30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaNasionalBedah siasat mengesahkan Ganapathy meninggal dunia akibat kecederaan pada kaki dan bahu...

Bedah siasat mengesahkan Ganapathy meninggal dunia akibat kecederaan pada kaki dan bahu – Peguam

Hasil bedah siasat mengesahkan bahawa mangsa dalam tahanan lokap, A Ganapathy meninggal dunia akibat kecederaan parah di kaki dan bahu, kata peguam keluarganya K Ganesh.

K Ganesh memberitahu Malaysiakini pada 29 April, bahawa seorang doktor dari Jabatan Patologi Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini memaklumkan kepada keluarga si mati mengenai hasil bedah siasat.

“Kami diberitahu Ganapathy meninggal dunia akibat kecederaan parah di kakinya,” kata Ganesh.

Peguam itu menambah keluarga Ganapathy hadir di hospital ketika pegawai hospital mendedahkan hasil penemuan bedah siasat.

Twitter

“Autopsi dilakukan selama lapan jam pada hari kematiannya. Hari ini, kami diberitahu mengenai penemuan itu tetapi belum menerima laporan,” kongsi Ganesh.

“Sekarang OCPD (ketua polisi daerah) perlu bergerak (untuk menyiasat kes) seperti yang dijanjikan,” katanya.

Ganapathy meninggal dunia pada 18 April setelah ditahan dan dimasukkan ke Hospital Selayang selama lebih sebulan setelah dibebaskan oleh pihak polis.

Mangsa menghabiskan tempoh 12 hari dalam tahanan polis bermula 24 Februari hingga 8 Mac sebelum dia dimasukkan ke hospital.

Peniaga susu lembu berusia 40 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan atas tuduhan jenayah saudaranya. Mahkamah mengeluarkan perintah reman 13 hari, tetapi mendiang dibebaskan sehari sebelumnya.

Ayah Ganapathy berkata anaknya dibebaskan daripada sebarang kesalahan sebelum dihantar ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang untuk menjalani rawatan.

The Malaysian Insight melaporkan bahawa keluarga Ganapathy hanya dibenarkan menemuinya setelah dia dibebaskan.

Semasa dalam tahanan, adik perempuannya membawa ubat untuk Ganapathy di pusat tahanan, tetapi dia dilarang berjumpa dengan abangnya.

Walaupun si mati mempunyai sejarah diabetes dan masalah jantung, keluarganya mendakwa dia berada dalam keadaan sihat sebelum tangkapan.

Ibu Ganapathy, S Thanaletchumy, mendakwa anaknya memberitahu pihak polis telah memukulnya dengan hos getah semasa berada dalam tahanan polis.

Tambahnya, kesihatan Ganapathy merosot semasa dalam tahanan, mengakibatkan kakinya membengkak dan lebam seolah-olah dia telah dipukul.

Namun, pihak hospital mengatakan kaki Ganapathy harus menjalani amputasi kerana dia disahkan mengalami masalah buah pinggang.

Ganapathy meninggalkan dua anak, berusia lima dan tujuh tahun.

Sementara itu, polis memberitahu keluarga bahawa kecederaan parah Ganapathy adalah disebabkan oleh terjatuh dari motosikal.

“Pada mulanya, Ganapathy mengatakan kepada majistret bahawa kakinya sakit dan mahkamah mengarahkan pihak polis untuk membawanya ke hospital,” kata Ganesh kepada The Malaysian Insight.

“Dia berada di sana selama beberapa jam dan kemudian dibawa kembali ke dalam tahanan polis, dan setelah dipukul beberapa kali, mangsa dibawa semula ke hospital.”

“Ini berlaku dua kali,” kata peguam itu.

Twitter

Ganapathy dibawa ke hospital pada 28 Februari, 3 Mac, 6 Mac, dan 7 Mac.

Keluarga Ganapathy akan menyaman pihak polis dan Hospital Selayang atas tuduhan membunuh.

Ganesh berkata, keluarga itu mahu menyaman pihak yang terbabit atas dakwaan kecuaian yang menyebabkan kematian Ganapathy.

Peguam keluarga juga berpendapat bahawa hospital juga harus dipersalahkan kerana gagal merawat pelanggannya.

Menurutnya, para doktor seharusnya masuk campur dan meminta polis membenarkan Ganapathy untuk terus berada di hospital bagi tujuan pemantauan kerana keadaan kesihatannya yang serius.

Berikutan berita kematian Ganapathy yang didakwa atas kekejaman polis, beberapa kumpulan hak asasi, badan bukan kerajaan (NGO), dan pemimpin politik telah menyatakan keprihatinan mereka.

Antaranya ialah 18 organisasi kumpulan pemuda, yang telah berkumpul untuk membuat kenyataan bersama, mendesak kerajaan untuk memperkenalkan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang lengkap dan menyeluruh.

Mereka juga mendesak kerajaan untuk melancarkan siasatan secara umum di atas kematian Ganapathy dan mewujudkan lembaga siasatan penyalahgunaan kuasa polis.

“Memandangkan dakwaan berterusan mengenai salah laku dan penyalahgunaan kuasa polis dalam tahanan, kami menegaskan komitmen kami terhadap kedaulatan undang-undang ke atas pemeliharaan hak dan perlindungan dalam perlembagaan,” kenyataan itu memetik yang ditandatangani oleh The Noeo Project dan Undi18, antaranya.

“Antara tahun 2002 dan 2016, terdapat 257 kematian dalam tahanan polis seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Namun, peratusan kematian minoriti India hampir lapan kali jumlah populasi mereka di Malaysia. Ini membawa kepada kesimpulan yang jelas bahawa perlindungan di bawah undang-undang, terutama sebagai kelompok marginal, telah terhakis ekoran kurangnya badan bebas yang komprehensif untuk menyemak dan menyiasat salah laku polis,” tambah kenyataan itu.

Mengulas mengenai isu ini, Anggota Parlimen Batu, P Prabakaran berkata pihak polis perlu memberi penjelasan yang telus kepada orang awam, sambil menambah bahawa kronologi peristiwa itu mesti ditunjukkan tanpa sebarang perkara untuk disembunyikan, lapor The Malaysian Insight.

Prabakaran juga meminta polis untuk mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di mana Ganapathy ditahan.

“Kerajaan terdahulu sebelum ini pada 23 September 2019, telah bersetuju untuk memperuntukkan RM73 juta bagi tujuan pemasangan CCTV di semua lokap polis, seperti yang diumumkan oleh menteri undang-undang de facto Liew Vui Keong, tetapi apa yang terjadi kepada projek itu?” soal Prabakaran.

“Adakah keadaan Ganapathy akan didedahkan melalui rakaman CCTV di lokap itu?” soalnya lagi.

@AmnestyMy/Twitter

Selain itu, Timbalan Presiden MIC M Saravanan berkata beliau akan bercakap dengan Ketua Polis Negara (IGP) dan Menteri Dalam Negeri untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan kes itu, lapor Malaysiakini.

Saravanan, yang juga Menteri Sumber Manusia, berkata beliau akan membawa perkara itu ke dalam Kabinet untuk dibincangkan.

Mendiang Ganapathy telah ditahan untuk membantu siasatan kes yang melibatkan rompakan gudang tilam, rampasan kenderaan, pergaduhan, dan kurungan secara salah.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI