26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 17, 2022

INSPIRASI ANDA SETIAP HARI

UtamaGaya HidupHabis seluruh muka dan badan menjadi hitam kerana dakwat, rupa-rupanya kanak-kanak ini...

Habis seluruh muka dan badan menjadi hitam kerana dakwat, rupa-rupanya kanak-kanak ini mahu tiru rupa emoji

Kanak-kanak adalah antara golongan yang mudah terpengaruh. Kalau boleh apa sahaja yang mereka tonton pasti mereka mahu menirunya. Buktinya, masih ramai kanak-kanak permpuan suka memakai gaun Elsa seperti di dalam animasi Frozen.

Oleh kerana terpengaruh selepas melihat sebuah emoji seorang kanak-kanak telah ‘memandikan’ dirinya dengan dakwat berwarna hitam.

Kisah lucu tersebut telah diceritakan oleh ibu kepada kanak-kanak itu di laman Facebook miliknya.

Bersama status tersebut turut disertakan dengan video jelas yang menunjukkan si kecil itu berlumuran dengan dakwat berwarna hitam. Bayangkan hanya kerana ingin menjadi seperti emoji, si kecil ini sanggup bermandi dengan dakwat. Semua sanggup dilakukan asalkan dia boleh menjadi seperti emoji tersebut!

Sehingga kini video tersebut telah meraih perhatian umum dengan tontonan lebih daripada 6.8 juta kali di laman sosial itu.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

TREN TERKINI