Eropah, GLOBAL, VIDEO

Yang pertama dari Asia! Sepakan percuma Faiz melakar sejarah dunia

Yang pertama dari Asia! Sepakan percuma Faiz melakar sejarah dunia

ZURICH– Mohd Faiz Subri telah melakar sejarah di dalam arena bola sepak antarabangsa apabila menjadi pemain pertama dari benua Asia yang meraih Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 hari ini.

Anugerah Puskas dinamakan sempena nama bintang lagenda bola sepak Ferenc Puska. Ianya dianugerahkan kepada pemain bola sepak yang telah menjaringkan jaringan gol tercantik di dunia setiap tahun.

Pemenang bagi setiap kategori dipilih berdasarkan undian yang dilakukan oleh pengurus dan ketua-ketua pasukan setiap negara, para wartawan terpilih, dan, buat kali pertamanya, pilihan peminat melalui undian yang dilakukan di internet.

Penang FA and Malaysia's midfielder Mohd Faiz Subri holds his trophy after winning The 2016 FIFA Puskas Award during The Best FIFA Football Awards ceremony, on January 9, 2017 in Zurich. / AFP / Fabrice COFFRINI (Photo credit should read FABRICE COFFRINI/AFP/Getty Images)

Faiz tampil hadir pada Majlis Anugerah Bola Sepak Terbaik FIFA 2016 itu memakai sut hitam sambil ditemani isteri dan anak-anak beliau. Beliau dilihat tersenyum gembira apabila menerima trofi kemenangan tersebut dari lagenda bola sepak Brazil, Ronaldo.

FBL-FIFA-AWARDS

Dalam satu perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang dan Pahang pada 16 Februari tahun lalu, penyerang berusia 29 tahun itu telah menjaringkan gol hasil daripada rembatan cantik terus ke gawang gol pada jarak 32 meter.

banana-kick

Sepakan banana kick yang dilakukan Faiz menyebabkan bola tersebut berpusar pada sudut yang mustahil dilakukan.Penjaga gawang pasukan Pahang hanya mampu terpinga-pinga melihat bola tersebut masuk ke gawang.  Pulau Pinang kemudiannya memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 4:1.

ZURICH, SWITZERLAND - JANUARY 09: The FIFA Puskas Award 2016 winner Mohd Faiz Subri of Malaysia and Penang FA delivers a speech during The Best FIFA Football Awards 2016 on January 9, 2017 in Zurich, Switzerland. (Photo by Philipp Schmidli/Getty Images)

Kejayaan Mohd Faiz Subri ini telah membuatkan seluruh benua Asia berasa bangga dengan pencapaian beliau.

Saksikan jaringan hebat yang bersejarah itu di sini. Anda tidak akan jemu melihatnya.

Era Baru

Sumber Foto: FABRICE COFFRINI/AFP/Getty Images

Kategori:Eropah GLOBAL VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor