26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaGaya HidupTidak mampu beli belon untuk sambut ulang tahun bapa, adik-beradik ini gantung...

Tidak mampu beli belon untuk sambut ulang tahun bapa, adik-beradik ini gantung plastik yang bertulis ‘Happy Birthday Papa’

Antara hari paling istimewa yang sering ditunggu-tunggu ialah hari ulang tahun. Buat sesetengah orang mereka sangat menanti hari jadi mereka saban tahun. Terkadang bukan hadiah mahal yang ditunggu tetapi apa yang penting hari istimewa itu diraikan bersama tersayang.

Baru-baru ini, gambar beberapa orang kanak-kanak yang sedang mempersiapkan kejutan ulang tahun untuk bapa mereka tular di media sosial.

Seorang pengguna Facebook, Melody Silang, berkongsi beberapa keping gambar anak-anak kecil itu yang sedang sibuk menyediakan kejutan untuk ulang tahun buat ayah mereka. Ketika itu ayah mereka masih belum pulang dari kerja.

Kelihatan anak-anak kecil itu menggunakan beberapa beg plastik dan digantung seolah-olah seperti belon yang biasa digunakan. Pada plastik tersebut juga ada tulisan tangan yang berbunyi, “Happy Birthday Papa.”

Status tersebut telah menyentuh hati ramai pengguna Facebook. Apa yang mereka lakukan jelas menunjukkan bahawa walaupun mereka tiada wang untuk membeli belon, atau mengadakan majlis sambutan hari jadi tetapi apa yang penting ialah kasih sayang mereka buat bapa mereka. Mereka tetap berusaha untuk melakukan yang terbaik.

Pasti bapa mereka sangat gembira dan bahagia dengan kejutan yang paling manis itu!

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI