26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 24, 2021
Utama Gaya Hidup Kantoi hisap ‘vape’ depan isteri, telatah pasangan ini buat netizen terbahak. “Tidur...

Kantoi hisap ‘vape’ depan isteri, telatah pasangan ini buat netizen terbahak. “Tidur luar hari ini..”

Pastinya setiap pasangan yang berkahwin mahukan kemanisan berpanjangan dalam melayari bahtera rumah tangga yang dibina bukan?

Tambahan pula, hubungan antara suami isteri tentu akan menjadi lebih erat jika perkahwinan turut diceriakan dengan gurau senda.

Baru-baru ini, tular satu video memperlihatkan keletah pasangan suami isteri yang berjaya mencuit hati warganet.

Pada video tersebut, sang suami difahamkan telah ‘terkantoi’ menghisap rokok elektronik, apabila isterinya tiba-tiba muncul.

Suami yang ‘ketakutan’ kemudiannya menjelaskan bahawa rokok elektronik itu milik rakannya yang merakamkan video itu.

“Kau buat, memang kau tidur luar hari ini”, balas si isteri yang seterusnya bergurau dengan gerakan seakan mahu menggunting tangan suami yang memegang rokok elektronik terbabit.

Lebih melucukan, telinga lelaki terbabit seakan turut dipiat isterinya. Insiden lucu itu kemudian disambut dengan gelak tawa rakannya.

Sungguhpun begitu, si isteri selepas itu kelihatan sempat lagi bergelak ketawa menandakan bahawa ianya adalah satu gurauan dan hiburan semata-mata.

Mahu lari ya?

Seram juga bukan? Sempat pula sang isteri mencapai paip ‘polyethylene’ untuk menakutkan suami..

Jadi buat para lelaki di luar sana, janganlah berani untuk menghisap rokok di hadapan isteri masing-masing ya, terutamanya jika ia dilakukan sorok-sorok.

Jika tidak, hadap sahajalah ‘hukuman’..

Tonton video di sini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

TREN TERKINI