26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 9, 2022

INSPIRASI ANDA SETIAP HARI

UtamaGaya HidupHapuskan semua lipas yang bersembunyi dalam kereta anda, lelaki ini kongsikan petua...

Hapuskan semua lipas yang bersembunyi dalam kereta anda, lelaki ini kongsikan petua guna Fumakilla Vape

Rasanya ramai yang suka makan dalam kereta walaupun tahu perbuatan itu akan mengundang haiwan perosak seperti lipas dan semut, malahan cicak pun boleh ada.

Tetapi tidak mengapa, seorang pengguna Facebook telah menemui cara mudah untuk menyingkirkan pendatang tanpa izin ini jika anda mendapati mereka telah menjadi parasit di dalam kereta.

Pengguna Facebook dikenali Khushairi Borhanudin berkongsi petua dalam laman kumpulan ‘Tukang Apa Hari Ini’ dengan berkata percubaannya untuk menyingkirkan anak-beranak lipas yang berada dalam keretanya telah terbukti berjaya.

Senjata pilihannya yang paling mujarab adalah semburan penghalau serangga dikenali Fumakilla Vape.

Facebook

Dalam hantaran di Facebook, Khushairi berkongsi anak-anaknya sering menumpahkan makanan dan minuman di dalam kereta.

Lama kelamaan, katanya walaupun sudah dibersihkan, tempat duduk dan lantai dalam keretanya yang beradun sebati dengan pelbagai kesan makanan telah menarik banyak lipas.

Jadi suatu hari, dia pergi ke kedai serbaneka untuk membeli Fumikilla Vape itu, yang sebenarnya untuk membunuh nyamuk, tetapi boleh juga membunuh lipas dengan harga tidaklah mahal cuma RM7.90 sahaja.

Khushairi berkata agar semburan itu terbukti berkesan, dia memberikan petuanya iaitu sembur di bawah semua tempat duduk kereta dan menutup semua pintu semalaman.

Gambar Hiasan / Pixabay

Lakukan tindakan membasmi pada waktu malam sebelum tidur.

Dan begitu sahaja, katanya dia boleh mengutip semua lipas mati yang bersembunyi di dalam keretanya dari lantai pada keesokan harinya dengan rasa amat berpuas hati.

Khushairi menjelaskan kepada beberapa pengguna Facebook yang ingin tahu, lipas-lipas akan merayap keluar dari tempat persembunyiannya semalaman dan mati di hadapan mata, jadi mudah untuk membuangnya dengan cara ini.

Khushairi juga berkata lipas akan mati bersama secara “sekeluarga”, jadi anda tidak perlu bersusah-susah mencari mereka.

Facebook

Tambahnya, semburan itu tidak meninggalkan bau kuat dalam keretanya, kerana ia berbau oren dan tidak terlalu kuat, tetapi dia menasihatkan mereka yang mencuba di rumah perlu membuka semua pintu kereta bagi memberi pengudaraan baik, untuk lebih selamat.

Beberapa pengguna Facebook lain turut memberikan komen mereka mengenai semburan itu, yang menyokong petua berguna hasil perkongsian Khushairi.

“Memang bagus Fumakilla Vape ni. Saya sembur 3 hari berturut-turut. Selepas itu, kereta saya bersih tiada lagi lipas..”

“Ya, memang berkesan sangat. Kalau ada semut pun boleh mati semua..”

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

TREN TERKINI