31.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 19, 2025
Utama Blog Laman 150

Kemarau di Eropah memperlihatkan “Batu Kelaparan” dibeberapa sungai di Eropah, memberi amaran petanda buruk bakal berlaku

0

Kemarau terik yang melanda telah mengeringkan sungai-sungai di Eropah, memperlihatkan batu-batu yang diukir berabad-abad lalu sebagai amaran kepada generasi baharu bahawa saat-saat genting akan berlaku tidak lama lagi.

INSIDER

Menurut penduduk tempatan, batu-batu besar yang berusia berkurun lamanya itu dikenali sebagai “batu kelaparan”. Ia muncul semula minggu lalu apabila sungai-sungai di Eropah semakin kering akibat keadaan kemarau seperti yang dilaporkan oleh Miami Herald.

Salah satu batu yang ditemui di tebing Sungai Elbe, adalah batu yang berasal dari Republik Czech yang kemudiannya hanyut hingga ke Jerman. Pada batu besar tersebut terukir tahun 1616 dengan nota amaran dalam bahasa Jerman yang bermaksud, “Jika awak lihat saya, maka menangislah”.

INSIDER

Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Czech pada tahun 2013 menunjukkan batu-batu besar ini adalah “dipahat dengan bertahun-tahun kesusahan dan parap pengarang hilang ditelan sejarah,” sambil menambah bahawa “inskripsi asas memberi amaran berkenaan akibat kemarau”. (rujukan PRPM: parap ialah singkatan tandatangan)

Tambah penyelidik-penyelidik lagi, “ia menunjukkan bahawa kemarau membawa keburukan pada tanaman, kekurangan makanan, harga tinggi dan kebuluran dalam kalangan orang miskin”. Sebelum 1900, bukti kemarau telah berlaku dicatatkan pada batu seperti tahun 1417, 1616, 1707, 1746, 1790, 1800, 1811, 1830, 1842, 1868, 1892 dan 1893.

NPR melaporkan, kali terakhir “tanda-tanda hidrologi” ini muncul ialah semasa kemarau pada tahun 2018.

Namun, menurut Andrea Toreti, seorang penyelidik kanan di Pusat Penyelidikan Bersama Suruhanjaya Eropah, kemarau yang sedang melanda Eropah pada saat ini mungkin merupakan kemarau terburuk dalam masa 500 tahun.

Euronews melaporkan, dalam satu persidangan pada 9 Ogos lalu, Toreti berkata tiada kejadian yang seumpama ini berlaku pada 500 tahun dahulu yang “sama dengan kemarau pada 2018. Tetapi tahun ini, saya jangkakan, ia adalah yang terburuk”. Kata Toreti lagi, terdapat “risiko tinggi akibat keadaan kering” yang akan berterusan untuk tiga bulan lagi.

Satu badan penyelidikan yang sedang berkembang menghubungkan kekerapan dan terik kemarau dengan perubahan iklim. Peningkatan suhu sejagat menyebabkan perubahan dalam mendakan dan peningkatan pengewapan. Menurut Balai Cerap Eropah, 47% kawasan Eropah berada dalam keadaan amaran kemarau, yang bermaksud kekurangan lembapan dalam tanah; 17% lagi berada dalam keadaan berjaga-jaga, yang bermaksud tanam-tanaman mungkin terjejas.

Batu-batu tersebut bukanlah semata-mata tinggalan tersembunyi yang muncul di sungai-sungai di Eropah yang disebabkan kemarau. Perairan yang surut akibat perubahan iklim di Sungai Po di Itali juga turut mendedahkan sejumlah besar khazanah arkeologi.

Kapal karam yang tenggelam pada era Perang Dunia II kelihatan semula pada bulan Jun lalu selepas sungai yang terbesar di negara itu mencapai paras rendah ekoran kemarau terburuk berlaku dalam tempoh 70 tahun. Baru-baru ini, pada akhir Julai, sebanyak 1000 paun bom tinggalan Perang Dunia II kelihatan ketika sungai Itali dilanda kemarau.

Menurut seorang pegawai tempatan kepada Reuters, bom tersebut ditemui oleh nelayan di tebing Sungai Po ekoran penurunan paras air yang disebabkan kemarau. Pakar terpaksa mengeluarkan bom-bom tersebut dengan selamat.

Selain itu, kerajaan Itali mengisytiharkan darurat kemarau di lima wilayah utara, dengan catuan air minuman, pada awal Julai. Trak digunakan untuk membekalkan air ke kampung-kampung di sekitar Tasik Maggiore.

Ketiadaan hujan yang berterusan di rantau ini sejak November lalu telah menyebabkan pengeluaran beras risotto di lembah Po terancam. Lembah Po menyumbang kira-kira 40% daripada keluaran pertanian Itali. Petani telah memberi amaran bahawa hampir 60% daripada tanaman mungkin akan hilang kerana sawah padi kering dan bertukar masin, dengan rekod paras air rendah membolehkan lebih banyak air laut masuk ke delta.

Sementara itu, media tempatan Eropah turut melaporkan sungai-sungai besar di Jerman, Itali dan England seperti Sungai Rhine, Po dan Thames masing-masing surut. Sungai-sungai itu “sangat kering, sangat rendah dan sangat hangat,” yang turut memberi kesan kepada hidupan liar, ekonomi dan manusia.

Paras air di Sungai Rhine adalah separuh daripada kedalaman biasa untuk tahun ini, dengan beberapa bahagian mengalami paras air yang lebih rendah. Ini membuatkan kos penghantaran dengan kapal lima kali lebih mahal kerana kapal kargo terpaksa mengurangkan muatan demi memastikan kapal tidak terdampar di dasar sungai.

Sumber lain mengatakan bahawa Belanda telah mengisytiharkan secara rasmi isu kekurangan air pada minggu lepas. Namun begitu, kerajaan belum memperkenalkan sekatan ke atas penggunaan isi rumah, namun meminta rakyatnya berfikir adakah mereka perlu membasuh kereta atau memenuhkan kolam dengan air.

Para saintis mengatakan bahawa gangguan iklim yang membawa kepada kemarau musim panas akan kerap berlaku di barat Eropah. Ini berikutan keadaan cuaca yang terlalu panas yang sebelum ini berlaku sekali dalam sedekad kini berlaku dua atau tiga tahun sekali. Keadaan ini akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah berjaga-jaga seperti penyekatan aktiviti pelepasan karbon.

MIAMI HERALD
INSIDER

Tuah seorang wanita temui berlian 4.39 karat bernilai RM112,000 ketika sedang mencari kayu api di hutan

0

Genda Bai tidak menyangka akan menemui sebutir batu permata yang berharga selepas keluar ke dalam hutan di India untuk mengumpul kayu api.

Ibu enam anak itu menerima kejutan terbesar seumur hidup apabila menemui berlian yang dianggarkan bernilai AS$25,067 (kira-kira RM112,187) di dalam hutan dan akan menggunakan hasil jualan batu permata itu untuk membaik pulih rumah daifnya dan membiayai perkahwinan anak-anak.

Wanita ini menemui batu berlian pada 27 Julai lalu selepas keluar ke hutan untuk mengumpul kayu api di Kampung Purushottampur di daerah Panna, Madhya Pradesh.

Selepas terkejut dengan penemuannya, Genda Bai segera berlari pulang untuk memberitahu suaminya mengenai batu permata yang belum dapat dipastikan itu.

Pasangan suami isteri itu kemudian telah meminta bantuan seorang pakar berlian yang dikenali sebagai Anupam Singh untuk mengesahkan keaslian berlian tersebut.

Terbukti selepas pemeriksaan lanjut oleh Anupam, batu berlian itu sememangnya berlian asli seberat 4.39 karat dan ia dianggarkan bernilai AS$25,067 (RM122,187).

Berlian itu kini akan dijual pada lelongan berlian akan datang, di mana ia diharapkan akan mendapat jumlah yang besar untuk pembeli yang layak.

Selepas mendapat rezeki terpijak dengan penemuan berlian, wanita ini berkata keadaan rumahnya sangat daif, jadi dia mahu membaik pulihnya dengan wang jualan itu.

Genda Bai juga berharap dapat menggunakan wang hasil jualan berlian itu untuk membantu anak-anaknya.

Wanita ini mempunyai empat anak lelaki dan dua anak perempuan yang sudah cukup umur untuk berkahwin kelak, jadi dia dan suaminya merancang untuk membantu anak-anak mereka dalam melangsungkan perkahwinan.

Dengan jumlah wang yang diterima daripada lelongan berlian itu, Genda Bai berharap ia mencukupi untuk majlis perkahwinan anak-anak dan membina semula rumahnya.

Daerah Panna di Madhya Pradesh dilaporkan amat dikenali dengan perlombongan berlian di India.

Tanam kunyit dan buat sendiri serbuk kunyit di rumah, masakan jadi wangi sedap lain macam

0

Dalam masakan Melayu dan India, bahan penting dalam masakan iaitu kunyit hidup dan kunyit serbuk memang biasa digunakan. 

Tetapi kebiasaannya ramai yang gemar membeli kunyit dalam bentuk serbuk di pasar atau kedai kerana ia lebih mudah dan cepat. 

Tahukah anda serbuk kunyit sebenarnya boleh dibuat sendiri di rumah dan rasanya lebih sedap berbanding beli?

Suez Tiez /Facebook

Menerusi perkongsian Puan Suez Tiez di laman Facebook, mereka yang berminat jom boleh cuba membuat serbuk kunyit sendiri!

Berikut perkongsian Puan Suez Tiez di bawah:

Suez Tiez / Facebook

Beberapa hari lepas saya ada tuai kunyit dan cuba buat serbuk kunyit sendiri. Inilah hasilnya. Dapat la 1 botol serbuk kunyit daripada isi kunyit yang tak seberapa banyak tu.

Warna dan aroma kunyit buatan sendiri lebih terang dan wangi. Yang pasti ia lebih bersih dan bebas bahan pewarna, bebas pengawet dan asli. Tak sabar nak guna untuk masak hari ini.

Suez Tiez / Facebook

Cara-cara penyediaan: 

1. Cuci sebersih-bersihnya kunyit tu guna berus. Tak perlu kupas kulitnya. Kalau guna berus macam berus gigi tu pasti bersih.

Suez Tiez / Facebook

2. Potong nipis-nipis dan jemur kering kan. Saya ambil masa 2 hari saja untuk keringkan sebab panas terik dari pagi sampai petang.

3. Nak cuba keringkan guna oven atau air fryer pun boleh. Ada kawan-kawan kata boleh. Saya lebih suka cara semula jadi.

Suez Tiez / Facebook

4. Selepas kunyit betul-betul kering gunakan pengisar untuk bahan-bahan kering dan kisarkan kunyit tu sampai halus.

Suez Tiez / Facebook

5. Kemudian tapis guna pengayak tepung. Kalau perlu ulang berkali-kali proses-proses ini sampai dapat serbuk kunyit yang dikehendaki.

Suez Tiez / Facebook

Aroma dan rasa makanan memang sedap menggunakan serbuk kunyit buatan sendiri ini. 

Selamat mencuba!

Sepasukan penyelidik FRI Bintawa selamat dan bebaskan yu paus terperangkap dalam pukat kajian tuna

0

Ikan yu paus atau nama saintifiknya Rhincodon typus adalah spesies jerung terbesar, dan sememangnya yang terbesar dalam kalangan mana-mana ikan.

Yu paus boleh ditemui di semua lautan tropika di dunia tetapi penampakannya jarang dilihat, yang menjadikan penemuan dan usaha menyelamatkannya ketika ditemui terperangkap di dalam pukat menjadi luar biasa.

Facebook

Baru-baru ini, sepasukan penyelidik Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) di Bintawa, Kuching, membebaskan seekor ikan yu paus ketika mereka sedang menjalankan kajian di perairan Sarawak.

Insiden berlaku pada 10 Ogos lalu apabila makhluk laut mengagumkan sepanjang 10 meter itu telah tersesat memasuki pukat penyelidik ketika menjalankan kajian Tuna FSI di lokasi kira-kira 50 batu nautika dari Santubong, Sarawak.

Facebook

Sebuah video yang memaparkan usaha menyelamat yu paus itu telah tular di media sosial. 

Rakaman itu menunjukkan dua lelaki di dalam air telah berusaha bersungguh-sungguh dengan memotong pukat mereka menggunakan pisau bagi membebaskan ikan yu paus berkenaan.

Pada satu ketika, salah seorang daripada lelaki itu bahkan memanjat dan duduk di atas ikan yu paus berkenaan untuk mencapai pukat yang dia tidak akan dapat mencapainya jika dia berada di dalam air.

Facebook

World Wildlife Fund (WWF) melaporkan “ikan yu paus sangat berharga tinggi di pasaran antarabangsa.”

“Permintaan untuk daging, sirip dan minyak ikan yu paus kekal menjadi ancaman yang mengerikan kepada spesies itu, terutamanya oleh perikanan yang tidak terkawal,” menurut WWF.

Tahniah kepada pasukan penyelidik FRI kerana mengutamakan kelangsungan hidup yu paus berbanding pekerjaan penting mereka.

Facebook

Rakaman video berkenaan telah mendapat pujian para warganet yang memberi pujian serta ucapan tahniah dan usaha terbaik buat pasukan penyelidik.

Facebook

Penyelidik ini amat bertuah kerana dapat bertemu dan berinteraksi dengan spesies yu paus yang jarang-jarang boleh ditemui.

Facebook

Pasti perasaan bertemu dengan ikan yu paus amat menakjubkan dan tambah bersyukur kerana satu nyawa telah berjaya diselamatkan.

Tonton video di sini.

Abang basikal sporting senyum lebar layankan pelancong dari India minta tolong rakam video rancak menari depan Dataran Lang

0

Ketika banyak negara selama beberapa bulan ini telah membuka semula sempadan untuk pelancong luar, maka ramailah pelancong dari pelbagai negara yang telah datang.

Tidak terkecuali di Malaysia, banyak destinasi pelancongan utama berjaya menarik ramai pelancong dari luar negara datang semula ke negara ini.

TikTok

Antara yang menjadi destinasi terkenal para pelancong ketika berada di Malaysia ialah ke Langkawi di Kedah.

Tular di TikTok baru-baru ini apabila sekumpulan pelancong dari India yang bertandang ke Langkawi, sedang berada di Dataran Lang yang ikonik telah meminta tolong seorang lelaki untuk merakam gambar mereka.

TikTok

Ingatkan mereka meminta merakam gambar yang biasa-biasa, posing serba sedikit gitu-gitu, rupa-rupanya minta tolong abang ni rakam video tarian, tarian rancak macam filem Hindustan dan Tamil tu..

Pengguna TikTok dikenali Nels@__na9403 telah berjaya merakam dan berkongsi gelagat sekumpulan pelancong dari India itu yang seronok sungguh bercuti di Langkawi.

TikTok

Mereka kemudian meminta tolong untuk merakam video. 

Tetapi apa yang menarik perhatian ramai termasuk sekumpulan abang basikal yang turut merakam video ialah mereka tiba-tiba menari cerita Hindustan membuatkan semua orang yang berada di lokasi itu tersenyum lebar dan ketawa.

TikTok

Apa yang lebih menghiburkan sampai buat netizen geli hati ialah lagu latar dalam video TikTok pun macam kena dan seirama je dengan tarian para pelancong dari India itu.

TikTok

Sambil ramai yang memberi reaksi dan komen yang melucukan.

TikTok
TikTok

Video pelancong India menari depan helang berkenaan telah meraih hampir 286,000 tontonan di TikTok.

Tom Holland berehat daripada media sosial demi kesihatan mentalnya

0

Pelakon terkemuka antarabangsa, Tom Holland memutuskan untuk berehat daripada aktif di media sosial lantaran masalah kesihatan mental yang dialaminya. Berita tergempar itu dikongsi sendiri oleh Tom Holland menerusi satu video yang kemudiannya dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad lalu.

Instagram

Bintang filem Spider-Man: Homecoming yang berusia 26 tahun itu mengatakan dia mengambil keputusan sebegitu disebabkan dia terlalu banyak membaca cerita mengenai dirinya sehingga mendatangkan kemudaratan.

“Saya mahu berehat daripada media sosial demi kesihatan mental kerana saya mendapati Instagram dan Twitter mencelarukan minda”.

“Saya terperangkap dan terkeliru apabila saya membaca cerita mengenai diri saya dalam talian dan akhirnya ia memudaratkan keadaan mental saya”.

“Kerana itu, saya memutuskan untuk berundur dan memadamkan aplikasi-aplikasi itu”.

Menerusi video yang sama, Tom Holland turut berkongsi nasihat agar tidak malu untuk mendapatkan nasihat jika ada mana-mana individu lain yang turut mengalami masalah yang sama sepertinya. Katanya, “terdapat stigma buruk terhadap masalah kesihatan mental dan kita tidak perlu malu untuk mendapatkan bantuan”.

Seterusnya, dia bercerita mengenai kerja amal yang dilakukan bersama Stem4, sebuah badan amal kesihatan mental remaja yang berpangkalan di United Kingdom. Badan amal tersebut disokong dan mendapat kerjasama daripada The Brothers Trust.

Instagram

Tom Holland mengakhiri video tersebut dengan memohon orang ramai agar memberi sokongan kepadanya atau sesiapa sahaja yang berada di situasi sepertinya. Sumbangan wang juga turut dialu-alukan demi memastikan aktiviti badan amal dapat terus dijalankan sekali gus memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan bantuan terutama berkenaan kesihatan mental.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada para peminatnya atas kasih sayang yang ditunjukkan kepadanya.

“Saya sayang anda semua dan kita akan bertemu lagi”.

Semoga Tom Holland mendapat ketenangan yang dicarinya dan kembali bersemangat untuk meneruskan kerjayanya.

“Sahabat sejati begini..” Adegan dua rakan rapi tali pinggang dan kemas bersih baju kawan di depan tandas sekolah sentuh hati ramai

0

Keprihatinan dua orang sahabat yang membantu rakan mereka membuka tali pinggang untuk membuang air ketika di hadapan tandas sekolah telah menyentuh hati ramai, dan gambar mereka yang berjaya dirakam seorang guru sekolah di Sarawak ini kini menjadi tular.

Babak menyentuh hati ini dirakamkan oleh seorang guru Sylvester Ronny Pulene di Sekolah Kebangsaan (SK) Sg. Kapit, selepas waktu rehat ketika hendak menuju ke kelas.

“Sempat menyaksikan erti persahabatan yang sebenar, pementas enggau kaban (kasih sayang terhadap sahabat),” tulis Cikgu Sylvester dalan hantarannya di Facebook.

Sylvester Ronny Pulene / Facebook

“Kedua-dua sahabat itu membantu membuka tali pinggang dan apabila selesai, mereka turut merapi dan mengemaskan semula pakaian sekolah kawan itu yang dikenali sebagai J,” kata guru itu.

Selepas itu mereka berpimpin tangan balik ke kelas semula sambil ketawa riang, tulis guru itu yang amat tersentuh hati dalam hantarannya.

Guru ini berkongsi momen itu dengan memuat naik gambar adegan menghangatkan hati sebagai bukti babak persahabatan tulus ikhlas tiga sahabat sejati itu telah benar-benar berlaku.

Kata Cikgu Sylvester dalan hantaran itu, murid J itu merupakan seorang anak murid yang agak istimewa kerana dia mempunyai ramai rakan dan amat disayangi oleh kesemua mereka.

“Dia ini bekas murid saya di prasekolah, Dia masih tidak pandai mengurus diri sendiri. Bahkan semasa di Tahun Satu, dia masih lagi menggunakan pampers. Tapi mungkin hari ini dia tidak pakai pampers,” katanya.

Sylvester Ronny Pulene / Facebook

“Percakapan dia pun tak berapa jelas dan agak perlahan. Namun yang membuatkan saya bangga kerana dia mempunyai ramai kawan di dalam kelas yang cukup prihatin,” tambahnya.

Cikgu Sylvester juga memberitahu, rakan-rakan sekelas J juga sanggup berbaris untuk mengambil makanan RMT untuknya di kantin sekolah.

“J seorang yang sangat peramah walaupun dia agak berbeza dan perlahan dalam kelas. Tetapi pendek kata, semua rakan sekelas dia memberikan perhatian walaupun mereka itu semua baru berusia tujuh tahun,” katanya.

Perkongsian Cikgu Sylvester di Facebook telah menarik perhatian ramai sehingga menjadi tular dengan lebih 9,000 perkongsian dan 15,000 warganet yang suka ketika artikel ini ditulis.

Rata-rata warganet memberi ucapan tahniah kepada para ibu bapa dan guru buat semua murid sekolah terbabit kerana telah berjaya mendidik anak-anak yang masih kecil ini menjadi seorang insan yang baik dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Sylvester Ronny Pulene / Facebook

“Terharu membaca kisah anak-anak murid ini. Nilai seperti inilah yang harus kita kekalkan dan didik dalam diri anak-anak muda generasi sekarang. Tahniah diucapkan kepada ibu bapa dan guru yang telah membesarkan dan mendidik mereka semua dengan betul,” seorang warganet dengan komennya.

“Gembira tengok gambar macam ni..” komen seorang yang lain.

“Akan menjadi kenangan terindah apabila mereka sudah dewasa nanti,” tulis warganet ini.

Pendek kata bertuah adik ini, dia seorang yang peramah dikelilingi ramai kawan yang kesemuanya baik hati, tambah yang paling menyentuh hati apabila kawan-kawan tu menunjukkan sifat sahabat sejati, yang bersedia melindungi dan prihatin bermula sejak kecil. 

Apabila dewasa kelak, sudah pasti anak-anak ini boleh menjadi insan yang hebat, terbaik dan tahniah!

Kajian OECD: Kerap membaca buku sebenar memahirkan kebolehan membaca dua setengah tahun ke hadapan

0

Era digital masa kini memudahkan kanak-kanak membaca melalui internet dan peranti elektronik. Namun, kajian OECD (Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi) di 30 negara mendapati keupayaan membaca yang dibangunkan oleh bacaan elektronik tidak sebaik cara membaca bahan bacaan tradisional menggunakan buku berkertas. 

Mereka mencari cara untuk mengimbangi dua mod membaca dan mengumpul kemahiran membaca dalam kanak-kanak yang berpencapaian tinggi.

Kajian menunjukkan pembacaan elektronik atau e-reading tidak boleh menjadi lebih baik berbanding bacaan tradisional.

Gambar Hiasan/ Pixabay

Bacaan digital mempunyai banyak faedah. E-buku adalah ringan, ringkas, mudah dibawa, bergaya dan nampak lebih hebat, juga membaca dari internet melepasi halangan keupayaan sosial dan ekonomi. Walaupun anda tidak mempunyai wang untuk membeli buku atau mempunyai akses kepada buku kertas, anda masih boleh menyerap banyak ilmu.

Walau bagaimanapun, The Hechinger Report, saluran media pendidikan bebas bukan berasas keuntungan di Amerika Syarikat, melaporkan apabila kami menutup jurang peluang membaca dengan alatan digital, ia membuka satu lagi jurang.

Kerana, menurut analisis laporan OECD, kanak-kanak yang bergantung kepada pembacaan digital tidak pandai membaca seperti cara membaca buku fizikal yang lama.

Sejauh manakah tabiat membaca mempengaruhi pencapaian akademik?

Setiap tiga tahun, OECD menjalankan Penilaian Keupayaan Pelajar Antarabangsa (PISA) untuk lebih 600,000 pelajar di lebih 100 negara di seluruh dunia, dan menjalankan tinjauan tentang tingkah laku pembelajaran dan corak kehidupan sesetengah guru, pelajar dan ibu bapa. Jadi OECD menganalisis kesan elemen ini terhadap pelajar dan juga kesan terhadap pencapaian akademik mereka.

OECD menjalankan penyelidikan mendalam di 30 negara dan membandingkan kanak-kanak berumur 15 tahun yang membaca buku kertas lebih kerap pada ujian bacaan PISA 2018 berbanding kanak-kanak yang jarang membaca atau tidak pernah membaca. 

Malah dalam keluarga yang mempunyai status sosioekonomi yang sama, membaca buku kertas membawa kepada kemahiran membaca yang lebih baik, memperoleh 49 mata lebih tinggi daripada kanak-kanak yang kurang kerap membaca, jurang yang sama dengan kira-kira 2 setengah tahun kemajuan pembelajaran.

Tetapi pelajar yang membaca e-buku lebih kerap daripada buku kertas hanya mendapat 15 mata lebih daripada pelajar yang tidak kerap membaca, jurang yang sama dengan kurang daripada satu tahun kemajuan pembelajaran.

Gambar Hiasan / Pixabay

Remaja yang suka membaca di atas kertas: Internet kebanyakannya untuk mencari maklumat

Walau bagaimanapun, sukar untuk membuat kesimpulan sebab dan akibat seperti ini. Sebagai contoh, jika kanak-kanak yang pandai membaca kebetulan membaca lebih banyak buku kertas, mungkin mereka akan melakukannya dengan baik jika mereka membaca lebih banyak e-buku. Tetapi banyak kajian mendapati terdapat pelbagai faedah membaca lebih banyak buku sebenar setiap hari.

Sebagai contoh, pelajar dibahagikan kepada kumpulan, dan selepas membaca buku berkertas dan versi elektronik, mereka mengambil ujian serta-merta, dan kanak-kanak yang membaca buku sebenar mendapat markah yang lebih tinggi. Di samping itu, kanak-kanak yang biasanya membaca lebih banyak buku kertas tidak akan terjejas gred mereka kerana sama ada mereka sudah biasa dengan e-bacaan dan e-jawapan ketika mengambil peperiksaan yang dikendalikan oleh komputer.

The Hechinger Report juga memetik kajian, serta tingkah laku pelajar yang diuji oleh PISA, untuk meneroka lebih lanjut mengapa. Kanak-kanak yang membaca buku kertas tidak semestinya tidak boleh membaca pada bahan bacaan elektronik, tetapi mempunyai tingkah laku membaca dan konotasi yang berbeza.

Contohnya, bagi kanak-kanak yang gemar membaca buku sebenar, e-bacaan mereka kebanyakannya mencari, bertanya tentang bahan, artikel pendek, berita berkaitan membaca untuk kerja sekolah atau sekadar melayari laman web. Dan apabila mereka ingin membaca, mereka memilih buku kertas.

Ini juga membolehkan mereka membaca secara mendalam dan berterusan tentang sesuatu perkara, melibatkan pemikiran yang lebih mendalam, penumpuan dan kebolehan lain, dan lebih mudah untuk mengingat dan mengesahkan kandungan berulang kali untuk meningkatkan pemahaman.

Gambar oleh Micheal Loccisano/Getty Images

Penemuan PISA juga merentasi sempadan. The Hechinger Report secara khusus menyebut di Asia, di mana kemahiran membaca sudah baik dan pembacaan secara digital adalah perkara biasa, dengan lebih daripada 40% anak-anak di Taiwan, Hong Kong, Malaysia, Thailand, dan Indonesia bergantung pada e-bacaan.

Walau bagaimanapun, di Hong Kong dan Taiwan, jika mereka membaca lebih atau kurang daripada bahan elektronik, prestasi membaca mereka masih lebih baik daripada kanak-kanak yang lebih gemar membaca secara digital, walaupun selepas tidak termasuk faktor latar belakang seperti keluarga pelajar dan status sosioekonomi. 

Hanya kanak-kanak di Indonesia dan Thailand yang terkecuali. Kanak-kanak yang gemar membaca secara digital adalah lebih mahir membaca. Sebabnya tidak diketahui.

Tidak kunyah betul cendawan Enoki sebabkan perut tersumbat teruk lalu doktor ini kata, “Pembedahan tak perlu, hanya pergi beli Coke!”

0

Siapa suka Coke? Bagi kebanyakan orang, ramai yang mempunyai hubungan cinta dan benci dengan Coke. Kerana Coke atau Coca-Cola itu bukanlah minuman yang menyihatkan tetapi kadang-kadang ramai juga yang masih mengidamkannya.

Sungguhpun meminum air Coke secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan, tetapi seorang doktor yang berpangkalan di Johor Bahru telah memuat naik satu hantaran di media sosial yang berkongsi pengalaman seorang pesakit wanita, yang bertuah kerana tidak perlu menjalani pembedahan selepas meminum Coke sebagai cara rawatannya.

Gambar Hiasan / Pixabay

Akhirnya, sebab yang sah untuk minum Coke telah dijumpai!

Doktor Chee Fah Chia telah berkongsi di Facebook beberapa bulan lalu mengenai kes seorang pesakitnya berusia 35 tahun, yang telah menelan cendawan Enoki tanpa mengunyah dengan betul sehingga mengakibatkan halangan gastrousus.

Tetapi, akhirnya beliau mendedahkan pesakit itu berjaya meleraikan penyumbatan dalam ususnya dengan meminum Coke!

Chee Fah Chia / Facebook

Hantaran Dr Chee Fah Chia adalah seperti berikut:

Alkisah Coke

Wanita berusia 35 tahun mengalami sakit perut yang teruk, walaupun selepas menelan ubat penahan sakit yang paling kuat (NSAID dan  Morphine). Ubat penahan sakit itu hanya berjaya melegakan kesakitannya selama beberapa jam dan kesakitannya berulang semula selepas itu.

Kami melakukan imbasan dan mendapati ususnya tersumbat teruk. Selepas disoal lebih lanjut, dia memberitahu kami yang dia sedang menikmati masakan Korea dengan makan cukup banyak cendawan Enoki. Katanya, dia tidak mengunyahnya dan hanya terus menelan. Jadi, puncanya ialah cendawan Enoki!

Gambar Hiasan / Pixabay

Dalam keadaan ini, biasanya saya akan menasihati pesakit untuk menjalani pembedahan invasif. Tetapi, yang ini saya hanya memintanya untuk membeli Coke sebagai gantinya. Dua hari kemudian, ususnya dibersihkan dan dia kembali pulih dengan sepenuhnya seperti sedia kala. 

Syukurlah! Hantaran Dr Chee telah mendapat pelbagai reaksi dan komen pengguna Facebook:

Sesetengahnya baru mengetahui melalui hantaran itu tidak mengunyah cendawan Enoki dengan betul boleh menyebabkan halangan gastrousus/ gastric phytobezoar sehingga menyebabkan perut tersumbat. 

Doktor itu menjelaskan, situasi seperti ini biasanya berlaku kepada warga emas atau mereka yang menggunakan gigi palsu. Jarang berlaku kepada orang muda.

Gambar Hiasan / Pixabay

“Saya baru sahaja hendak memasukkan cendawan Enoki saya untuk steamboat semasa membaca hantaran anda,” komen seorang netizen.

“Oh tidak! Harga cendawan Enoki akan turun dan harga saham Coca-Cola mungkin akan meningkat..” tulis seorang lagi.

Gambar Hiasan / Pixabay

Manakala seorang yang lain mengingatkan semua, tidak semua syarat sakit perut boleh dengan hanya meminum Coke sebagai cara untuk melarutkan sumbatan usus itu, terutamanya bagi mereka yang mempunyai penyakit batu karang, anda mungkin lebih memburukkan lagi keadaan.

Apa-apa pun, yang penting anda perlu mendapatkan nasihat doktor yang pakar di hospital apabila mengalami kesakitan yang teruk. Minum Coke ini hanya sebagai salah satu cara rawatan selepas mendapat nasihat doktor.

“Buta hurufkah?” Pengunjung pusat beli-belah tidak endah papan tanda dan rosakkan model Lego cetus kemarahan warganet

0

Baru-baru ini, Sunway Carnival Mall telah membina model Lego “I Love Sunway Carnival Mall” di tengah-tengah pusat membeli-belah itu untuk pengunjung dan pelanggan mengambil gambar, sambil notis “Jangan bersandar dan mengalihkan blok Lego” juga diletakkan. 

Tetapi masih terdapat sebilangan besar pengunjung yang menganggap dekorasi blok kreatif Lego itu sebagai taman hiburan Lego, lalu mereka membongkar model Lego asal seperti bermain permainan di rumah sendiri.

Instagram

Beberapa warganet telah memuat naik di media sosial gambar para pengunjung berkenaan yang menganggap lokasi meletakkan dekorasi itu sebagai taman hiburan Lego. Boleh dilihat bukan sahaja terdapat kanak-kanak yang bermain, malahan orang dewasa juga membongkar dan membina semula blok Lego.

Sambil sesetengah orang dewasa yang lain berdiri dan membiarkan anak-anak mereka berseronok bermain di tempat kejadian, yang mencetuskan kemarahan ramai warganet.

Facebook

Difahamkan model kreatif Lego itu adalah sebahagian daripada acara “Snap & Win” di Sunway Carnival Mall baru-baru ini, bagi membolehkan pelanggan memuat naik gambar mereka di hadapan blok Lego itu dengan perkataan pada model, dan penganjur akan memilih dalam kalangan peserta acara tersebut untuk mengumumkan pemenang.

Ia disusun sebagai dekorasi pameran dan tujuan acara bagi membolehkan pelanggan mengambil gambar.

Acara itu bermula pada 13 Ogos lalu dan model itu diletakkan di tengah-tengah dataran pusat beli-belah bagi membolehkan pelanggan mengambil gambar pada hari itu. Bagaimanapun, seseorang menunjukkan di Facebook pada petang itu yang segelintir pengunjung telah mengabaikan papan notis pihak pengurusan dan mengalihkan Lego itu sendiri. Model itu dibongkar dan dimainkan sehingga berserakan serta dialihkan.

Facebook

“Model Lego pada asalnya digunakan oleh mall untuk publisiti dan hadiah, tetapi anda lihat orang-orang ini. Saya sangat kasihan dengan kakitangan, yang terpaksa membina Lego itu kembali kepada bentuk asal selepas waktu bekerja..” kecam pengguna Facebook itu.

Kalangan warganet juga menegaskan pihak pengurusan telah meletakkan notis di laman web “Jangan bersandar, alih atau pindahkan model Lego”, tetapi masih terdapat ramai orang yang “buta huruf” dan menganggap model Lego itu sebagai taman hiburan Lego.

Facebook

Walau bagaimanapun, sesetengah warganet membuat spekulasi mungkin seseorang mengalihkan blok Lego dari awal, dan orang lain mengikutinya atas sebab yang tidak diketahui, dan akhirnya berkembang menjadi sebegini rupa.

Sementara yang lain berkata model itu diletakkan di tengah-tengah pusat beli-belah dengan tulisan yang jelas dan ia juga bukan taman permainan, tambah lagi dengan terdapatnya papan tanda notis seperti itu, sesiapa yang agak waras akan tahu itu bukan tempat bermain, jadi mereka berasa tidak faham dengan sikap orang-orang seperti ini.

Instagram

Lebih mengecewakan, ada kalangan warganet yang mencemuh dan menuduh perilaku mereka yang bermain Lego dan tidak faham bahasa itu adalah daripada golongan B40.

Dilaporkan kakitangan pusat membeli-belah berkenaan kemudian membina kembali Lego kepada keadaan asal dan meletak penanda serta penghadang mengelilingi dekorasi Lego itu bagi menghalang orang ramai daripada mendekati untuk menyentuh, tetapi sekadar tujuan bergambar.