33.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaInspirasiAir sirap tetamu ‘dirampas’ si Oyen bertuah. Siap celup, cicah tangan buat...

Air sirap tetamu ‘dirampas’ si Oyen bertuah. Siap celup, cicah tangan buat macam air sendiri

Oyen, si kucing jingga sememangnya amat terkenal dengan perangai dan tabiat unik berbanding kucing berwarna yang lain.

Ada sahaja keletah mereka yang menghiburkan hari-hari kita dan tentunya setiap gerak geri mereka mendapat perhatian ramai.

Baru-baru ini, seekor lagi Oyen mencuri perhatian wargamaya apabila bertindak mencelup tangannya ke dalam segelas air sirap.

Jika sebelum ini ada mitos mengatakan bahawa kucing takut akan air bewarna merah, ia nampaknya tidak tepat.

Si Oyen ini sebaliknya dengans santai menikmati air sirap terbabit, hingga mencelupkan tangannya beberapa kali ke dalam gelas berkenaan!

“Orang punyai air kau kebas Mint. Dahaga ke Mint? Nanti minum air kosong balik eh”, ujar tuannya kepada si Oyen bernama Mint berkenaan.

Walaupun disapa oleh tuannya, Mint langsung tidak mengendahkan. “Ya Allah Mint, tak habis lagi? Sampai tumpah ni”, bebel tuannya lagi.

Beberapa kucing yang lain tidaklah mengikuti jejak langkah Mint. Mereka berkelakuan normal sahaja. Mungkin disebabkan mereka bukanlah Oyen..

Bertuah betul si Mint ini ya? Air tetamu pun selamba sahaja dicelup dan dicicahnya.

Menurut sumber, kucing sebenarnya tidak mempunyai kemampuan untuk merasa makanan yang manis, sebaliknya memiliki kemampuan besar untuk mengesan rasa pahit.

Jadi si Mint ini tidak rasa apa-apalah pada air sirap itu bukan?  Sengaja mahu raih perhatian tetamulah nampaknya..

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI