Mengenai kami

Kebebasan akhbar dan kemanusiaan merupakan teras Era Baru (Epoch Times); permulaan kami lahir daripada keperluan kritikal untuk menyiarkan berita yang tidak ditapis kepada mereka yang dibelenggu propaganda dan penapisan di China.

Selepas menyaksikan peristiwa seperti Dataran Tiananmen dan penindasan kumpulan spiritual Falun Gong, sekumpulan orang Cina-Amerika mula menerbitkan Era Baru dalam bahasa Cina di Amerika Syarikat walaupun perbuatan mereka ini berisiko tinggi dan mengancam keselamatan diri dan keluarga mereka. Sesetengah wartawan di China telah dipenjarakan dan sesetengah telah diseksa.

Integriti dan kejujuran dalam melaporkan berita berserta cerita-cerita yang signifikan ialah asas Era Baru.

Edisi bahasa Inggeris yang pertama dilancarkan atas talian pada tahun 2003 diikuti edisi cetak pada tahun 2004. Titik permulaan kami telah menanam sebuah komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam kalangan kakitangan Era Baru terhadap kewartawanan objektif dan amalan perniagaan yang bertanggung jawab selain rasa hormat untuk hak asasi manusia dan kebebasan.

Misi kami

Era Baru merupakan suara bebas dalam media cetak dan media dalam talian. Kami melaporkan berita secara bertanggung jawab dan jujur agar para pembaca dapat meningkatkan kualiti kehidupan mereka di samping meningkatkan pemahaman dan rasa hormat mereka terhadap jiran-jiran sebelah rumah serta di seluruh dunia. Pendekatan dan kandungan kami menegakkan nilai, hak dan kebebasan manusia sejagat. Kami merupakan perniagaan yang mendahulukan kepentingan pembaca dalam segala perkara yang dilakukan.

Siapakah Kami

Epoch Times ialah sebuah syarikat media berita persendirian. Jaringan wartawan tempatan kami di seluruh dunia mendedahkan cerita tempatan yang bukan sahaja sahih tetapi juga relevan pada peringkat global. Kebebasan kami membolehkan kami melaporkan berita secara meluas dan membentangkan pelbagai pendapat.

Tujuan Kami

Kini, dunia kian cepat berubah maka orang ramai kian memerlukan maklumat yang boleh dipercayai untuk memahami kejadian-kejadian dunia dan trend global. Kami berusaha untuk mendatangkan impak positif kepada hidup orang ramai dengan membantu mereka untuk memahami dunia dan diri serta menghormati dan menghargai satu sama lain. Kami melaporkan berita dan pendapat ekslusif.

Satu kekuatan istimewa Era Baru ialah liputan kami terhadap China. Kini, dunia semakin menoleh ke arah China, negara gergasi yang mengalami perubahan yang besar. Ahli-ahli perniagaan, pemimpin-pemimpin politik dan warga dunia ingin memahami situasi di China dengan lebih terperinci. Kami mampu menyediakan cerita yang diperoleh daripada sumber yang kredible yang tidak dimiliki oleh orang lain melalui kewartawanan asli edisi bahasa Cina Era Baru.

Nilai-nilai Kami

Salah satu hak asasi seorang manusia ialah hak untuk didengar. Kami menegakkan dan mempertahankan kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun. Kami juga merupakan penyokong kuat kebebasan kepercayaan dan hak asasi manusia untuk semua.

Kami ingin bersuara untuk mereka yang ditindas dan tidak dapat bersuara untuk diri sendiri. Kami berbicara kepada mereka yang berada dalam konflik dengan menonjolkan kemanusiaan yang dikongsi bersama dan rasa bertimbang rasa yang boleh membantu mereka untuk benar-benar menghormati hak orang lain.

Kami bekerja untuk menceritakan kisah-kisah kehidupan harian pada zaman ini bukan atas dasar sensasi tetapi perkara yang mempunyai signifikan yang berpanjangan. Kami berpandangan jauh terhadap sejarah dan masa depan kemanusiaan.

Sejarah Kami

Edisi bahasa Inggeris Era Baru dilancarkan pada September 2003 atas talian dan pada Ogos 2004 sebagai akhbar bercetak di New York. Akhbar ini memenuhi keperluan untuk berita yang dilaporkan dan diterbitkan secara bebas serta mendedahkan cerita-cerita yang bermakna kepada orang ramai. Era Baru berkhidmat untuk ramai pembaca di seluruh pelosok dunia bukan sahaja dalam bahasa Inggeris bahkan dalam bahasa-bahasa lain.

Penerbitan Epoch Times bahasa Cina bermula sebagai tindak balas terhadap keperluan yang semakin bertambah untuk liputan peristiwa yang tidak ditapis di China. Surat khabar pertama diterbitkan di New York pada May 2000 dengan pelancaraan laman sesawangnya pada Ogos 2000 diikuti edisi tempatan yang diterbitkan oleh biro serantau tidak lama kemudian. Hal ini menjadikan Epoch Times surat khabar bahasa Cina yang paling besar di luar Tanah Besar China dan Taiwan.

Jangkauan Kami

Terbitan kami adalah dalam 21 bahasa dan dalam 35 negara, melangkaui lima benua. Kami berasa bangga untuk menawarkan edisi cetakan dan atas talian dalam bahasa Cina, Inggeris, Jerman, Perancis, Sepanyol, Ibrani, Rusia, Jepun, Korea dan Indonesia di samping edisi atas talian bagi bahasa Ukraine, Bulgaria, Romania, Czech, Slovak, Vietnam, Sweden, Turki, Portugis, Itali dan Parsi.

Era Baru akan terus mengembangkan liputan berita dan pengedaran surat khabar ke lebih banyak kawasan dengan edisi dalam lebih banyak bahasa. Kami bersikap optimistik tentang masa hadapan kami. Lihat kami berkembang!