34.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaGaya HidupLebihan makanan dimasak hanya boleh disimpan di peti sejuk dalam masa 4...

Lebihan makanan dimasak hanya boleh disimpan di peti sejuk dalam masa 4 hari sahaja, dalam ruangan sejuk beku sehingga 3 bulan

Kita biasa menyimpan lebihan makanan sudah dimasak yang tidak habis dimakan di dalam peti sejuk. Ini demi mengelakkan pembaziran kerana jika ia dimasak dengan elok, makanan itu masih boleh dipanaskan dan dimakan semula. 

Namun mungkin ramai yang tidak menyedari bahaya menyimpan lebihan makanan yang telah dimasak untuk tempoh yang terlalu lama.

Public Health Malaysia berkongsi di Facebook dengan menyarankan lebihan makanan yang sudah dimasak hanya boleh disimpan di peti sejuk dalam tempoh 4 hari sahaja.

Facebook

Ini kerana makanan tersebut akan mula rosak jika disimpan untuk tempoh yang lebih lama.

Manakala makanan berkuah dinasihatkan untuk disimpan untuk tempoh maksima 3 hari. Ini kerana bakteria masih boleh membiak dalam suhu sejuk walaupun makanan berada di dalam peti sejuk.

Namun begitu, jika anda masih mahu menyimpan lebihan makanan untuk tempoh yang lebih lama, anda boleh menyimpan makanan di bahagian sejuk beku. Tetapi tempoh baik yang ditetapkan adalah dalam masa dua hingga ke tiga bulan sahaja. Tidak boleh lebih daripada tempoh itu.

Selain itu, bagi makanan dalam tin, pengguna perlu memerhatikan tarikh luput dan keadaan tin simpanan yang selamat digunakan. Pastikan ia tidak berkarat dan tidak berlekuk tanda telah tercemar.

Gambar Hiasan /Unsplash

Sebaiknya keluarkan dahulu makanan itu dan alihkan serta simpan dalam bekas bertutup kedap udara yang lain untuk lebih selamat digunakan dan dimakan.

Public Health Malaysia juga menasihatkan orang ramai yang biasa menyimpan sisa makanan terlalu lama supaya membuangnya dan membersihkan ruangan peti sejuk masing-masing dengan baik.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI