31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 20, 2025
Utama Blog Laman 130

Suami lebihkan hobi bela ikan hiasan berbanding jaga rumah tangga, isteri nekad goreng 80 ikan Discus berharga sebuah kereta

0

Sepatutnya pasangan suami isteri perlu sentiasa menyokong hobi masing-masing, tetapi jika hobi itu boleh mengganggu gugat kebahagiaan rumah tangga pun tidak boleh juga.

Alkisahnya berlaku di Indonesia apabila seorang isteri mula bengang dengan hobi suaminya yang agak taksub ketika membela ikan hiasan spesies Discus.

Pada satu hari, tahap kesabarannya tidak boleh dibendung lagi lantas dia telah nekad melakukan satu kerja gila, yang mana telah menggoreng kesemua ikan hiasan yang mahal itu.

TikTok

Dalam satu rakaman video TikTok yang tular dengan lebih 30 juta tontonan, pengguna TikTok @bunga_bungaa meluahkan rasa tidak puas hati dengan suaminya yang mendahulukan keperluan ikan-ikan hiasan itu berbanding dirinya.

“Semua ini gara-gara ikan, apa-apa sahaja asyik cakap pasal ikan.. Semalam keluar di mall pun rancangan batal cari makanan ikan. Jadi kita goreng semua ikan ini. Sekarang apa lagi, makan itu ikan..” kata isteri ini yang geram dengan hobi terlebih prihatin suaminya.

TikTok

Isteri ini memang serius menggoreng sejumlah 80 ekor ikan hiasan mahal jenis Discus yang pada awalnya berada teramat cantik dan indah di dalam akuarium di rumah mereka.

Kemudian Puan Bunga menunjukkan hasil masakan ikan gorengnya yang nampak cantik dan enak serta rangup di luar.

TikTok

“Hanya digoreng kosong tetapi nampak enak, nanti suami balik makan ikanlah,” katanya.

Kesemua ikan Discus yang sudah siap digoreng kosong nampak gaya macam ikan goreng kunyit walaupun tidak dilumur dengan kunyit. Kasihan pun ada dengan ikan ini tetapi hendak buat macam mana sebab hati tengah panas, maka ikan-ikan itulah yang menjadi sasaran.

TikTok

Difahamkan harga ikan Discus boleh mencecah sehingga ribuan ringgit mengikut saiz, corak dan spesiesnya yang unik.

Kesemua 80 ekor ikan hiasan yang sudah digoreng itu boleh menyamai harga sebuah kereta.

TikTok

Sudah tentulah si suami agak kecewa dan mula merajuk apabila mendapat tahu nasib 80 ekor ikan kesayangannya berakhir di dalam kuali.

Namun, kemarahannya dengan isteri tersayang yang cantik jelita itu tidak bertahan lama kerana pada keesokan harinya mereka telah berbaik semula dengan segera.

Dan kehidupan diteruskan bagai tiada apa seperti biasa.

Pilihan Editor:

Berjaya tangkap ikan raksasa Arapaima di tasik Puchong, lelaki ini dakwa ia hasil tangkapan kedua dalam masa 2 minggu tetapi lebih kecil

0

Arapaima merupakan salah satu ikan air tawar terbesar di dunia. Ia boleh membesar sehingga 4.6 meter panjang dan berat sehingga 200 kilogram.

Beberapa hari lalu, seorang lelaki menarik perhatian kalangan warganet apabila memuat naik video dia memancing dan menangkap seekor ikan Arapaima di sebuah tasik di Puchong.

Dalam gambar yang tular, lelaki itu yang dikenali Aimran Syahmi dilihat memeluk tangkapan seekor ikan Arapaima yang sebesar badannya di Facebook. Terdapat juga video dia bergelut dalam tangkapan besarnya itu.

Facebook

“Ini adalah yang kecil. Malah ada yang lebih besar,” dakwanya ketika menjawab komen warganet yang menyatakan rasa kagum dengan saiz besar ikan raksasa itu.

Tidak menghairankan apabila tangkapan besar Aimran mendapat perhatian ramai, tetapi apa yang menghairankan bagaimana ikan besar itu boleh berada di dalam tasik di Puchong kerana Arapaima adalah spesies ikan asing invasif yang memusnahkan ekosistem sungai dan tasik, yang bukan habitat asalnya.

Facebook

Jabatan Perikanan Malaysia mengklasifikasikan Arapaima sebagai salah satu ikan invasif yang mengancam ekosistem sungai dan meminta orang ramai agar tidak melepaskan sebarang ikan Arapaima ke perairan awam dan melupuskannya jika ditangkap.

Ini kerana Arapaima merupakan ikan pemangsa yang memakan semua jenis ikan asli dan boleh membesar dengan cepat, justeru mudah menjadi dominan di habitatnya, menurut National Geographic.

Facebook

Berasal dari Amerika Selatan, spesies ikan ini mula diperkenalkan di Thailand sebagai ‘sport fishing’ ekoran ikan itu mampu membesar dengan pantas berbanding spesies ikan lain dan turut diimport (secara haram) ke Malaysia bagi tujuan itu.

Arapaima merupakan spesies ikan larangan import di bawah Akta Perikanan 1985.

Facebook

Adalah menyalahi undang-undang apabila seseorang menyimpan dan memelihara ikan ini, yang jika sabit kesalahan tertuduh boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun, mengikut Peraturan-peraturan Perikanan (Larangan import dan sebagainya bagi ikan) (Pindaan 2011).

Tonton video di sini.

Pilihan Editor:

Petani pasang perangkap tetapi akhirnya berkawan baik dengan ‘pencuri’ yang mencuri tanaman di kebunnya

0

Pada tahun 2019, Permar menyedari terdapat bekas gigitan besar pada tanaman di kebunnya. Lalu dia memasang kamera pengesan gerakan di kebun untuk memerangkap pencuri. Dia berhasil mengesan gerangan pencuri tersebut. Ketika itu, pencuri bukan sahaja sedang mencuri sayur-sayurannya tetapi tanpa disedari, telah mencuri hatinya!.

“Saya tak pernah melihat marmot seperti ini,” kata Jeff Permar si petani tatkala melihat tanaman di kebunnya dicuri dan dimakan marmot. Pada mulanya dia menyangka haiwan daripada kumpulan tupai itu akan menyusahkan hidupnya tetapi pertemuan tersebut telah menjadikan mereka kawan baik.

“Tidak dapat dinafikan lagi bahawa marmot ini muncul di hadapan kamera,” kata Permar. Permar terhibur melihat riak wajah marmot yang berbangga diri seakan mengatakan, “Ya, saya sedang makan sayuran awak, apa awak nak buat?”

Permar memuat naik video tersebut di media sosial, dan dalam sekelip mata menarik perhatian peminat marmot dari serata pelusuk dunia. Peminat dari New Zealand, Korea Selatan dan Philadelphia berkongsi rakaman video ‘makan seperti marmot makan’ dengan menyertai cabaran #ChunkChallenge.

Menurut Permar, dia sudah menganggap marmot yang diberi nama Chunk itu sebahagian daripada ahli keluarganya. Kisah Chunk tidak berakhir walaupun ia berhibernasi.

Pada tahun 2020, selepas berhibernasi Chunk menambah ahli keluarga, ‘isteri dan tiga ekor anak-anak’. Peminat mengundi beberapa nama. Maka, berbahagialah Permar bersama Chunk, Nibbles, Nugget, Chip dan Chibbles. Hingga tahun 2021 menjelma, Chunk sekeluarga masih berhibernasi.

Menurut Permar, kehadiran Chunk membawa perubahan dalam hidupnya. Dia menjadi seorang yang begitu penyayang terhadap haiwan. Dia pasti peminat Chunk juga merasakan hal yang sama.

“Mereka hanya mencuba untuk meneruskan hidup”, kata Permar mengenai marmot. “Dan jika saya mampu menyara mereka, itulah yang akan saya lakukan.”

Fakta mengenai marmot yang tidak ramai tahu:

  1. Marmot ialah sejenis tikus tetapi berkait rapat dengan tupai. Mereka menganggapnya sebagai ‘tupai tanah gergasi’. Stam Zervanos, pesara profesor biologi yang telah menjalankan penyelidikan meluas mengenai marmot berkata, marmot boleh ditemui dari utara Alabama hingga ke utara Kanada dan juga di Alaska.
  2. Marmot mampu membina lubang sedalam 66 kaki panjang dengan beberapa ruang dan pintu keluar. Menurut Zervanos, di lubang tersebut marmot berhibernasi dan di dalam lubang yang sama mereka membina ruang seperti rumah musim panas di mana mereka boleh keluar masuk dengan lebih mudah. Malah ruang khas untuk membuang najis juga ada yang dikenali sebagai bilik mandi.
  3. Petani menganggap marmot sebagai haiwan perosak. Ini kerana marmot hanya makan sayuran yang berkualiti sahaja.
  4. Marmot berhibernasi selama lebih kurang tiga bulan. Namun, biarpun cuaca di luar masih sejuk, marmot jantan akan bangun lebih awal untuk mula mencari pasangan.

Pilihan Editor:

Anjing malas tarik perhatian enggan berganjak ketika perarakan tentera berlangsung, berbaring yakin tidak akan dipijak

0

Negara Greece sememangnya terkenal dengan warganya yang santai dan ia termasuk haiwan di sana seperti anjing ini, yang mana dia tidak peduli apa-apa ketika menemui tempat melepaknya.

Anjing malas ini nampaknya tidak terganggu dengan latihan tentera yang sedang berlangsung ketika dia dengan selamba menyelitkan dirinya di kalangan tentera yang sedang berarak dalam satu acara di Thessaloniki, Greece.

Newsner.com/Facebook

Video melucukan yang dirakam pada 27 Oktober menunjukkan anjing itu berjalan-jalan di tengah-tengah perbarisan tentera Greece dan berbaring dengan selambanya.

Newsner.com/Facebook

“Ini tempat biasa saya berbaring dan tidur, mengapa pula saya yang kena pergi?” katanya dalam hati sambil berbaring untuk mencuri perhatian.

Newsner.com/Facebook

Anjing yang kelihatan tidak terganggu oleh pasukan tentera yang sedang memainkan pancaragam dengan bunyi bising trompet dan drum sambil formasi mereka berarak penuh disiplin.

Newsner.com/Facebook

Dan anjing itu terus kelihatan berbaring dan tidur dengan selambanya di atas jalan raya yang disaksikan khalayak awam.

Newsner.com/Facebook

Video itu menunjukkan beberapa anggota tentera yang berarak dalam perbarisan terpaksa melangkah anjing ini dan dia pula terus berada di situ enggan berganjak seperti tiada apa.

Newsner.com/Facebook

Tetamu kehormat yang kehadirannya tidak diundang dan tidak pula dijangka.

Newsner.com/Facebook

Jadi jangan sesiapa pun mempertikai kerana dia akan terus berkata, “Sayalah bintang sebenar dalam acara ini!”

Tonton video di sini.

Pilihan Editor:

Beruang hitam memecah masuk laman dan bergurau senda dengan anjing pengawal, namun pemilik anjing pula yang gementar

0

Bolehkah beruang dan anjing berkawan? Seekor beruang hitam memecah masuk ke laman sebuah rumah. Beruang itu dilihat begitu gembira berkejaran dan bergurau senda dengan anjing pengawal German shepherd. Namun dari kejauhan pemilik anjing tersebut sebenarnya sedang gementar.

Media luar negeri melaporkan bahawa pada suatu hari Jenn Sargent, seorang wanita di Vermont, USA yang sedang memasak di rumahnya ketika itu menerima panggilan kecemasan daripada jirannya.

Jirannya yang tergamam dengan kejadian di depan matanya itu terus memberitahu Jenn bahawa seekor beruang hitam telah memecah masuk ke laman Jenn. Lebih mengejutkan lagi adalah beruang tersebut dilihat sedang bermain dengan anjing peliharaan Jenn yang dipanggil “Jameson”.

Dengan pantas, Jenn terus melihat rakaman daripada kamera litar tertutup. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat beruang hitam yang besar sedang berlari-lari dengan anjing pengawalnya. Peliknya, kedua-dua haiwan tersebut bukannya bergaduh, tetapi bermain bersama.

Jenn melihat Jameson menggerak-gerakkan ekornya tanda gembira sambil berlari mengelilingi beruang hitam tersebut. Haiwan-haiwan itu dilihat berkejaran dengan begitu riang sekali seolah-olah sudah lama kenal.

Beruang hitam itu dianggarkan seberat 70 kilogram. Dengan saiz dan berat seperti itu pasti sedikit sebanyak menggugat ketenteraman manusia dan haiwan lain, namun tiada perkara buruk yang berlaku. Bukan sahaja tidak mencederakan anjing pengawal itu, bahkan beruang berkenaan juga tidak merosakkan harta benda mahupun tumbuh-tumbuhan di laman tersebut.

Menurut Jenn ibu kepada dua orang cahaya mata itu, perkara yang lebih mengejutkannya ialah tindak-tanduk Jameson yang dilihat begitu mesra dengan beruang tersebut. Ini kerana selama ini, anjingnya itu tidak mesra dengan manusia lain. Malah Jameson cukup serius mengawasi rumah, jadi dia berasa pelik tatkala melihat telatah anjing peliharaannya yang cukup mesra itu dengan beruang berkenaan.

Melihat kembali rakaman tersebut, Jenn terhibur dan dalam masa yang sama berasa lega kerana tiada yang cedera baik anjingnya mahupun beruang.

Jenn juga bersyukur kerana pada waktu itu anak-anaknya tidak bermain di luar rumah. Ini kerana, beruang memang berkeliaran di kawasan perumahan mereka tetapi tidaklah seberani dan semesra itu.

Pilihan Editor:

Kren digunakan untuk menaikkan bendera kempen jatuh di laluan pasar awam

0

Pengunjung pasar terkejut apabila mereka terserempak dengan kren yang tumbang berhampiran pasar awam Chai Leng Park di Butterworth, Pulau Pinang. 

Seorang pelanggan pasar yang hanya mahu dikenali sebagai Subra, menggelengkan kepalanya sambil melihat struktur yang tumbang itu.

“Saya seorang jurutera awam dan untuk pengetahuan, anda tidak sepatutnya menggunakan mesin seperti ini.

“Apabila ia dipanjangkan sepenuhnya dan dicondongkan pada satu sudut, benda ini tidak boleh dibiarkan tanpa pengawasan, terutamanya tidak dalam sekelip mata. Angin kencang dan permukaan meletak kenderaan tidak stabil mungkin menyebabkan ia hilang imbangan dan terbalik,” katanya.

Gambar oleh The Star

Subra menambah, apabila dibiarkan bengkok selama berjam-jam, lengan hidraulik kren juga boleh kehilangan kuasa secara beransur-ansur, menyebabkan sudut senget menjadi melampau sehingga pusat graviti lori akan beralih terlalu jauh.

Kren baldi itu yang digunakan untuk mengibarkan bendera Pakatan Harapan, tumbang dan terhumban ke jalan raya.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada awal pagi kira-kira jam 2 pagi, 5 November lalu dan mujur tiada kerosakan harta benda serta kemalangan jiwa dilaporkan.

Pengunjung pasar yang tiba untuk menyaksikan apa yang sepatutnya menjadi paparan menakjubkan sebaliknya disambut oleh kren yang menghumban bumi, dengan bahagian belakang kenderaan itu yang terangkat dari atas jalan raya.

Untuk memasuki kawasan pasar, orang awam terpaksa berjalan di bawah lengan kren manakala peniaga terus mengendalikan gerai mereka di sepanjang struktur tumbang, melangkaui kira-kira 10 meter.

Calon parlimen MCA Batu Kawan Datuk Tan Lee Huat menerima panggilan awal pagi mengenai kejadian itu dan melawat tapak insiden tersebut.

“Parti tidak sepatutnya mula berkempen dengan logo mereka pada bendera sebelum hari penamaan calon,” katanya.

“Namun, kebimbangan lebih besar adalah keselamatan orang ramai semasa berkempen. Memasang kren mudah alih seperti ini amat berbahaya terutama ramai orang yang berjalan dan melalui di bawahnya,” tambahnya.

Gambar oleh Sin Chew Daily

“Walaupun tiada siapa yang tercedera, kami amat tidak menggalakkan mana-mana pihak berkempen dengan kaedah yang boleh membahayakan rakyat. Kami mahu berkhidmat kepada mereka yang mengundi kami, bukan meletakkan mereka dalam risiko,” kata Tan.

Ahli Majlis Bandaraya Seberang Prai P. David Marshel, yang merupakan pengarah kempen DAP Batu Kawan, menafikan sebarang penglibatan parti itu dalam insiden kren berkenaan.

“Ini tiada kaitan dengan kami. Penyokong kami membinanya atas inisiatif sendiri dan mereka bukan ahli DAP mahupun ahli mana-mana parti.

“Bahkan bendera yang digunakan bukan milik kami,” katanya.

Semasa Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018, penyokong parti telah mendirikan “kereta kebal mini” yang serupa di tempat yang sama.

Pilihan Editor:

Kucing yang mengantuk ini bengang dengan telatah tuannya, “nak cakar, tapi sabar!”

0

Seorang lelaki cukup menguji kesabaran seekor kucing yang mengantuk apabila dia dengan sengaja menyanyikan lagu kuat-kuat. Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik akaun bernama MCMC di Facebook, dilihat kucing yang matanya terpejam itu sedang baring di sebelah seorang lelaki. Nampaknya kucing itu hendak tidur. Namun apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut membuatkan kucing berkenaan berasa bengang.

Pada mulanya lelaki tersebut turut sama menyanyikan lagu yang berkumandang di radio dengan nada rendah. Namun melihatkan tiada tindak balas daripada kucingnya, dia meninggikan sedikit nada suaranya. Kucing tersebut terus memandang tepat ke arahnya. Lelaki itu merendahkan nada suaranya dan kucingnya kembali menutup mata.

Lelaki itu menyanyikan lagi lagu tersebut dengan nada perlahan dan tinggi. Apabila dia menyanyi dengan nada tinggi, kucing yang mengantuk itu bangun dan mengagah untuk mencakar. Lelaki itu terdiam. Kucing yang mengantuk itu kemudiannya beralih tidur dan membelakangkan tuannya.

Nampaknya lelaki tersebut masih belum puas lagi mengganggu tidur kucing peliharaannya itu. Sesekali dia akan meninggikan nada suaranya dan membuatkan kucingnya membuka mata semula.

Kucing itu dilihat hampir hilang sabar tetapi masih tidak mencakar tuannya. Renungan mata dan sedikit agahan hanya untuk menakut-nakutkan tuannya itu dengan harapan tuannya itu berhenti mengganggu tidurnya.

Lelaki itu berhenti menyanyi apabila dia melihat kucingnya lebih agresif. Mungkin kesabaran kucingnya semakin menipis tetapi tidak bertindak ganas. Namun dia bimbang juga jika kucingnya itu benar-benar akan mencakarnya.

Lelaki itu berterusan mengusik kucingnya dan akhirnya kucing tersebut hilang sabar. Kucing itu menggigit manja siku tuannya.

Lelaki berkenaan terjerit kecil. Walaupun berasa sakit tetapi nampaknya dia begitu puas kerana dapat mengusik kucingnya itu.

Kepada pemilik kucing di luar sana, pernahkah anda melakukan hal yang sama seperti lelaki tersebut? Jika pernah, apakah tindak balas kucing anda? Sudilah kiranya anda berkongsi pengalaman anda di ruangan komen.

Tonton video telatah kucing dan tuannya itu di sini:

Kakanta lang ming eh 🫣 Ctto. | Kakanta lang ming eh 🫣 Ctto. | By MCMC | Facebook

Pilihan Editor:

Anak didenda kerana memakai kasut ‘velcro’, bapa mempertimbang ambil tindakan undang-undang

0

Bapa kepada pelajar berusia 13 tahun, yang mendakwa didenda melutut kerana memakai kasut jenis ‘velcro’ atau kasut berpelekat tanpa bertali ke sekolah di Tasek Gelugor, berkata pihak berkuasa cuba ‘menutup’ isu itu.

Bapa R Mogan, 38 tahun mendakwa pegawai di Jabatan Pendidikan Daerah Kepala Batas mengugut anak perempuannya untuk menafikan seorang guru wanita telah memaksanya melutut dalam perhimpunan di atas permukaan jalan tar dengan tangan terangkat kerana memakai kasut jenis berpelekat dan bukannya bertali, Malaysiakini melaporkan.

Gambar oleh Malaysiakini

Dalam insiden yang berlaku pada 1 November lalu, pelajar Tingkatan Satu itu turut mendakwa dia diarahkan oleh guru terbabit untuk menanggalkan pottu (titik hitam), serta memadam vibuthi (tanda putih) di dahinya. Pelajar itu juga mendakwa guru itu memotong tali suci di tangannya.

Kejadian itu telah membuatkan pelajar berkenaan menjadi tertekan dan dia tidak mahu kembali ke sekolah selepas dimalukan di hadapan semua orang.

Remaja itu telah membuat laporan polis berkenaan insiden dan disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Radzi Ahmad, lapor Bernama.

Beliau juga mengesahkan menerima satu lagi laporan polis yang dibuat oleh guru wanita yang terbabit bagi menafikan semua dakwaan ke atasnya.

Kata Radzi, berdasarkan keterangan awal saksi, mereka mendakwa tidak nampak pelajar Tingkatan Satu itu didenda melutut dalam perhimpunan.

Gambar oleh FMT

Menjawab kenyataan Radzi itu, Mogan mempertahankan anak perempuannya dengan berkata tidak ada sebab untuk pelajar Tingkatan Satu itu mengada-adakan cerita yang telah menyebabkan dia menjadi trauma.

“Saya percaya semua yang diceritakan oleh anak perempuan saya. Saya menyokongnya. Dia tidak gila untuk mereka-reka cerita sebegitu. Malangnya, dia diperlakukan untuk kelihatan seperti itu,” katanya kepada New Straits Times.

Mogan menambah anak perempuannya baru sahaja dipindahkan ke sekolah itu tiga minggu lalu dan dia tidak menentang guru itu, atau sesiapa pun dalam perkara itu, untuk membuat cerita sedemikian.

Bapa ini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap guru dan sekolah terbabit dengan berkata, “Saya akan berusaha sedaya upaya untuk berjuang demi anak perempuan saya.”

“Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak sekolah, guru terbabit, jabatan pendidikan daerah dan negeri atas hukuman yang memalukan anak perempuan saya,” tambahnya.

Mogan yang sebelum ini bekerja sebagai jurutera dan kehilangan pekerjaan sejak dua tahun lalu akibat pandemik dan kini bekerja sebagai rider Foodpanda berkata, dia hanya mahu keadilan ditegakkan kerana merasakan anak perempuannya menerima hukuman secara tidak adil dan ‘tidak masuk akal’.

Gambar Hiasan oleh Marshmallow Kids

Menurut Mogan, jika Jabatan Pendidikan negeri dan daerah bersikap serius, mereka sepatutnya menggantung guru itu sementara menunggu siasatan, tetapi sebaliknya semua orang menyalahkan anak perempuannya.

“Memang benar apa yang anak saya katakan yang saya tidak mampu untuk membeli kasut sekolah baru yang bertali kerana saya belum dapat gaji saya ketika itu. Juga, adakah salah memakai kasut hitam berpelekat ke sekolah? Adakah terdapat sebarang pekeliling yang mengatakan yang kasut sedemikian tidak dibenarkan atau adakah ia ditetapkan oleh orang tertentu?” soalnya.

Sementara itu, polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian kaum.

Pilihan Editor:

Ibu tunggal rider Foodpanda tiada pilihan bawa bersama anak OKU ketika bekerja, buat hati jadi pilu

0

Kehidupan itu tidak selalu seperti berjalan di taman yang indah. Bagi sesetengah orang, ketidakpastian masa depan menjadi satu perjuangan dan rencah kehidupan yang perlu diteruskan setiap hari. Seperti ibu tunggal ini yang tidak mempunyai pilihan selain terus bekerja keras berbanding orang lain demi membesarkan anak perempuannya yang mengalami buta kekal.

Baru-baru ini, tular di media sosial dengan perkongsian imej menyayat hati memaparkan rider penghantaran makanan Foodpanda yang dalam perjalanan menghantar makanan di sekitar Jalan Pantai Murni, Kuala Lumpur sambil membawa seorang kanak-kanak dalam pelukannya.

Kanak-kanak itu kelihatan berada dalam keadaan selamat bersama ibunya, amat menyentuh hati sesiapa sahaja yang memerhatikannya.

Facebook

Gambar itu memaparkan rider penghantaran Foodpanda yang merupakan seorang ibu tunggal Azimah Abd Rahim berusia 37 tahun. Anak perempuannya, Nur Ainul Zahirah berusia 6 tahun seorang OKU mengalami buta kekal, lapor Utusan Malaysia.

Satu gambar menyatakan seribu perkara, dan hanya Tuhan mengetahui apa yang ibu tunggal ini alami setiap hari ketika mencari rezeki bersama anaknya demi meneruskan kehidupan. 

Ia tidak mengambil masa lama untuk gambar itu menjadi tular di Facebook dan platform media sosial lain yang berkongsi semula imej berkenaan, di mana ramai yang mendapati ia menyayat hati namun amat mengagumkan pada masa yang sama.

Gambar oleh mStar

“Rezeki halal.. Ada orang guna cara mudah dengan hidup meminta-minta. Tabik hormat dan kagum, semoga Allah memudahkan urusannya dan sentiasa dimurahkan rezeki.”

“Tengah kerja teringat anak-anak di rumah. Kita balik saja mereka serbu menumpang kasih. Adik ini sentiasa dalam pelukan si ibu. Semoga dalam rahmat Allah sentiasa.”

“Rasa sedih sangat, sebab bawa anak cari rezeki berpanas berhujan. Semoga dipermudahkan segala urusan.”

“Sangat menyentuh hati. Kasih ibu sanggup berkorban apa sahaja untuk anaknya. Bukan mudah hidup sebagai ibu tunggal.”

Gambar oleh Utusan Malaysia

Menurut Azimah kepada Utusan Malaysia, dia tiada pilihan lain sebagai ibu tunggal yang terpaksa membawa anak OKU ke mana-mana sepanjang bekerja sebagai penghantar makanan.

Katanya, anaknya bukan sahaja buta malahan seorang yang hiperaktif, jadi mencari seorang pengasuh yang sanggup menjaga anak istimewa ini bukan satu perkara yang mudah.

Ekoran fobia melihat kesan lebam pada badan anaknya ketika pernah meninggalkannya untuk dijaga pengasuh, Azimah mengambil keputusan untuk membawanya bersama ketika bekerja.

Katanya, selagi ada kudrat, dia akan membawa anaknya ke mana sahaja walaupun pernah dimarah pelanggan kerana lewat menghantar makanan.

Facebook

“Setiap hari saya akan buat 25 sehingga 30 trip penghantaran makanan, dan sepanjang tempoh itu, Nur Ainul Zahirah akan berada bersama saya,” katanya.

Azimah memberitahu dia menghantar anaknya ke Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) untuk menjalani terapi pada setiap pagi sehingga jam 12 tengah hari dan selepas mengambilnya, dia akan meneruskan kerja sehingga jam 6 petang bersama anak itu.

Sementara itu, Ustaz Ebit Lew telah menghadiahkan sebuah kereta untuk memudahkan urusan Azimah bekerja menghantar makanan dan barangan serta membawa anaknya dalam keadaan yang lebih selesa.

Betapa kuat dan tabahnya hati ibu ini melalui liku-liku kehidupan demi membesarkan anaknya.

Pilihan Editor:

Bapa diselaputi jelaga arang batu tidak mengecewakan anak lelakinya sebagai penyokong bola keranjang bersama sebaik syif kerja berakhir

0

Seorang bapa berdedikasi yang bekerja sebagai pelombong arang batu di Kentucky dilihat berada dalam kalangan penyokong permainan bola keranjang bersama anak lelakinya, masih memakai pakaian kerja yang berjelaga. Gambar menyentuh hati yang kini menjadi tular.

Pada 22 Oktober, Micheal Joe McGuire menghadiri permainan bola keranjang lelaki tahunan Blue-White Universiti Kentucky di Arena Wayarles Appalachian bersama isterinya, Mollie dan anak lelaki mereka. Permainan itu merupakan satu acara mengutip dana yang diadakan untuk mangsa yang telah terjejas banjir di timur Kentucky.

Facebook

Salah seorang penonton, Sue Kinneer, terserempak dengan Micheal, lelaki comot berjelaga tetapi amat mulia hatinya yang duduk di bangku penonton dengan pakaian kerjanya, lantas merakam satu gambar dan berkongsinya di Facebook.

“Saya tidak tahu siapa lelaki ini tetapi saya akan mengundi untuknya sebagai ‘bapa terbaik tahun ini’,” tulisnya. “Dia jelas baru selesai dari bekerja dan membawa anak lelakinya terus ke permainan Blue-White!”

Gambar itu kemudiannya dikongsi oleh jurulatih bola keranjang Universiti Kentucky John Calipari. Sempena meraikan etika kerja dan nilai kekeluargaan Micheal, dia menulis: “Impian keluarga saya di Amerika bermula di lombong arang batu Clarksburg, WV, jadi gambar ini sungguh tepat mewakilinya… Saya mempunyai tiket untuk dia dan keluarganya di Rupp untuk dilayan sebagai VIP!”

Gambar ihsan Mollie McGuire / Facebook

Keluarga McGuires rupa-rupanya sudah biasa bergelut antara pekerjaan Micheal dan masa bersama keluarga. Tiga hari selepas permainan, Mollie menggunakan laman Facebooknya sendiri untuk menjawab perhatian media.

Mollie dalam hantarannya, “Kami sama seperti keluarga lain di Eastern KY, ini adalah petang dan malam biasa buat kami bila mana kami telah mempunyai rancangan tetapi dia terpaksa bekerja lewat.”

Suaminya bekerja di Excel Mining sehingga jam 5 petang dan permainan bermula pada jam 6 petang, kata Mollie. Tetapi Micheal, yang sering kehilangan acara itu kerana kerja, menelefon terlebih dahulu untuk memberitahu isteri dan anaknya yang dia tidak akan mengecewakan mereka dan akan bertemu di gelanggang itu.

Gambar ihsan Mollie McGuire / Facebook

“Suami saya memilih pekerjaan ini untuk menyara keluarga kami supaya saya boleh berada di rumah untuk membesarkan anak-anak kami yang hebat. Jadi, jika ada sebarang peluang, dia akan kata dia boleh berada di sana, tidak kira betapa penat atau kotornya dia,” kata Mollie.

Tidak pernah terlintas di fikiran Mollie mahupun Micheal bahawa ketika sedang menghadiri permainan itu dalam pakaian seragam akan menarik perhatian ramai.

Mereka sekeluarga berterima kasih atas rasa kasih sayang, perhatian dan sokongan untuk Micheal, juga buat seluruh pelombong arang batu di mana sahaja mereka berada. Pasti akan terdapat ‘pelbagai memori’ bermakna semasa kunjungan VIP mereka di Rupp Arena kelak, kata Mollie McGuire.

Pilihan Editor: