak zaitun atau minyak kelapa dara pada tempat yang terkena ulser, lepuh atau ruam. Selain itu, gel aloe vera juga boleh digunakan sebagai ubat sapu untuk melegakan kerengsaan. Namun begitu, KKM tidak menggalakan penggunaan serbuk kunyit dan daun semambu untuk merawat HFMD.
Sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa dan penjaga kanak-kanak dinasihatkan agar tidak membawa anak ke tempat awam, sekolah, taska, tadika atau pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan. Sekiranya anak-anak mula menunjukkan simptom HFMD segeralah mendapatkan nasihat daripada doktor atau jika tidak reda, bawalah anak ke hospital. Selain itu, terus amalkan 5 perkara seperti yang dinasihatkan oleh KKM iaitu:
Menjaga kebersihan diri.
Menjaga kebersihan persekitaran.
Melakukan pemeriksaan / saringan di pintu masuk taska / tabika / tadika / pra-sekolah.
Mengamalkan cuci tangan yang betul.
Melakukan disinfeksi atau nyahkuman permukaan yang tercemar.
Lindungi anak anda, lindungi anak-anak orang lain juga.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai isu penarikan balik produk mentega kacang berjenama Jif di pasaran Amerika Syarikat. Hal ini berlaku ekoran kebimbangan terhadap bakteria Salmonella yang dikatakan telah mencemarkan mentega kacang jenama tersebut. Penarikan semula produk berkenaan telah diketahui melalui notifikasi yang diterima dari International Food Safety Authorities Networks(INFOSAN).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi kenyataan akhbar pada 30 Mei lalu memberitahu bahawa notifikasi tersebut menyatakan Pihak Berkuasa Dadah dan Makanan, Amerika Syarikat (USFDA) telah mengarahkan produk mentega kacang berjenama Jif dengan nombor batch di antara 1274425 hingga 2140425 iaitu hanya melibatkan tiga (3) digit terakhir 425 ditarik balik kerana telah tercemar dengan bakteria Salmonella.
“Produk mentega kacang tersebut telah diedarkan ke beberapa negara seperti Kanada, Thailand, Honduras, Sepanyol, Jepun, Korea, Taiwan, Singapura dan termasuk Malaysia.
“Melalui semakan KKM ke atas data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) mengesahkan produk mentega kacang berjenama Jif tersebut telah diimport ke negara ini. Sehubungan itu, KKM telah meminta pihak syarikat yang mengimport menarik balik produk yang terlibat di pasaran,” ujarnya dalam kenyataan tersebut.
Selain itu, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan memantau di semua pintu masuk negara bagi memastikan tiada produk terlibat memasuki ke negara ini.
Beliau juga menggesa penjual untuk menghentikan penjualan produk terlibat dengan nombor batch di antara 1274425 hingga 2140425 dengan tiga (3) digit terakhir 425 dengan serta-merta, manakala pengguna yang telah membeli produk tersebut dengan nombor batch terlibat diminta untuk tidak memakan produk tersebut.
Salmonella merupakan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan sekiranya terdapat dalam makanan seperti daging, ayam, telur, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang telah diproses jika aspek kebersihan diabaikan atau makanan tidak diproses dengan sempurna.
Pihak berkuasa Nepal telah menjumpai 21 mayat daripada 22 penumpang pesawat yang terhempas di Pergunungan Himalaya pada 30 Mei. Usaha mencari seorang lagi mangsa yang masih hilang giat dijalankan. Walau bagaimanapun, menurut pihak berkuasa peluang untuk hidup adalah rendah kerana pesawat tersebut terhempas di atas batu besar. Sejumlah 60 orang dikerahkan ke lokasi nahas termasuk askar, pemandu gunung dan penduduk tempatan.
Pesawat yang dikendalikan oleh Tara Air itu membawa 22 penumpang yang terdiri daripada 4 warga India, 2 warga Jerman dan 16 warga Nepal yang mana 3 daripadanya ialah anak kapal. Pesawat berkenaan berlepas dari bandar pelancongan Pokhara pada jam 9.55 pagi waktu tempatan menuju ke Jomsom sebuah lokasi pelancongan terkenal di Nepal. Pada awalnya penerbangan itu baik sahaja namun, mereka terputus hubungan dengan menara kawalan 5 minit sebelum dijangkakan mendarat.
Wartawan Pooja Pant menjelaskan bahawa terdapat banyak laluan pergunungan yang berbahaya dan laluan tersebut mungkin salah satu laluan paling berbahaya di Nepal. Menurut beliau, terdapat dua buah gaung dan pesawat terbang melalui gaung itu tetapi masalah yang melibatkan penerbangan tersebut ialah cuaca buruk kerana ketika kejadian berlaku, cuaca sangat mendung. Cuaca di kawasan pergunungan boleh berubah secara mendadak dalam masa yang singkat.
Kata Pooja lagi, beliau mendapat tahu daripada pihak berkuasa penerbangan awam bahawa pesawat berkenaan mempunyai visual flight rules, VFR (peraturan penerbangan visual) yang bermaksud mereka tidak dibenarkan terbang jika tidak dapat melihat ketika cuaca mendung. Difahamkan, pesawat tersebut telah pun berhubung dengan menara kawalan dan bersedia untuk mendarat tetapi cuaca telah pun mendung ketika mereka memasuki Jomson. Daripada membelok ke kanan, mungkin juruterbang terfikir untuk mengelakkan cuaca buruk lalu dia pun membelok ke kiri atau mungkin untuk berpatah balik atau mengelilingi lapangan terbang dan ketika itulah mereka terhempas ke gunung.
Kerajaan Nepal telah membentuk panel untuk menyiasat nahas maut itu. Nepal mempunyai rekod penerbangan yang teruk yang selalunya disebabkan perubahan cuaca yang mendadak dan landasan udara yang terletak di kawasan berbatu amat sukar untuk diakses.
Pada awal tahun 2018, penerbangan AS-Bangla yang membawa 71 penumpang dari Dhaka, Bangladesh terbakar ketika mendarat di Kathmandu di mana 51 orang terkorban. Baru-baru ini, 3 orang maut dalam nahas kapal terbang pada April 2019 apabila pesawat itu tergelincir dari landasan dan melanggar sebuah helikopter pegun di Lapangan Terbang Lukla yang dianggap salah satu landasan paling sukar untuk diakses.
Penggodam pangkalan data polis yang dilaporkan di Xinjiang, China telah mendedahkan bukti baru tentang tahap penahanan dan penyeksaan umat Islam Uyghur di sana.
Aktivis Amerika Syarikat juga Pengarah dan Felow Penyelidik Kanan dalam Kajian China di Yayasan Peringatan Korban Komunisme di Washington, Adrian Zenz mendedahkan beribu-ribu gambar dan dokumen dalaman lain telah dibocorkan kepadanya oleh penggodam komputer.
“Sebahagian besar fail yang diperoleh dengan menggodam komputer polis Xinjiang/kem pendidikan semula Xinjiang mengandungi bahan imej pertama kali dari dalam kem, mendedahkan Chen Quanguo mengeluarkan arahan tembak-untuk-bunuh, Xi Jinping mengarah dan menuntut kem baharu kerana kem sedia ada terlalu sesak, ” kata Adrian Zenz dalam satu siri ciapan di Twitter.
Gambar AP
“Pendedahan bahan itu tidak pernah berlaku sebelum ini dalam beberapa peringkat: 1. Ucapan peringkat tertinggi, melibatkan kepimpinan tertinggi dan mengandungi bahasa yang kasar 2. Arahan keselamatan kem, jauh lebih terperinci daripada ‘China Cables’, menerangkan unit mogok bersenjata lengkap dengan senjata serangan medan perang,” terangnya lagi.
Fail itu termasuk ucapan dalaman 2017 oleh Chen Quanguo, bekas setiausaha Parti Komunis di Xinjiang, di mana dia didakwa mengarahkan pengawal menembak untuk membunuh sesiapa sahaja yang cuba melarikan diri, dan menyeru pegawai di wilayah itu untuk “melakukan kawalan yang tegas terhadap penganut agama”.
Ucapan dalaman pada tahun 2018 oleh Menteri Keselamatan Awam Zhao Kezhi menyebut arahan langsung daripada Xi untuk meningkatkan kapasiti kemudahan tahanan.
BREAKING: huge trove of files obtained by hacking into Xinjiang police / re-education camp computers contain first-ever image material from inside camps, reveal Chen Quanguo issuing shoot-to-kill orders, Xi Jinping demanding new camps because existing ones are overcrowded. 🧵 pic.twitter.com/6K19Wxf0Lx
Dokumen “Xinjiang Police Files” itu mengandungi arkib yang dilabel sebagai sulit dengan imej nyata beberapa ribu individu yang diambil pada separuh pertama 2018 di balai polis dan pusat tahanan di daerah Konasheher, wilayah Kashgar – wilayah di selatan Xinjiang yang kebanyakannya didiami oleh etnik Uyghur. Pada 2018, wilayah ini telah diarahkan untuk mengambil gambar sebahagian besar populasi sebagai sebahagian daripada pengumpulan data biometrik. Setiap nama fail dengan imej mengandungi cap masa dan nombor pengenalan kerajaan ke atas setiap individu.
“Fail itu juga mengandungi kira-kira 450 spreadsheets dari wilayah ini yang menyokong identiti individu yang digambarkan. Mereka mendedahkan pada 2018, sekurang-kurangnya 12 peratus daripada semua etnik dewasa di negara ini berada dalam tahanan – termasuk 2,884 orang yang diambil gambar. Antaranya ialah 15 kanak-kanak bawah umur. Individu paling muda yang ditahan yang digambarkan dalam imej ini ialah seorang gadis berusia 15 tahun dan yang paling tua ialah wanita berusia 73 tahun,” kata pasukan yang diketuai oleh Adrian Zenz yang menganalisis dan mengesahkan bahan tersebut.
3. Vivid image of police drills, and over 5,000 images of persons taken at detention centers/police stations, 2,884 of them are interned.
4. Spreadsheets showing vast scale of internments: over 12% of adult population of Uyghur county in 2018 shown in camps or prisons. pic.twitter.com/vchHcrJ7uV
Sesetengah daripada 2884 orang ini mungkin telah dirakamkan gambar sebelum mereka ditahan dan yang lain mungkin semasa dalam tahanan. Memandangkan mereka adalah mangsa, set penuh 2,884 imej tersedia di laman web ini adalah dalam bentuk asal, dedah penyelidik itu.
Adrian Zenz berkata nama fail asal telah dipangkas atas sebab privasi supaya tidak mendedahkan nombor pengenalan penuh setiap individu.
“Imej jelas latihan polis, dan lebih 5,000 imej individu yang diambil di pusat tahanan/balai polis, 2,884 daripada mereka telah dimasukkan ke dalam tahanan. Skala besar tahanan: lebih 12 peratus populasi dewasa daerah Uyghur pada 2018 ditunjukkan di kem atau penjara. Anda boleh melihat dan memuat turun banyak fail, dokumen dan hampir 2,900 imej individu yang ditahan dari laman web #XinjiangPoliceFiles,” kata Adrian Zenz di Twitter.
The #XinjiangPoliceFiles contain a very large amount of visual material, including police training PowerPoints, image material from Xinjiang, including sensitive material showing police stations, police headquarters etc. This significantly aided in the authentication. pic.twitter.com/wN3QsLPlNn
“Mereka bercakap secara langsung tentang sikap dan ancaman yang mereka lihat daripada Uyghur, dan bagaimana Uyghur perlu ditangkap, dan bagaimana kem itu perlu dipertahankan,” kata Adrian Zenz ketika memperkenalkan fail itu.
“Bukti baharu benar-benar menunjukkan pendidikan semula atau yang digelar mereka ‘latihan vokasional’ di Xinjiang tiada kaitan dengan peningkatan kemiskinan, tiada kaitan untuk membantu orang ramai mendapatkan pekerjaan,” tambahnya.
Ia hanya mengenai langkah “pencucian otak” yang kejam, mengenai meletakkan mereka ke dalam tempat seperti penjara, dalam kem yang dikawal oleh polis bersenjata lengkap.
Gambar AP
“Kami mempunyai bukti, di menara pengawal mereka menggunakan mesingan gred tentera dan senapang penempak curi dan sangat jelas ini adalah kempen untuk mengubah pemikiran rakyat, bukannya seperti yang mereka katakan, ia transformasi melalui pendidikan,” tegas Adrian Zenz.
Walaupun penahanan dan penganiayaan etnik Uyghur oleh rejim China telah terbukti, dengan akaun saksi dan dokumen yang bocor, Beijing telah lama menafikannya.
Tembakan rambang yang berlaku pada 24 Mei di Sekolah Rendah Robb di Uvalde, Texas, dilaporkan telah mengakibatkan kematian 19 orang murid dan dua guru serta sekurang-kurangnya 17 yang lain, termasuk kanak-kanak, mengalami kecederaan.
(Gambar oleh Brandon Bell/Getty Images)
Kejadian tembak tersebut merupakan kes tembak kedua paling dahsyat berlaku di AS selepas kes tembak pada 2012 yang berlaku di Sekolah Rendah Sandy Hook di Newtown, Connecticut.
Pihak berkuasa mengenal pasti Salvador Ramos, 18, sebagai penembak yang bertanggungjawab terhadap serangan itu. Dia kemudian mati ditembak kira-kira 90 minit selepas dia tiba di sekolah itu kira-kira jam 11:30 pagi hari itu.
Ramos dikatakan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau kesihatan mental yang diketahui pihak berkuasa. Motifnya masih tidak diketahui kerana pihak berkuasa terus menyiasat kejadian tembakan maut itu.
Pada sidang akhbar pada 26 Mei di Robb Elementary, seorang pegawai dari Jabatan Keselamatan Awam (DPS) Texas, pengarah wilayah Texas Selatan Victor Escalon, berkata bahawa Ramos kelihatan berjalan tanpa halangan ke dalam bangunan sekolah sebelum serangan, berbeza dengan laporan sebelum ini bahawa dia telah berhadapan dengan pegawai keselamatan sekolah di luar sekolah.
Di bawah ialah anggaran garis masa anggaran kejadian tersebut berlaku:
Sebelum 24 Mei Ramos berusia 18 tahun pada 16 Mei telah membeli dua senapang separa automatik secara berasingan, pada 17 Mei dan 20 Mei. Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Letupan (ATF) mengesahkan pada 25 Mei dalam taklimat kepada senator negeri Texas, lapor KHOU. Pihak berkuasa ATF berkata dia juga telah membeli 375 butir peluru 5.56 pada 18 Mei.
Hari Serangan Pada 24 Mei, pada awal hari itu, pelajar dan ibu bapa telah berada di Sekolah Rendah Robb untuk upacara anugerah kepujian.
11:00 pagi Ramos membuat catatan di Facebook tiga kali dalam masa 30 minit sebelum sampai ke sekolah itu, beritahu Gabenor Texas Greg Abbott pada sidang akhbar pada 25 Mei.
Catatan Facebook pertama menunjukkan bahawa dia akan menembak neneknya. Catatan kedua mengatakan bahawa dia telah menembak neneknya, dan yang ketiga mengatakan bahawa dia akan menembak sebuah sekolah rendah, tanpa menyatakan yang mana. Catatan ketiga dimuat naik dalam masa 15 minit sebelum Ramos tiba di sekolah itu, kata Abbott.
Meta, syarikat induk Facebook, telah berkata catatan tersebut sebenarnya sebuah mesej.
Ramos, yang telah tinggal bersama neneknya sejak Mac telah menembaknya di muka dan meninggalkannya dalam keadaan kritikal sebelum meninggalkan kediaman itu dan menuju ke Robb Elementary, kata McCraw pada 25 Mei.
Neneknya yang berusia 66 tahun itu telah berlari ke seberang jalan untuk mendapatkan bantuan jiran selepas ditembak. Dia juga melaporkan Ramos kepada jabatan polis. Dia kemudian dihantar ke hospital San Antonio, kata McCraw.
11:28 pagi Ramos, yang menaiki trak pikap neneknya, terbabas ke dalam parit berhampiran sekolah, menurut pihak penguatkuasa. Dia muncul dari bahagian penumpang trak dan membawa apa yang dikatakan saksi sebagai pistol panjang dan beg yang mengandungi peluru.
Ramos menembak dua saksi di luar rumah pengebumian di seberang jalan sebelum dia terus menuju ke sekolah. Dia kemudian memanjat pagar ke tempat letak kereta dan melepaskan tembakan ke arah sekolah itu “berkali-kali,” kata Escalon.
Kedua-dua saksi itu melarikan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.
11:30 pagi Panggilan 911 dibuat mengenai kemalangan kereta dan seorang lelaki dengan pistol.
Suspek tiba di tempat letak kereta sekolah dan mula menembak di sekolah itu, kata McCraw semasa taklimat pada 27 Mei.
Kenderaan polis tiba di rumah pengebumian.
Pegawai sumber sekolah-pada mulanya dikatakan telah berhadapan dengan suspek, kemudian dilaporkan tidak berada di kampus-sebenarnya berhadapan dengan seseorang, tetapi ia adalah seorang guru, bukan suspek, menurut McCraw.
11:33 pagi Penembak berusia 18 tahun itu memasuki bahagian barat sekolah rendah Robb, kata McCraw.
Pintu dibuka oleh seorang guru.
Suspek mula menembak ke dalam sebuah bilik, sama ada bilik 111 atau bilik 112.
Dia tidak lama kemudian memasuki bilik darjah bersebelahan, menembak mati guru dan kanak-kanak.
Lebih 100 das tembakan dilepaskan secara keseluruhan.
11:35 pagi Tiga pegawai polis masuk ke pintu yang sama yang digunakan Ramos, diikuti oleh satu lagi pasukan pegawai polis dan seorang timbalan sheriff. Pegawai pertama cedera terkena tembakan.
Tiada seorang pun pegawai yang cuba memecahkan pintu untuk masuk ke dalam kelas.
11:44 pagi Pegawai lain memasuki bangunan itu, kata Escalon. Beberapa orang memindahkan orang yang berada di dalam.
Seramai 19 pegawai berada di lorong pada satu masa.
Semasa mendengar tembakan, guru di bilik darjah lain mula “memecahkan tingkap cuba memindahkan murid-murid untuk mengelakkan kematian,” kata Olivarez kepada CBS News.
12:03 tengah hari Seorang pemanggil 911 berkata dia berada di bilik 112, tempat Ramos masuk.
Panggilan itu berlangsung selama satu minit, 23 saat.
12:10 tengah hari Dia menelefon kembali, memberitahu bahawa beberapa orang telah meninggal dunia.
12:13 tengah hari Si pemanggil memanggil semula.
12:15 tengah hari Anggota Unit Taktikal Rondaan Sempadan tiba, bersama dengan perisai beberapa minit kemudian.
12:16 tengah hari Perempuan yang sama menelefon, mengatakan lapan atau sembilan pelajar masih hidup.
12:19 tengah hari Seorang lagi pemanggil menghubungi 911 dari bilik. Tiga tembakan kedengaran melalui telefon.
12:36 tengah hari Satu lagi panggilan 911. Berlangsung selama 21 saat.
12:43 tengah hari Satu lagi panggilan 911.
12:47 tengah hari Satu lagi panggilan 911.
12:50 tengah hari Pegawai melanggar pintu kelas dan membunuh suspek.
Akhirnya… 21 mangsa yang terkorban dalam serangan itu kemudiannya ditemui dalam bilik darjah yang sama. Kesemua mereka dikenal pasti pada 26 Mei.
Pistol yang digunakan oleh Ramos dalam penembakan itu adalah senapang Daniel Defense DDM4 V7, ATF mengesahkan pada 25 Mei, lapor KHOU.
Pada 24 Mei, selepas penggambaran, The Daily Dot memperoleh resit pembelian. Daniel Defense, pengeluar senjata api yang berpangkalan di Georgia yang menjual senjata api dalam talian, nampaknya menghantar senjata kepada pengedar berdaftar yang kemudiannya melengkapkan pembelian, kata outlet itu.
Senapang lain, Smith & Wesson M&P 15, ditemui di atas tanah selepas tembakan, di luar trak pikap, kata pegawai penguatkuasa undang-undang negeri dan persekutuan, lapor NBC News.
Escalon ditanya oleh pemberita pada 26 Mei tentang mengapa pegawai tidak dapat menghalang Ramos lebih awal, dan apa yang dilakukan oleh pegawai antara 11:44 dan 12:45. Dia menjawab bahawa dia telah “mengambil kira semua soalan itu” dan berharap untuk memberikan jawapan nanti.
McCraw memberitahu pemberita pada sidang akhbar pada 27 Mei bahawa ia adalah “keputusan yang salah” untuk tidak menghentikan Ramos lebih awal.
Dia berkata bahawa “komander di tempat kejadian pada masa itu percaya bahawa ia telah beralih daripada penembak aktif kepada subjek yang dihalang.”
Dia juga mendedahkan bahawa Ramos memasuki sekolah itu melalui pintu yang dibuka oleh seorang guru beberapa minit sebelum itu.
Identiti mangsa dikenal pasti
Ekoran kejadian tersebut, identiti 21 orang, termasuk 19 kanak-kanak, yang terbunuh dalam kejadian tersebut kini telah dikenal pasti.
Eva Mireles, 44, adalah salah seorang daripada dua guru yang terbunuh dalam kejadian tembakan itu, beritahu ibu saudaranya, Lydia Martinez Delgado, yang bercakap dengan ABC7.
Anak perempuan Mireles, Adalynn, memberi penghormatan kepada ibunya pada pagi Rabu, menulis dalam catatan Twitter: “Ibu saya yang baik, saya akan merindui awak selama-lamanya.”
Xavier Lopez, 10, dikenal pasti sebagai seorang lagi mangsa, kata sepupunya, Lisa Garza, kepada The Associated Press.
“Dia hanya seorang budak kecil berusia 10 tahun yang penyayang, hanya menikmati kehidupan, tidak mengetahui bahawa tragedi ini akan berlaku hari ini,” kata Garza, menurut AP.
Manny Renfro kehilangan cucunya yang berusia 8 tahun, Uziyah Garcia, dalam tembakan itu. “Budak lelaki paling manis yang pernah saya kenali,” kata Renfro. “Saya bukan hanya berkata demikian kerana dia adalah cucu saya.”
(Manny Renfro via AP)
Jailah Silguero, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang turut terbunuh suka merakam video TikTok, kata ibunya, Veronica Luevanos, dalam temu bual dengan Los Angeles Times.
“Dia memberitahu bapanya, ‘bolehkah saya tinggal di rumah?'” beritahu Luevanos kepada pihak Univision. “Saya rasa dia tahu sesuatu akan berlaku.”
Sepupu Jailah juga maut dalam tembakan itu.
(Alexandria Aniyah Rubio’s Family/via REUTERS)
Irma Garcia, seorang lagi guru yang meninggal dunia, dikenang di halaman GoFundMe sebagai ibu kepada empat orang anak.
“Baik, penyayang. Periang dengan memiliki personaliti yang baik,”
“Dia mengorbankan dirinya untuk melindungi kanak-kanak di dalam kelasnya. Dia adalah seorang wira.”
Angel Garza, seorang pembantu perubatan, tiba tidak lama selepas kejadian tembakan dan terus membantu murid yang cedera dan terkejut dengan apa yang berlaku ketika itu.
Seorang kanak-kanak perempuan kelihatan dalam keadaan berlumuran darah dan dia bertanya sama ada dia telah ditembak.
“Saya tidak cedera. Dia menembak kawan baik saya,” kata kanak-kanak perempuan itu. “Dia tidak bernafas. Dia hanya cuba untuk menghubungi polis.”
Dia kemudian memberitahu nama rakannya itu ialah Amerie Jo Garza, yang rupa-rupanya ialah anak tiri kepada Angel Garza.
Amerie adalah seorang kanak-kanak periang yang baru sahaja mendapat telefon bimbit pertamanya pada usia 10 tahun. Dia juga suka melukis dan bermain tanah liat.
(Siria Arizmendi via AP)
Ibu bapa Eliahna Garcia, Stephen Garcia dan Jennifer Lugo, berkata bahawa dia juga meninggal dunia dalam penembakan itu.
Saudara mara Eliahna Garcia berkata, “dia seorang yang sangat periang dan mesra,” kata ibu saudara Eliahna, Siria Arizmendi, seorang guru darjah lima di Sekolah Rendah Flores di daerah yang sama.
Kakak Tess Mata, Faith Mata, mengingati gadis itu dalam catatan Twitter, mengesahkan kematiannya.
“Bidadari saya yang tersayang, awak sangat disayangi,” tulis Faith.
“Saya akan selalu menyayangi awak, semoga sayap awak boleh terbang lebih tinggi daripada impian awak. Sehingga kita bertemu lagi Tess Marie.”
(Tess Mata’s Family/via REUTERS)
Akaun GoFundMe mengatakan bahawa Jayce Luevanos juga adalah salah satu mangsa.
“Keluarga Cardona memohon apa sahaja bantuan dari segi kewangan, untuk perbelanjaan pengebumian, serta doa untuk keluarga mereka,” kata halaman itu.
Eliahana “Elijah” Cruz Torres, 10, menantikan perlawanan bola lisut terakhir pasukannya sebelum kematiannya, menurut ibu saudaranya.
“Saya bercakap dengannya malam tadi,” kata ibu saudaranya kepada KENS-TV, “dan dia agak gugup, mengatakan bahawa itu adalah perlawanan terakhirnya, dan dia tidak mahu bola lisut tamat.”
Claudia Perez Sanchez mengesahkan ahli keluarganya meninggal dunia di media sosial.
“Doakan semua keluarga dan anak-anak. Ini sangat menyayat hati,” katanya. Sanchez mengesahkan Maite juga terbunuh.
Seorang lagi mangsa, Nevaeh Bravo telah disahkan meninggal dunia oleh sepupunya di Twitter, lapor Los Angeles Times.
Adik perempuan Makenna Lee Elrod, Kadence Elizabeth, mengesahkan kematian kanak-kanak itu di Twitter pada hari Selasa.
“Adik perempuan saya akhirnya ditemui di dalam bilik darjah … terima kasih kerana semua orang menghantar kasih sayang mereka kepada keluarga saya dan saya,” tulisnya.
“Apa yang saya mahu ialah anda memeluk orang yang anda sayangi malam ini dan memberitahu mereka bahawa anda mencintai mereka, anda tidak tahu bila anda akan kehilangan peluang itu.”
Rosemarie Ramirez, ibu saudara salah seorang mangsa, memberitahu majalah People bahawa Alithia Ramirez adalah antara mereka yang maut. “Saya mahu keluarga tahu bahawa mereka tidak bersendirian. Kami semua bersedih,” katanya. “Seluruh keluarga saya bersedih.”
“Dia suka melukis,” kata Rosemarie. “Itulah barang terakhir yang dia berikan kepada saya.”
(Charlotte Cuthbertson/The Epoch Times)
Jacinto Cazares, bapa kepada Jackie Cazares yang berusia 10 tahun, mengesahkan bahawa kanak-kanak itu meninggal dunia di dalam kelas pada hari Selasa.
“Anak perempuan saya telah diambil dari kami sekeluarga,” tulis bapa itu secara dalam talian.
Annabell Rodriguez, 10 juga meninggal dunia bersama sepupunya, Jackie Cazares, yang juga berusia 10 tahun, beritahu ibu saudara Annabell, Polly Flores.
Sepupu Miranda Mathis, Deanna Miller mengesahkan kematian gadis berusia 11 tahun itu di media sosial: “Sepupu saya yang baik, kami sangat menyayangi awak, saya minta maaf perkara ini berlaku kepada awak.”
Salvador Ramos, 18, yang merupakan penembak yang bertanggungjawab dalam kejadian dahsyat itu juga meninggal di tempat kejadian.
John Pierce Law telah memfailkan saman terhadap Atlas Air, bagi pihak US Freedom Flyers (USFF) dan pekerja Atlas, dan merancang untuk menyaman semua syarikat penerbangan utama, 18 kesemuanya, serta Federal Aviation Pentadbiran (FAA) dan Jabatan Pengangkutan (DOT) ekoran berpendapat bahawa mandat vaksin yang dikenakan oleh agensi ini ke atas pekerja syarikat penerbangan itu melanggar kebebasan perlembagaan, agama dan perubatan mereka.
REUTERS/Joshua Roberts
Tuntutan mahkamah ke atas Atlas Air telah difailkan di mahkamah persekutuan di Daerah Selatan Florida, dengan lebih 100 plaintif meneruskan litigasi.
Kes ini berikutan pilihan yang diberikan kepada rakyat Amerika- di mana mereka perlu memilih antara pekerjaan yang memerlukan mereka untuk menjalani eksperimen kesihatan yang berbahaya(pdf).
Plaintif untuk kes ini kebanyakannya adalah juruterbang yang tidak divaksin, pramugari, serta kakitangan Atlas yang lain.
Atlas Air merupakan salah satu syarikat pengangkut kargo terbesar dalam industri dan pengendali terbesar pesawat Boeing 747 di dunia.
Firma guaman itu diasaskan oleh Att. John Pierce, yang mengasaskan Kesatuan Undang-Undang Perlembagaan Kebangsaan. Beliau sebelum ini mewakili George Papadopoulos berkaitan dengan “Hoax Rusia” 2016, bagi mendapatkan pengampunan presiden. Dia juga kini mewakili defendan yang didakwa berhubung isu serangan ke atas Capitol pada 6 Januari lalu.
“Aduan telah difailkan. Kami dalam proses berkhidmat untuk semua orang. Kemudian, kami akan melihat kepada beberapa jenis pelepasan injunksi tidak lama lagi untuk memastikan semua mandat berkaitan Covid dihentikan serta-merta.
Dan kemudian kami akan meneruskan litigasi, usul, amalan, dan penemuan dan kemudian seterusnya ke perbicaraan mahkamah,” kata Pierce kepada The Epoch Times.
Minggu ini, John Pierce Law merancang untuk memfailkan satu lagi tuntutan mahkamah terhadap United Airlines.
Mereka mengatakan bahawa mereka akan melihat kesemua tuntutan mengikut urutan termasuk tuntutan ke atas FAA. Selain itu, mereka akan melihat mandat vaksin yang dikenakan yang mana tidak ada dalam perlembagaan. Penemuan tersebut akan diletakkan sebagai diskriminasi di bawah ‘Title Seven’. Ganti rugi kemudiannya akan dituntut kerana sengaja menimbulkan tekanan emosi ekoran arahan (vaksin) yang dikenakan ke atas plaintif.
Syarikat penerbangan, yang merupakan kontraktor kerajaan, terjejas ekoran arahan Presiden Joe Biden pada September tahun lalu yang menyatakan semua pekerja syarikat tersebut perlu divaksin terhadap virus Parti Komunis China.
Pierce berkata sebaik sahaja dia mendengar tentang mandat syarikat penerbangan itu, dia meramalkan bahawa ia akan menjadi gelombang besar litigasi seterusnya.
“[Tuntutan undang-undang ini] sangat penting. Ia adalah garis yang sangat, sangat merah-Jika anda sampai ke tahap di mana anda perlu memilih antara mendapatkan suntikan eksperimen atau gaji anda, itu hanya bukan Amerika, ia tidak berperlembagaan, ia keterlaluan, ia tidak patut.”
Josh Yoder, juruterbang syarikat penerbangan utama dan jurucakap Freedom Flyers yang baru-baru ini menyokong “Konvoi Rakyat” yang diketuai oleh pemandu lori, mengatakan bahawa terdapat gangguan, ancaman, intimidasi, kecederaan vaksin, dan juga “bunuh diri yang telah berlaku ekoran mandat tersebut.”
“Kami tidak melakukan ‘class action’. Kami sedang melakukan litigasi individu. Dan sebab kami melakukannya dengan cara itu adalah kerana begitu ramai orang telah ‘dicederakan’ dan mereka terdedah kepada tahap bahaya yang berbeza.
Ada antara mereka yang menolak vaksin telah diganggu, diancam, dan diugut untuk mendapatkan vaksin. Ada juga yang mendapat vaksin tanpa kerelaan mereka di mana mereka diancaman akan kehilangan pekerjaan mereka,” kata Yoder.
Tidak hanya itu, ada juga antara mereka yang cedera selepas menerima vaksin dan jumlah itu semakin meningkat daripada semasa ke semasa. Antara mereka yang turut menjadi ‘mangsa’ ialah golongan juruterbang sedangkan mereka perlu mengekalkan fizikal penerbangan untuk mengekalkan lesen mereka.
Akhbar Epoch Times baru-baru ini melaporkan bahawa seorang juruterbang American Airlines, salah satu daripada 3 syarikat penerbangan terbesar di AS mengalami serangan jantung antara dua penerbangan, kira-kira 6 minit selepas mendarat.
“Jadi apa yang kita lihat ialah ramai juruterbang mengalami gangguan kesihatan. Khususnya, masalah jantung [adalah] perkara yang sering kita lihat. Dan ramai daripada juruterbang ini takut untuk tampil ke hadapan kerana jika mereka tampil ke hadapan mereka mugnkin akan kehilangan perubatan penerbangan mereka. Jadi mereka terus terbang. Kami mempunyai ramai juruterbang yang terbang dalam keadaan sakit dada dan saraf, kerana jika mereka tampil ke hadapan, mereka kehilangan kerja mereka,” kata Yoder.
Freedom Flyers kini bertindak sebagai kumpulan advokasi antara juruterbang, FAA, dan syarikat untuk membantu mereka tampil ke hadapan dan bersuara.
“Kami mempunyai pasukan profesional perubatan yang boleh membantu mereka, tetapi kami meminta semua orang untuk tampil ke hadapan. Walaupun ia benar-benar boleh memusnahkan kerjaya mereka, kami memerlukan mereka untuk tampil ke hadapan kerana ini berkaitan soal keselamatan orang ramai Amerika,” kata Yoder.
Menurut sekumpulan peguam, doktor dan pakar lain-dan seorang juruterbang yang mengatakan kerjayanya berakhir ekoran kesan buruk daripada vaksin. Hal ini jelas menunjukkan bahawa FAA telah melanggar peraturannya sendiri yang menyatakan juruterbang tidak boleh terbang selepas mengambil ubat-ubatan yang telah diluluskan kurang daripada setahun.
The Epoch Times kini telah menghubungi Atlas Air untuk mendapatkan komen.
Baru-baru ini, DBKL berkongsi hantaran di Facebook yang mendedahkan banjir kilat boleh berlaku apabila longkang, parit dan saliran atau pembetung tersumbat.
Dalam video berdurasi 8 saat yang disertakan sebagai bukti bahawa mereka sentiasa membuat kerja dengan baik, kelihatan pekerja sedang menarik keluar penampakan seperti patung beruang ‘teddy bear’ yang besar dari longkang dan lurang pembetung di Bulatan Merdeka, Kuala Lumpur, yang merupakan kawasan ‘hotspot’ kejadian banjir kilat.
“Kenapa perlu buang di dalam longkang jika tidak diperlukan lagi.. Tong sampah kan ada..,” tulis mereka.
Mereka mengingatkan orang ramai supaya tidak membuang barangan mereka ke dalam longkang terutamanya barangan yang tidak boleh larut kerana boleh menyebabkan longkang tersumbat.
“Bila longkang tersumbat.. Banjir kilat berlaku.. Ramai yang sengsara, mungkin kerugian harta benda lagi.. Jangan salahkan pihak berkuasa tak buat kerja pula nanti..” tambah mereka.
Anak patung mainan itu benar-benar basah kuyup, seolah-olah ia telah tersangkut dalam pembetung untuk sekian lama.
Di ruangan komen, pengguna Facebook kebanyakannya mengucapkan tahniah dan memuji DBKL dan pekerjanya atas usaha gigih mereka dalam memastikan sistem pembetungan di ibu negara diselenggara dengan baik.
“Terbaik DBKL.”
“Syabas DBKL dan terima kasih!”
“Mantap DBKL..”
Beberapa warganet juga menekankan tentang perlunya kesedaran rakyat Malaysia untuk lebih bertanggungjawab dengan cara mereka melupuskan barangan masing-masing kerana membuangnya ke dalam longkang dan parit adalah tindakan yang mementing diri serta sangat tidak bertimbang rasa.
“Adakah ini mentaliti rakyat Malaysia? Mereka ingat apa sahaja yang tidak lagi mahu dibuang ke dalam longkang, sungai atau laut, macam benda itu semua ‘hancur dalam air’ ke?”
“Inilah salah satu sebab kita kerap mengalami banjir sana sini… kerana longkang tersumbat. Tolong, sebelum membuang benda anda.. Fikirlah dulu.. Kesian abang-abang bandaraya ni,” komen seorang warganet.
Antara perkara yang paling memeningkan buat para suri rumah ialah kehadiran kutu beras. Apa yang lebih menyakitkan hati serangga ini sangat mudah untuk membiak. Sekejap sahaja dibiarkan jumlah mereka terus bertambah banyak.
Kehadiran serangga ini sebenarnya boleh membuatkan beras akan menjadi lebih mudah rosak dan nasi yang dimasak pula mudah menjadi basi. Jadi, pelbagai cara dilakukan oleh suri rumah untuk mengatasi masalah ini. Untuk membuang kesemua beras yang ‘diserang’ kutu adalah sebuah pembaziran lebih-lebih lagi jika beras masih baru dibuka.
Antara tips yang paling mudah untuk dilakukan ialah dengan menggunakan bawang putih. Mungkin ramai yang masih tidak tahu akan ‘taktik’ ini tetapi ianya dikatakan sangat berkesan untuk menghalau kutu beras. Percaya atau tidak, hanya dengan menggunakan satu bahan sahaja kutu beras boleh hilang!
Tips tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang memuat naik video tentang cara melakukannya. Menerusi video berkenaan, wanita itu menunjukkan yang mana berasnya telah ‘diserang’ kutu.
Apa yang dilakukan seterusnya ialah dengan mengambil selabu bawang putih dan potongnya di bahagian tengah. Kemudian, letakkan bawang yang dipotong di dalam beras untuk beberapa hari. Kutu beras yang pada mulanya banyak telah hilang begitu sahaja!
Ini membuktikan bahawa selain menggunakan cili kering, kayu manis, daun limau nipis dan jemur beras di bawah panas, bawang putih juga adalah cara paling mudah dan berkesan untuk menghalau kutu beras.
Hal ini kerana kutu beras dikatakan tidak suka pada bau-bauan. Jadi bahan-bahan yang berbau seperti bawang putih boleh digunakan untuk menghalau serangga ini.
Video tular tersebut kini telah ditonton lebih daripada 3.5 juta kali, menerima 177 ribu ‘like’ dan ribuan komen di laman sosial tersebut. Rata-rata netizen berterima kasih kepada wanita itu kerana berkongsi tips tersebut. Tidak hanya itu, ramai juga yang telah mencubanya sendiri dan hasilnya sangat memuaskan hati.